Wednesday, April 25, 2012

Doktor suruh saya kurangkan berat badan, cis !

Minggu lepas, saya ke hospital berbayar, sebab batuk dan makan ubat batuk buat kepala pening sepanjang hari minggu lepas tu .Batuk masih lagi duk ada sebab malas makan ubat yang buat pening tu. Lepas tu saya tanya sekalilah doktor tu , pasal apa tumit kaki saya sakit sejak akhir-akhir ni.


 Dia senyum, sambil cakap, cuba kurangkan berat badan. Ok, ada satu penghinaan disitu. Katanya penyakit yang saya alami tu dinamakan PLANTAR FASCIITIS (kalau planta taruk atas roti, tahulah saya) . Katanya, ia boleh menyerang kedua-dua belah kaki tapi sebelah pun boleh jadi sebab struktur badan kita tak sama katanya.Terus semangat nak diet ni . Mulai semalam, dah tak sentuh nasi .Kuatkan semangatku Ya Allah . Tapi malam ni dah janji dengan my hubby nak masakkan gulai ayam style terengganu tu lah pulak .


Malam tadi, hubby belikan tempe goreng (untuk awet muda katanya ) , karipap dan cucur udang.Saya buat roti goreng bawang lada (resepi  disini)untuk makan malam.Dan kalau saya, mesti nak ada sayur sket dalam hidangan, even timun dan salad . Balik nanti kena kayuh kuda oren saya yang dah lama tak bergerak kat bilik belakang tu.


Ni ada info sket pasal Plantar fasciitis yang saya jumpa untuk dikongsikan :-

* Plantar fasciitis juga boleh terjadi pada seseorang yang mengalami peningkatan berat badan secara mendadak dan melakukan aktiviti riadah seperti berlari.

Rawatan untuk plantar fasciitis ialah berehat untuk jangka masa tertentu dan mengurangkan radang pada tisu fiber.


  • Rehat — Berehat daripada melakukan aktiviti yang boleh memberi tekanan pada tisu fiber seperti tidak berjoging atau mengelak aktiviti berdiri atau berjalan terlalu lama untuk beberapa hari boleh menghilangkan sakit tumit dan memberi masa untuk radang merosot. - dah lama saya berehat dari berjogging ni :p
  •  

  • Melakukan terapi ais — Meletakkan ais pada tapak kaki boleh membantu mengurangkan sakit tumit.- balik nanti boleh cuba, buat masa ni saya pakai selipar dalam rumah
  •  


  • Senaman dan regangan — Ia bertujuan melonggarkan tisu di sekeliling tulang tumit. Senaman regangan, jika dilakukan pada waktu pagi dan petang, boleh melonggarkan tisu dan mengurangkan sakit tumit.- patutlah dah lama tak buat senaman ni


  • Ubat anti radang — Ubat anti radang atau penahan sakit boleh membantu mengawal sakit dan mengurangkan radang pada tisu plantar.- doktor tak bagi apa2 ubat pun


  • Pelapik kasut — Pelapik kasut ialah kunci kejayaan merawat plantar fasciitis. Dengan meletakkan pelapik sesuai di dalam kasut, ia boleh menyokong lengkok tapak kaki dan mengurangkan tekanan pada tisu plantar. Ia memberi keselesaan kepada pesakit ketika melakukan aktiviti sukan. - kena beli kasut comfit lah pulak macam mengandung lepas ni



  • Kasut — Pemakaian kasut khusus untuk aktiviti sukan penting untuk mengurangkan kecederaan tisu plantar. Kasut terlalu rata atau tinggi dan pelapik yang tidak dapat memberi sokongan pada lengkok kaki boleh menyebabkan tisu fiber tercedera ketika berdiri atau berjalan. - masalahnya tak main sukan pun ni :p


  • Sokongan kaki ketika tidur — Pemakaian sokongan kaki ketika tidur dapat mengelak tisu plantar menjadi ketat. Dengan itu tisu fiber sentiasa merenggang dan longgar. Tumit kaki tidak berasa sakit apabila berpijak selesa selepas bangun tidur. - boleh ker ai tumpang letak kaki ai atas kaki you malam ni yang ;p

  • sumber : sini


     Korang pernah ke sakit tumit ? Boleh cuba la kurangkan berat badan jugak :p lalariksss



    43 Comments:

    1. Kena dengar dan ambil tindakan atas nasihat doktor tu :D

      ReplyDelete
    2. jom kita diet sama2...bukan untuk kurus tapi untuk kesihatan diri sendiri. hari2 bawak bekal...tinggalkan ad...hahahaha

      ReplyDelete
      Replies
      1. kalau aku bawak bekal, lagi banyak aku makan, sebab sedap..hahahaa

        Delete
    3. aku pun suka sakit2 tumit kaki...nampaknya lepas pantang nie aku kena diet betul2 nie...

