Monday, November 18, 2013

Lawatan ke Sime Darby Properties Bandar Bukit Raja Sales Gallery

Lawatan lah sangat. Nak beli rumah baru ker kami ni ? Tidak lagi buat masa sekarang . Akan datang wallahualam kan :) Kami kesana sebab nak gi tanya pasal rumah kos rendah untuk kawan my hubby iaitu Pangsapuri Rebana. Mula-mula kami ingatkan dalam pembinaan rupanya dah 7 tahun diduduki dan masih ada 100 lot yang belum terjual.




Entrance kat Sime Darby Properties Bandar Bukit Raja Sales Gallery
Buka setiap hari dari 9.30 pagi 6.30 petang kecuali Cuti Umum.
GPS Coordinate: 3.101778,101.417198 
Jalan Gamelan 1E, Bandar Bukit Raja 41200 Klang, Selangor 
Tel : 603 3361 7288 Fax : 603 3361 7200


Haruslah posing dulu anak beranak.

Kat sales gallery ni ada lah rumah miniatur tu kalau nak tengok kan. Memang tak mampu dimiliki :p Sales person tu cakap kalau nak beli rumah, belilah sekarang sebab akan datang makin mahal lagi harganya. Katanya 5 tahun dari sekarang mungkin ada LRT kat Bukit Raja. Wallahualam. Mujurlah dah beli rumah sebelum harga naik dan teres 1 tingkat yang mana diorang kata tak akan buat dah. Pendaftaran rumah mampu milik berkualiti Sime Darby boleh tengok syarat kat sini. 


Yang ni Nobat 
Harga bermula dari RM580,888.

Nobat dari pandangan sisi

Yang ni Cogan . Brosur Cogan 
 Cogan 1  : Selling Price: RM630,888 (min) - RM825,888 (max)
Cogan 2 : RM623,888 (min) – RM826,888 (max)
7% Bumiputera Discount (Quota applies).


Cogan dari pandangan atas


Ni Cogan dari depan. 


Pangsapuri Rebana. Tak nampak plak floor plan nya.Sabtu ni sesiapa yang cukup syarat dan berminat boleh datang kesini sebab hari tu ada wakil bank akan datang. So boleh terus mohon pembelian rumah ni kat situ dan hantar permohonan kalau lengkap. 


Boleh baca syarat kat sini. RM 42K. Memang tak dapat harga ni kat lain dah.


Map ke sales gallery . Klik untuk pembesaran berganda.


Kat sini pun ada disediakan tempat untuk anak-anak main sementara korang settlekan pasal pembelian rumah. My Nuha seronok la dia . 


My Nayla pun kemain seronok dapat main kat sini. Nampak sangat tak pernah bawak gi playground..hehehe

Ni pangsapurinya. Kami terus pergi tengok kat situ. Tak jauh dari sales gallery ni. 



2 Comments:

  1. murahnyeeee.. memang boleh beli dah tuh~

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau cukup syarat memang rembat dah sebijik...tapi apakan daya kan..

      Delete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)