Wednesday, August 15, 2012

Bayar zakat fitrah di kaunter pandu lalu (drive thru) ?

Korang dah bayar ke zakar fitrah ? Waktu paling afdal adalah sebelum sembahyang hari raya.Bagi orang yang disekitar Putrajaya syok la sebab siap ada kaunter pandu lalu (drive thru) macam nak beli makanan kat McDonald's ajer kekdahnya.




MASJID Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya menjadi masjid pertama di Malaysia memperkenalkan kaunter bayar zakat pandu lalu.Ia bertujuan memudahkan dan mempercepatkan orang ramai melakukan urusan pembayaran zakat fitrah.Kaunter pandu lalu itu dibuka setiap hari dari 9 pagi sehingga 5.30 petang kecuali pada hari Jumaat. sumber

Saya pun dah jugak. Hubby yang bayarkan. Selangor memang kadar rata zakat fitrahnya, 
so RM7 lah sekepala. Tahun depan bertambah ahli keluarga Insya Allah :) 
Sunat kalau bayar zakat fitrah di sepanjang Ramadhan.



Masa tengah shopping kat AEON Bukit Raja hari tu , ada jugak dibuka kaunter pembayaran zakat fitrah sehingga 18 Ogos 2012 dari jam 10 pagi hingga 6 petang.

Bagi area Selangor ni, kaunter sementara juga dibuka di pusat-pusat membeli belah terpilih yang lain jugak seperti  di Centrepoint, Klang,  Mydin Plaza MPK Klang, Giant Sek. 13, Shah Alam, Kompleks PKNS, Shah Alam; Plaza Masalam, Shah Alam; SACC Mall, Shah Alam dan Terminal LCCT, Sepang.
Sumber sini.

Korang selalu bayar zakat fitrah kat mana?

p/s:
Sekarang ada promosi SmartTag hanya RM99 , terhad dua unit seorang bermula hari ni sehingga 20K unit ! Harap-harap dapat sambar satu ! Updated : Dah beli satu. Terima kasih yer Naim :) Senang nak balik kerja dan balik kampung ! Saya bercuti esok hari tapi hari ni nak half day dah.Isnin baru masuk ofiz :) yeeehaa !



11 Comments:

  1. Akak husband dah bayar semalam. Drive thru...memudahkan kerana semua org nak cepat aje sekarang nih.

    Salam ukhwah dan salam ziarah.

    ReplyDelete
  2. Abang dah bayar kat tempat kerja dia.. memang tiap2 tahun cam tuh~

    kak eliss, smart tag tuh beli kat mana ek??

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat petronas federal hiway.kawan tolong belikan tadi.

      Delete
  3. alhamdulilah sudah tunaikan kewajipan. baguih.

    ReplyDelete
  4. dah. suami knur bayarkan di masjid UPM. tiap2 thn dia bayar kat situ.

    ReplyDelete
  5. suatu inisiatif yang bagus untuk pilihan orang ramai

    ReplyDelete
  6. Eh kat putrajaya ade ek? Hahha nnt aku blk sana aku nk try la bayar camtu!

    ReplyDelete
  7. Wah dah drIve tru smua pun nk cpt dn mdh kan

    ReplyDelete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)