Friday, May 25, 2012

Kebun miniku, ku tanam cili tumbuh daun sop

Hari ni agak lewat bersiaran sebab nak suruh korang baca entry berbayar dulu :p Ok tarik nafas, hembus. Baru masuk ofiz kekdahnya kan ;p Hari ni pergi tengok rumah baru Ad , dia dah dapat geran tanah. Lepas tu singgah ke teratak hamba pulak menjamu selera makan tengah hari. Maaflah yer korang kalau ada terkurang apa-apa kat rumah saya tu :p Lain kali kita buat proper house warming yer siap kambing golek atau kambing tak sempat tergolek :p



Ok, hari nak update kat korang pasal kebun mini saya tu. Hari tu kan , saya tanam cili. Ok, tumbuh 2 anak pokok cili lepas tu. Berjaya jugak. Tapi lepas 2-3 hari, macam layu terkulai di tasik madu jer mak tengok, terus mak sentap (sentap hati mak sekali) ajer 2 anak pokok tu dan tabur benih daun sop.





Ini lah rupa benih daun sop tu. RM 1 ++ sahaja di Giant
 Bila google2 jumpa blog sapa ntah cakap amik masa paling cepat 3 hingga 5 minggu nak tumbuh. Bertambah sentap hati mak.


Last-last beli daun sop, potong akar, hah tanam..Jadi laa macam ni. Sebenarnya tanam 2 pokok. Satu pokok dah kering :p




Lepas tu , tumbuh pulak satu lagi anak pokok cili tu. Laa, ada lagi yang hidup. Tapi kecik sangat nak amik gambarnya. Atas ni gambar google :p Anak cili me tu baru tumbuh 2 daun jer. Agak-agak mampu ke tak bertahan pokok cili ni, kita tunggu dan lihat.


Korang pernah tanam daun sop ? Guna biji benih ker akar pokok?


Beli tupperware dengan harga istimewa, bole dapatkan disini [ klik laju-laju]
Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam. [ klik laju-laju]
Baju kurung cotton, polka dot pun ada, klik sini. [ klik laju-laju]


8 Comments:

  1. insyaAllah akan hidup dengan jayanya...hehe

    ReplyDelete
  2. 10x aku tanam duan sop, semua mampus. Ada la tumbuh 2-3 inci sebelum layu. La ni malas nak tanam lagi.

    ReplyDelete
  3. biasanya daun sup kalau saya tanam tumbuh
    pendek je..lepas tu mesti mati..cemana entah nak jaga dia sampai rimbun..

    ReplyDelete
  4. kalo ma Raa kata.. tangan dop se'kun.. hahahahaha..
    tak peeee.. usaha lagi.. tapi kan kak eliss.. Ma raa letak akar daun sup dalam bekas ade air jek.. dop tanam pon.. ok jek pokok tuh.. try laaa..

    ReplyDelete
  5. harap tumbuh dgn segar kan....

    ReplyDelete
  6. tanam dgn btg dia lg cepat tumbuh. tapi daun sup ni kejap je tahan.

    ReplyDelete
  7. Ala syoknye baca bab2 gardening ni..rumah sy x bertanah lg ni..

    ReplyDelete
  8. x pernah tanam daun sup..tp mcm org tanam guna batang kot..huhu

    ReplyDelete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)