Wednesday, November 28, 2012

Penghantaran Yakult ke rumah secara percuma ?

Bukan percuma Yakult. Yakult tu kena beli sendiri lah tapi diorang hantar tu secara percuma setiap minggu ke rumah korang tanpa jemu. Tapi tiada paksaan pun nak beli ke tak. Rumah saya adalah salah satu kawasan yang ada penghantaran yakult secara percuma ni. So, setiap minggu memang beli la kecuali tiada kat rumah atau stok tak habis lagi. Kalau korang nak tahu, hospital rangkaian KPJ pun bagi Yakult ni untuk sajian pesakit diorang. [boleh baca sini]



Kitorang selalu beli Yakult Ace Light ni. RM4.50

Yakult ni memang bagus  untuk yang ada masalah penghadaman.Nak- nak bagi perempuan mengandung ni macam saya ni kan, memang selalu ada masalah sembelit ni.

Can pregnant women consume Yakult?

Pregnant women can consume Yakult as part of a normal balanced diet. One of the main functions of Yakult is to help prevent constipation. Pregnant women often suffer from constipation, so taking Yakult may help. [ Boleh rujuk FAQ kat sini]

Manfaat Yakult [ kredit kak ina ]

Manfaat Yakult adalah terletak pada bakterianya yang mampu hidup sampai usus kita kerana itu bakteria ini dapat memberikan manfaat seperti:

 1. Mencegah gangguan pencernaan
2. Meningkatkan daya tahan tubuh
3. Meningkatkan jumlah bakteria berguna dalam usus
 4. Mengurangkan racun dalam usus
5. Menyekat jumlah bakteria yang merugikan dalam usus.



 Kawasan rumah korang ada ke penghantaran yakult ke rumah macam ni?Korang suka tak minum yakult?

Kalau korang nak jugak penghantaran percuma ke rumah / nak jadi wanita yakult , boleh isi borang kat sini.
Maklumat lanjut : http://www.yakult.com.my

21 Comments:

  1. Kat saya rumah saya pun ada jugak, dulu pernah la beli bila dia datang tapi lepas tu stop sebab bertukar ke Vitagen less sugar pulak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh yer ker. yang ace light ni kurang gula jugak .

      Delete
  2. owhhh...diorang ikut konsep macam yang kat Jepun kan...boleh buat side income jadi despatch YAKULT nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh, tapi wanita yakult ajer :p x pernah dengan lelaki yakult :p hehehehe

      Delete
    2. Kalo lelaki...Yaakub...hehehe!!!

      Delete
  3. eh.. tak pernah dengar plak perkhidmatan nih.. x de minimum oder ke utk hantar ke rumah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak eliss beli sepaket jer pun selalu. memang x der minimum order. dia ada kawasan tertentu jer sebenarnya, x semua dia cover.

      Delete
  4. Manis ke yakult ni? Kalau hari-hari minum tak kena kencing manis ke nanti?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya amik yang less sugar . x manis sangat pun. dari minum teh ais hari2 kan,better minum yakult.

      Delete
  5. tak minat minum yakult hihihi...

    Seram betul baca komen Eliss.. sampai skrg ke Nuha ngan hubby Eliss bleh nampak? Suami shima bleh rasa je tp xbleh nampak. Aqil plak masa dia blom berapa pandai ckp selalu la dia berlari tiba2 masuk dlm rumah mcm ketakutan tp tak nanges la... Ayahnya cuma ckp "jgn takut. Ayah ada. dia xboleh buat apa2" tp dah besar ni xde dah rasanya... Klu ada entry psl tu kasi la link hihihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. x pernah cerita psl tu kat blog :p hahaha. diorang memang gifted kot. family dia semua jenis yg boleh rasa dan nampak ni.

      Delete
  6. Jgn kan yakult, vitagen pun dah lama saya tak minum..hahaha
    Tapi macam best pulak kan, ada delivery ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada delivery, ada laa peluang nak minum. kalau tak, tak beli jugak :p hahaha

      Delete
  7. suka juga Yakult tp selalu minum Vitagen yg dibelikan utk anak2. hehe

    ReplyDelete
  8. tak pasti lak kawasan rumah PM ada delivery ke tak, tapi kat kedai2 berhampiran rumah ada lah nampak van yakult tuh hantar stock ke kedai2...

    ReplyDelete
  9. Tak tahu pulak...tapi boleh Cuba nie...kot2 ada

    ReplyDelete
  10. sy berminat utk jadi ladies yakult..masih ada lg ker..hrp cik blh bantu..t.kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. try la isi form kat atas tu.. harap membantu

      Delete
  11. Form atas tu xde la...cuba buka web yg lain...😊

    ReplyDelete
  12. Nk tau bole anta ke bandar Baru bangi ke . . sekaton berapa botol n hrga . .

    ReplyDelete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)