Monday, March 10, 2014

#PrayForMH370








Masjid Al Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin, UiTM Shah Alam akan mengadakan solat hajat  sempena tragedi  kehilangan  kapal terbang MH 370  selepas solat zohor hari ini bersamaan 10 Mac 2014. Dijemput semua staf dan pelajar untuk bersama-sama mendoakan agar segala  urusan mereka dipermudahkan.  Terima kasih #PrayForMH370 


Ya Allah, sesungguhnya yg di langit dan dibumi ini milikMU..apa yg berlaku adalah ketentuanMU.. Kami mohon kasih sayangMU ya robbi , berilah kekuatan dan ketabahan kepada semua ahli keluarga penumpang2 #MH370 yang sedang dalam
Kesedihan dan kedukacitaan.. Berikanlah sebarang tanda utk pesawat itu utk ditemui dan mudahkan lah untuk menemuinya .. Hanya padaMU kami menyerah dan hanya padaMU kami mohon pertolongan.. Aamin

Panjang2kan lah doa ini .. Sbb kita tak tahu antara mereka yg membaca dan mengaminkan doa ini mungkin orang itu doanya itu yg paling makbul ..#prayformh370 #masalert 

p/s:

Salah seorang cabin crew MH370 adalah anak salah seorang staf yang telah bersara di jabatan saya, Puan Zainab Mohd Ariffin.  Semoga Kak Nab tabah menempuh dugaan ini. 


1 Comments:

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)