      ReplyDelete
      Replies
      1. yer ker.boleh dah tu kurangkan berta badan masa berpantang nanti

        Delete
    4. setakat nih tak pernah lagi.. tapi berat makin naik jugak neh.. nampaknye kena joint kak eliss berdiet neh.. yah! yah! yah!

      ReplyDelete
      Replies
      1. jom sama2 kita :) janji sihat gitu kan!

        Delete
    5. salam kenal. i dah follow blog kiut ni.follow i balik ye..tq..;D

      ReplyDelete
    6. oo baru 1st time dgr pasal penyakit ni...ok, slmt berdiett dgn cara yg sihat eliss

      ReplyDelete
    7. Replies
      1. apak...hahaha!!! gimme five...hahaha!!!

        Delete
      2. berkomplot pulak dua orang ni..haihhh!!

        Delete
      3. sambung gelak lagi.. hahahaha :D

        Delete
    8. iera rasw,iera pun ade penyakit ni.so,kene berusaha la kurangkan berat badan ni.hahaha

      ReplyDelete
      Replies
      1. jom2 kurangkan berat badan, utk kesejahteraan ummah :p

        Delete
    9. yup, kalau kena plantar fasciitis ni, memang rule no 1, kena kurangkan berat..ahahaha

      ReplyDelete
      Replies
      1. ini sorang lagi doktor nak kena..hahahahahaha...

        Delete
      2. wa caya lu doc...

        Delete
      3. derhaka ni kalau sebut cis ni ..chestnut ! :p

        Delete
    10. bila dah doktor yg cakap kena ambil kisah la juga kan, tak pa untuk kebaikan diri juga :)

      ReplyDelete
      Replies
      1. tu laa pasal..tak ikut kan doktor yer dak..kena laa ai follow

        Delete
    11. ayah saya pun srh ibu saya kurangkan makan....ayah cakap ibu dah tembam....

      ReplyDelete
      Replies
      1. hehehe.. jom2 kuruskan badan. ni aku rasa nak beli jm 5 ni ;p

        Delete
      2. dulu orang nak belikan JM5 tanak...nanti la belikan...

        Delete
      3. orang takut kalau terpregnant mcm mana? sapa nak abeskan ;p kalau syg nak abeskan tak perlah :p syg pun dah jadi abang roy jugak :p lewatnya syg tido mlm tadi, patut laa liat nak bangun :p

        Delete
      4. kalo pragnent, abang la yang abiskan...nanti bleh melaram dengan TZ...hahaha!!!

        Delete
    12. Terapi ais tu memang berkesan, masa myra masuk STARWALK ari tu, memang kaki flat, dapat rendam dalam ais, terus segar ;)

      ReplyDelete
      Replies
      1. yer ker..best jugak tu. balik nanti boleh cuba.

        Delete
    13. Aku sakit pinggang Ellis..ado laa..Cikgu aku dulu cakap, kalau terlebih tinggi ni memang selalu sakit pinggang. Seksa weh.
      Tapi, cakap pasal diet ni, aku pun kena diet dah, hari tu kena sound dengan doc lps check up..haha..

      ReplyDelete
      Replies
      1. ko menyusukan anak sambil duduk ker? aku dulu masa berpantang sakit pinggang sebab bidan tu ckp aku ni jenis rahim kain buruk, mudah sakit pinggang, so kena susukan anak smbil baring, baru lega tak sakit pinggang

        Delete
    14. Hurmm.... cuba banyakkan makan buah-buahan.... takpe2x yang penting DAH DAPAT GAJI + PELARASAN ..... boleh la jadi sponsor slot HAZMAN VS FOOD nanti....ekekekeke

      ReplyDelete
      Replies
      1. nak cuba makan buah2an laa ni :p nanti kita sponsor, trn laa shah alam.

        Delete
    15. kaki kurang la
      tpi lutut selalu
      lagi byk senam
      lagi sakit
      tpi lepas tu ok

      ReplyDelete
      Replies
      1. gitu pulak. tu sakit apa pulak lah yer!

        Delete
    16. selamat berdiet Eliss. Tapi jgn ambik short cut tau. DIet cara yg sihat.

      ReplyDelete
      Replies
      1. terima kasih :) Insya Allah, tak short cut..hehehe

        Delete
    17. hmmm.. dah jumpa produk utk berdiet... meh email sy nurulshima.murad@gmail.com

      ReplyDelete

    Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

    xoxo,

    Eliss

     

    Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)