Tuesday, July 09, 2013

2 produk pertahanan diri yang kaum wanita perlu ada

Hari ni hati tertinggal dirumah. Memang ikut hati nak EL mengenangkan puteri kecil demam pulak gara-gara suntikan imunisasi 6 bulan. Suntikan imunisasi 5 bulan tak demam tapi suntikan 6 bulan pulak yang demam. Alahai.Hari ni dah beransur baik dan ceria seperti biasa dan harap-harapnya demam pergilah jauh-jauh....Semalam terpaksa tinggalkan dia sebab jadi trainer sistem dan mengajar dengan hati entah dimana-mana.


 Ummi, no camera plz :p



Hari tu masa pergi beli barang kat Giant Seksyen 7 Shah Alam, terpandang 2 produk pertahanan diri yang saya rasa bagus untuk dikongsikan terutama untuk kaum wanita yang langsung tiada asas pertahanan diri ataupun yang jenis selalu keluar kemana-mana bersendirian. Saya pun tiada asas pertahanan diri . Dulu masa kat matrik sempat belajar asas ajer dalam silat iaitu silat olahraga. hehehe

Produk pertama adalah pepper spray atau spray lada hitam. Buat pedih mata orang yang cuba nak buat apa-apa kat kita la kan .



 Tapi harganya mak aih RM39.99. Senang cerita RM40 lah.
Lada hitam berkilo-kilo boleh beli agaknya ni :p

 Produk kedua adalah alarm key.

 Yang ni pulak berharga RM29.99 atau RM30 lah senang ceritakan.

 Korang pernah tahu pasal produk pertahanan diri yang lain dipasaran ?

p/s:

Kenapa harga produk-produk ni mahal yer ? Mungkin sebab tiada persaingan gamaknya kan tapi nyawa kita memang tidak boleh dibeli kan, mungkin berbaloi untuk dimiliki.


7 Comments:

  1. Tak pernah ada benda2 tu... Nak kena beli jugak le..

    ReplyDelete
  2. tak adepun produk2 cenggini walaupun hakikatnya ia penting.. :)

    ReplyDelete
  3. biar mahal janji selamat...:)

    ReplyDelete
  4. alahai cian puteri comel, demam yea.
    oo, 6 bulan potensi demam mmg besar yea klu cucuk 6 bulan.
    kena prepare nie.

    mahalnya barang2 tu.

    ReplyDelete
  5. tahu yang spray tuh jer..hehehe

    moga Nayla cepat sembuh~

    ReplyDelete
  6. wah ...kene ada tu ... memandangkan kat malaysia skg banyak sangnat jenayah

    ReplyDelete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)