Tuesday, February 14, 2012

Baucer Buku 1 Malaysia, boleh beli apa yer?

Korang dapat ker Baucer Buku 1 Malaysia ? Semestinya yang muda belia bergelar pelajar tu dapat lah kan. Yang tua bangka pun dapat dengan syarat sedang sedang melanjutkan pengajian di pusat matrikulasi/ tingkatan 6/ Politeknik/ institusi pengajian tinggi dalam bidang diploma, diploma lanjutan, ijazah, sarjana dan doktor falsafah pada Januari 2012. Baucar ini sah diguna pakai selama 3 bulan sahaja iaitu 1 Januari
sehingga 31 Mac 2012.

Baucer ini adalah untuk pembelian buku - buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing. sumber : sini




Bagi pelajar UiTM, boleh dapatkan baucer buku korang kat sini.

Terima kasih kepada Puan KancilBiru sebab memberi tempias merasa penggunaan Baucer Buku 1 Malaysia.Kitorang bukannya pergi Popular atau MPH tapi koperasi buku UiTM ajer. Kat situ boleh beli apa sahaja korang nak kecuali top up. Apa yang me beli ?



Majalah jelita kau. Kalau tak jelita lepas ni tak tahulah ;p Motif utama beli sebab nak dapat FREE Lux body wash tu. Kelakar btol. Agaknya Puan KancilBiru dah selamat bawak pergi Port Dickson semalam ;p Dia AJK konferensi, seminggu kat sana. Syok btol !


Dalam jelita ni ada 2 segmen untuk blogger rupanya. Baru me tahu. Me tak layan majalah ni sebab me rasa, majalah Jelita untuk kaum ibu, my Ma rajin baca dulu. Patutlah my Ma Jelita ajer sampai skang. Ini rahsianya ;p




Segmen Blogger Fesyen. Isu kali ni semangat vintaj dan retro. Boleh la jengil2 biji mata nak tengok blog korang ada ker tak yer.



Yang ni Cef Blogger , Isu kali ni pasal cef blogger di perantauan . Me pun baca blog SWEET V@NiLL@ tu tapi as a silent reader  :p


Korang kena tak tempias baucer buku 1 Malaysia tu ? Kalau tak nak guna, bak sini me perabiskan ;p



18 Comments:

  1. syoknya dapat ek?? kalau i kompem beli semua magazine kegemaran i!! ahakss...

    ReplyDelete
  2. hehehe..kitorng pun menempel sama gak dengan adik2 sebab dia kata dia taktau nak beli buku apa dah sebab dah nak habis last semester dah

    ReplyDelete
  3. yg sedihnya byk pihak salahgunakan baucer ni

    ReplyDelete
  4. alahaiii.. ruginye.. x de kawan yang masih belajar laaa.. kalo x mungkin kena jugak tempiasnye.. muahahahaha

    ReplyDelete
  5. hehe... 200 byk tu..byk buku blh beli..beli novel aci tak?? hehe

    ReplyDelete
  6. nape kid tak dapat? nape? kenapaaa? heheehehee...

    ReplyDelete
  7. baucer ada jual kat internet kan?

    hehe

    ReplyDelete
  8. best kan ada baucer tu! guna jgn tak guna hehe...

    ReplyDelete
  9. aci tak nak tumpang adik2 yg masih belajar. yela dptla beli buku2 yg kita nak. hehe

    ReplyDelete
  10. @madammondoq tuh laa pasal. memang tak ilmiah laa jadiknya.hehehe

    ReplyDelete
  11. @amirah oh yer ker. syok laa tuh. kalo kedai buku lagi byk pilihan.

    ReplyDelete
  12. @KiD sila sambung belajar yer. eh, pinjam adik kid punya la :p

    ReplyDelete
  13. @Hanis MY ni orang punya. kena tempias jer :p

    ReplyDelete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)