Monday, August 13, 2012

Tudung Raya 3 Layer Labuh di Galeri Tudung dan Selendang,Qaseh

Saya sebenarnya dah give up seharian cari tudung 3 layer tapi tak ada yang berkenan di hati dan mengikut piawaian. Piawaian saya adalah melepasi dada.Bukan nak jadi ostajah pun tapi sayangkan suami tak nak dia masuk neraka .Kata sayangkan. Insya Allah. Yerlah, ustazah cakap yang paling ramai dalam neraka, golongan wanita kan.Makanya kenalah beringat-ingat. Nauzubillahiminzalik.


Tapi memang kesian betul kepada yang nak cari tudung 3 layer yang dah siap tapi melepasi dada.Saya ronda diseluruh kiosk dalam Giant Seksyen 13 yang sebesar-besar alam tu, jawapan mereka memang tak ada buat untuk saiz yang besar .Ada satu kedai sahaja yang saya jumpa, tu pun dengan pilihan warna hitam saja. Nampak sangat didikriminasikan oleh tudung designer ! Rasa nak ajer baca ayat kat bawah ni kat mereka tu.

 “Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain jilbab ke dada mereka...” (An-Nur: 31)
Tapi semalam, akhirnya tuhan telah pertemukan saya di sebuah kedai menjual Selendang & Tudung , Qaseh yang memang kasihkan pembeli mereka yang ingin melabuhkan tudung ke dadanya. Kat situ memang ada lah pilihan 3 layer dan corak -corak yang cantik dan buat saya tertarik. Mula-mula memang nak terjah Pearl Haya, mak aih kemain ramai orang sebab saya tengok promosi mereka gempak jugak. Intai-intai macam tu jer la tapi tak lalu nak masuk.

 Inilah signage kedainya..

 Inilah tudung 3 layer yang saya maksudkan. Ala-ala fareeda lah kan . Dah la stokis fareeda Shah Alam kehabisan stok, suh pi Bangi memang tak la kan. Tapi sayang tak matching pulak dengan baju raya saya. Kak Long dan my Ma lah yang untung dapat yang ni. Yang macam ni RM65, selepas diskaun RM55.

 So hati saya terpaut pulak pada yang ini. Boleh la matchkan dengan baju kurung raya saya since baju kurung raya saya kosong , pilihan corak berbunga ni kira ok lah kan. Lagipun dah malas nak menapak ke kedai lain. Kami duduk dalam kedai tu almost 2 hours. Nasib baik kami pergi tanpa suami ! hahahaha

 Model tudung saya tidak berbayar :p Yang ni pun sama, RM65. Selepas diskaun RM55.

Ada lagi printed punya selain bunga tadi. Yang ni macam cat yang disembur :p
Harga yang ditawarkan memang mampu milik bagi saya dan tidak melampau.Selendang RM10 pun ada dijual !

Yang dua layer pun ada. Saiz XXL pun ada tau ! Pilihan warna pun menarik dan bukan kusam ! 
Kat situ pun boleh tambah batu pada tudung dengan kos tampal percuma. Kos batu ajer perlu bayar.

Cermin memang wajib ada dalam kedai tudung !

 Mereka boleh dihubungi seperti kat bawah ni.

Nizam : 019 455 3812
Yati :019 455 3802
Email : galeriqaseh@gmail.com

 Cawangan lain yang ada..

 Alamat :

No 4G , jalan Plumbum Q7, Seksyen 7 , Shah Alam Selangor
( Kawasan bersebelahan Fareeda dan Pearl Haya )
Masuk lorong berhadapan dengan kedai Ayam Penyet Wong Solo


Korang dah beli ke tudung raya idaman hati ?Suami pulak, rajin ke nak menunggu isteri korang beli tudung raya ??

p/s:

Semalam ada ramai lelaki kat depan kedai ni dengan muka cencurut.hahahaha. Panjang sedepa muncung !


 p/s: 

Dah tukar duit raya.





30 Comments:

  1. tunggu isteri beli tudung raya ke tu eliss?

    blom beli tudung lagi la eliss sbb baju raya x siap lagiii..waa..piawaian kita pun sama, kena labuh sket, kalo dak memang tak lepas ngan kastam la..kejap2 tu jugak suruh tukar..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. silap taip :p yer la tu. tu laa, kastam saya pun x lepas :p

      Delete
  2. kebanyakan tudung yang layer2 nih singakt sikit..kat sini pun susah nak cari yang labuh.kalu ada pun, kaler kusam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la pasal. memang susah nak cr yang tak singkat.

      Delete
  3. nak cari tudung rayaaa jugakkk mana nihh...adeyy

    ReplyDelete
  4. bestnya kedai tu...byk tul tudung...

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak tudung tapi sampai rambang mata :p

      Delete
  5. suami saya parking 2 stroller kt tepi dinding dan jaga anakanda bertiga, saya pegi ronda sorang2 masabeli baju aritu. so every decision is mine. hihihi. takdek sape nk ditanya pendapat..seb baik beli baju kurung je

    ReplyDelete
  6. memang patot pun lelaki moncong panjang sedepa bila kena tunggu 2-3 jam bini beli tudung! ahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kan..doc tak kena tunggu ker ? untunglah.

      Delete
  7. cantik.. aloo comelnyer si kecik comel pakai tudung..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia tengah tension sebenarnya tu, so bagi dia pakai tudung amik gambar puji lawa sket , mood dia ok sket :p

      Delete
  8. kat seksyen 7 eh kedai tuh?? area jakel ke nih?? nasib lah raa nih pakai tudung bawal jek.. kekekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. dekat kawasan tu la ,bangunan belakang gulatis.

      Delete
  9. cantek2... musti byk brg yer? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak borong pun. beli satu ajer utk raya. lenkali boleh terjah lagi :p

      Delete
  10. ada mata nuha kat celah beg plastik tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia nak tolong pegang :p sekali dia intai pulak kot plastik.hahahahaha

      Delete
  11. wife PM tak minat tudung berlayer-layer nih...dan alhamdulillah wife PM kalau membeli tak kisah la baju or tudung tak cerewet, sekejap jer dah jumpa yg berkenan...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer ker. tapi kalau papa belikan sekali, mesti dia jadi berkenan.hehehe.

      saya tak cerewet sangat tapi teliti.kah kah kah

      Delete
  12. Pihak kedai rasanya kena buat inisiatif seperti buat sudut bacaan untuk suami / bapa / pakwe yang tunggu orang tersayang beli sehelai tudung... ehehehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus cadangan tu. harap2 tokey kedai baca :)

      Delete
  13. saya tudung bawal ajek yg sangkut..rs mcm x sesuai plak kalo ngn muka neni ni..hehe..lgpon nk naik motor,pakai helmet..patah muncung depan tu x pasal2..huhu

    ReplyDelete
  14. tak cari lagi tudung raya.
    suka tgk org pakai 3layer
    tp tak suka diri ni pakai
    sbb xkena ngan muka
    dan pasti xcantik langsung hahaha

    ReplyDelete
  15. Myra pun memang ada plan nak beli tudung 3 layer yang labuh tutup dada tp belum jumpa.

    Ingat nak beli tudung bawal 3 tone aidijuma la kot :)

    ReplyDelete
  16. jom pergi www.dehotshop.blogspot kat sini awak leh tempah ikut size yang awak nak.....

    ReplyDelete
  17. sy ctct nizam tu die kate cma ade saiz l je plg besar, sy nak cri xxl..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang saiz L dia tu macam XXL kat tempat lain bagi saya. cuba la terjah kedai tu sendiri baru puas hati.

      Delete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)