Friday, November 02, 2012

Repeat Detailed Scan @ 26 Minggu, Fridge Magnet Percuma

Masih ingat detailed scan saya yang lepas [baca sini]  ? Hari ni, doktor scan yang mana tidak kelihatan dengan jelas hari tu iaitu mata dan jantung . Alhamdulillah, dua-dua pun ok. Kat DEMC tiada pakar jantung, so kalau baby ada masalah jantung memang tak boleh proceed kat DEMC .

Doktor cakap baby nakal sebab selalu tutup muka. Memang tak berjaya la nak tengok 3D/4D :( Mulut pun sekali ni jer dia tak cover, lepas tu sampai sudah dia tutup. Sabar jer lah.

 
  
Tengok tangan tu...Haishhh...Alhamdulillah mulut baby NH tiada masalah. 

Jantung hatiku punya jantung pun tiada masalah. Alhamdulillah :)

Dapat lagi sekeping CD.

Nak menang 15K ? Kongsi aktiviti yang buat korang rasa gembira, dan menang !!


Bil hari ni : RM 50 sahaja

Kalau korang buat appointment dengan DEMC, make sure datang setengah jam awal dari waktunya sebab sebelum tu nak kena isi borang panel / GL. Tapi kalau bayar sendiri , tak perlu la isi apa-apa, boleh la datang lewat sket tapi jangan lewat sangat especially detailed scan ni, setengah jam sorang.Kalau dapat no 3 tu dah hampir sejam lebih menunggu.  Tadi kiranya antara yang awal jugak, dapat no 2. Tak de la berjanggut menunggu macam hari tu. Tapi korang boleh jer isi masa terluang kat situ. Selain dapat akses wifi secara percuma, ada kemudahan lain yang disediakan.


Kalau bosan, ada majalah Parenting dan majalah lain.




TV pun ada.

Dan air percuma. Hari ni air anggur.


Kat DEMC ada antenatal class , RM 20 sahaja.
Sessi akan datang : 17 Nov 2012 & 24 Nov 2012
Boleh call diorang : 03 5515 1882/828

Korang kalau bosan menunggu di hospital buat apa?


Tadi singgah kat myNEWS , tengok ada FM percuma. Take me for free. Terus rembat 2 :p Ingat nak rembat lagi banyak tapi segan pulak .hahaha. Ada 4 jenis atlet berlainan sebenarnya, tak tahulah ni percuma kalau beli apa. Tapi kat situ, dia letak jer free, tak yah beli apa-apa :p

Nak beli tupperware dengan harga ISTIMEWA , bole dapatkan disini [ klik laju-laju]
Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam. [ klik laju-laju]
Baju kurung cotton, polka dot pun ada, klik sini. [ klik laju-laju]



My Nuha | Aku Bukan Chef

16 Comments:

  1. owwhhh...ingatkan kena beli 100 plus dapat FM tue.... nak kena terjah mynews gak la nie.. hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat situ dia siap tulis, take me for free :p dah la kat tempat cashier, nak amik banyak2 kan takut kena sound dengan cashier.hahahaha

      Delete
  2. Replies
    1. boleh la terjah myNews :p tapi tak tahu la kalu outlet lain tiada.hehehe

      Delete
  3. anak-anak aku memang suka DEMC, diorang ingat hotel ke apa..haritu masa Ashraf kena tahan sakit mata kat situ, bukan main suka lagi Husna sampai tak nak balik..

    tapi kalau bersalin tak berani lagi nk g check up sana..huhuhu Kos sepadan dengan servis yang ditawarkan, takut en suami tak mampu nak tanggung..hahaha tapi aku pilih SALAM pon dah ok..berbaloi dengan harga yang ditawarkan:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku sebab checkup kat speacialist ni free, so terus proceed jer la bersalin kat sini. x berani jugak tapi servis tak pernah mengecewakan, buat2 pejam mata jer la bayar. dulu company hubby bagi potong gaji bulanan.

      Delete
  4. kene g berulang la kak eliss..skali kak eliss amek skali lg suh hubby kak eliss..hehe..

    bestnyer tempat rawatan kak eliss ye,sume ade..;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergi checkup sorang2 ajer tadi. kalau x harus buat macam tu :)

      Delete
  5. woah FM free tu, lenkali amik je bnyk2 kui3x

    ReplyDelete
  6. wahhh.. macam2 kemudahan di sediakan untuk keselesaan.. bertuah dapat buat check up kat situ.. Raa tak mampu.. huhuhuhu

    ReplyDelete
  7. dah nampak ke tak baby boy ke girl tu eliss? syukur semuanya ok...

    ReplyDelete
  8. wah wah wahhhh... sempat sambar FM lagi tu.. btw.. hope baby dan mak nyer sihat2... :)

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah. Aku doakan baby dan umminya sehat sentiasa. :D

    ReplyDelete
  10. PM dulu buat appoiment dgn DEMC gak,tapi before datang PM akan dapatkan GL siap2...so tak perlu menunggu...

    ReplyDelete
  11. kami pn suker DEMC.
    slesa & best. ;-)

    ReplyDelete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)