Thursday, January 05, 2012

Pekena Nasi Arab Dalam Dulang @ D'Arab Cafe

Bertemu lagi dalam episod JJCM di elissmie. Ini cerita sebelum my parent balik Terengganu hari tu. Dah berjanji dengan Ngah nak bawak dia sekeluarga makan Nasi Arab.Malam tu semua penat sebab seharian duk membeli belah barang Danish nak masuk Tahun 1 tu kan. So, kitorang bawak mereka pekena Nasi Arab berdekatan dengan rumah me ajer lah. Tapi kami lagi suka sebenarnya makan Nasi Arab di food court Seksyen 7 belakang Unisel tu. Tapi tak kenal maka tak tahu kan :) Lagipun, lebih kurang 5 minit ajer sampai sini.


Malam tu kitorang amik set atas ni yang boleh makan 4/5 orang (RM59.50) .Ada roasted chicken, lamb kabshah dan chicken kabshah, Arabic Tea & Apple Juice (Kotak) .Kalau sesiapa yang rasa tak habis makan sorang sepinggan set Nasi Arab mereka, set ni memang terbaik la. Tapi me dan hubby, sepinggan sorang boleh habis ;p


Setiap cawangan D'Arab Cafe, harga menu mereka adalah berbeza. Setakat ni yang paling murah me rasa kat food court Seksyen 7, Shah Alam tuh la. Shawarma mereka pun paling sedap antara ketiga-tiga cawangan yang pernah me rasa iaitu Bandar Bukit Raja(BBR) & Giant Seksyen 7, Shah Alam.

Shawarma is thinly sliced cuts of meat, like chicken, beef, goat, lamb, and sometimes turkey, rolled into a large piece of flatbread or pita that has been steamed or heated. Inside the pita, foods like hummus, tahini, pickles, vegetables, and even french fries are added. Think of shawarma as a taco or burrito Middle Eastern style.
Overall, rasa nasi masih sama dan sangat sedap disetiap cawangan .Tapi Shawarma memang berbeza sebab yang tu disediakan oleh setiap outlet sendiri. Menurut owner di BBR yang me makan malam tu, kadang-kadang pun diorang masak sendiri jugak nasi Arab dan lauk pauk tu.


 Kaunter air yang menarik di  D'Arab Cafe BBR


Deko dalamnya..




Senarai menu for combo meal.

Pic Credit to : here . here

Untuk cawangan yang me makan ni, bolehlah terjahi :-



D'Arab Cafe:
No 24 Jalan Zapin 1A,
Bandar Bukit Raja,
42100 Klang Selangor.
En Zamri 0192826865
FB: http://www.facebook.com/pages/D-ARAB-CAFE/130469123643321
Website: http://nasiarab.com/
Cawangan lain : klik sini

Korang suka ker makan nasi Arab ? Nasi Arab di Saba', Cyberjaya, tetap nombor satu dihatiku :)




18 Comments:

  1. Sedap eh? Ermm..boleh try sbb aku mmg suka makanan arab :)

    ReplyDelete
  2. nasi arab saba' tu macam tak kena dengan tekak aku eventho ramai yang puji sedap..agaknya aku kena tulah en suami..kami hampir bergaduh sebab aku nak sangat makan kat situ..last2 bila makan (dah 2 kali aku makan) rasa tak leh telan..huhuhuhu

    tengok nasi arab buat perut aku berkeroncong lah plak

    ReplyDelete
  3. nasi arab memang terbaik..tapi setakat nie aku biasa makan kat saba je..tempat lain tak pernah try

    ReplyDelete
  4. saba' tu yg paling femes kan :)

    ReplyDelete
  5. boleh x dlm family, eB srg jerk yg x;pernah pegi. shah pn dh pegi. hu3

    ReplyDelete
  6. huhuhu.. nampak cam sangat sedap.. terliur!!

    ReplyDelete
  7. @CikPuanHaLia nasi dia memang sedap. lauk2 tu me suka roasted.ada orang suka mandey, kabshah

    ReplyDelete
  8. @zailamohamad oh yer ker..hehehe..kena tulah pulak yer.

    ReplyDelete
  9. @Ieda AlHabsyi blom cuba lagi di hadramawt tu.x tau mana yg femes.

    ReplyDelete
  10. sempat gak la makan D'ARAB CAFE bila diorang bukak cawangan kat KLIA tapi tahun diorang dah tutup...tak leh survive kot...

    ReplyDelete
  11. haaihhh..bila nak makan nasi arab nih..

    ReplyDelete
  12. tak tahu suke ke tak nasi arab ni sebab tak pernah rasa lagi.. :)

    ReplyDelete
  13. d'arab cafe kat putrajaya pun terbaik!!!

    ReplyDelete
  14. cawangan d'arab cafe paling murah kat uniten ... cubalah. pernah makan saba tapi kat setiawangsa rasa kureng. sedap lagi d'arab punya. belum berkesempatan cuba saba di cyber. dgr cite best, betul ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. setakat ni tu ranking yang pertama bg saya la, lepas tu baru d'arab cafe :)

      Delete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)