Friday, December 16, 2011

Mampukah korang menjadi MasterChef dirumah ??

Sekarang ni kan musim MasterChef Malaysia. Tapi me asyik la terlepas ajer nak tengok sebab banyak lagi cerita lain kat TV :p So, kadang-kadang tengok jugak yang ulangan. Me memang tak bosan tengok cerita masak memasak ni. Sampai my Nuha protes la sebab kalo Sabtu tu, sehari suntuk tengok AFC pun tak per. Keji mak dia tak bagi tengok Astro Ceria.My Nuha pun dah pandai main masak-masak gara-gara suka tengok AFC dan MasterChef .


Mampukah korang menjadi MasterChef dirumah ??
 
1) Beli Apron dulu - Masak kena sentiasa gunakan apron lah. Baru nampak MasterChef. My Nuha nampak me pakai apron terus ajer dia kata, MasterChef ;p Kuat btol pengaruh MasterChef kan.Baru pakai apron tu.Tak masak lagi ni.

2) Masak Ada Had Masa - Korang bagi sejam untuk diri korang masak, agak-agak siap tak. Tiba-tiba anak suh basuh berak, tiba-tiba jiran sebelah rumah bagi salam, tiba-tiba hubby suh angkat kain hari nak hujan , tiba-tiba, banyak la tiba-tiba. Dari sejam jadi namploh jam ;p

3) Hias makanan ala-ala Chef gitu - Kalo masak sedap-sedap ker ok laa jugak kan nak hias2, tapi setakat nasi goreng kicap macam ni, tak ke nampak lucu :p Jenuh pulak nak deko-deko, nak2 semua tengah lapar. Tak kuasa ok !


Cubaan untuk bergelar MasterChef malam tadi.
Nasi Goreng Kicap Udang Beradu ;p 
Siap ada menu noks :p


4) Bagi Juri rasa - Siapa nak kena jadi juri? Mesti la hubby dan anak kan. Kalo korang masak untuk diri sendiri ajer , bagi yang belum berpunya tu, korang rasa sedap, korang puji lah diri sendiri. Kalo tak sedap, duk diam-diam sudah :p Tak siapa tahu kan. hehehehe. Tapi jangan lah sentap pulak bila hubby tegur tak sedap even kita masak penat-penat. Kata nak jadi MasterChef ;p Atau buat-buat tersingkir, dah tu tak berasap lah rumah korang ;p

5) Kuliah MasterChef - Siapa lah yang nak kena jadi Chef bagi kuliah kat korang yer kat rumah. Semestinya buku resepi dan internet lah kan. Kalo korang tak tahu menu, google ajer, atau selak-selak ajer buku resepi.


Salah satu Chef of mine :p

6) Jerit Medic - Cuba korang jerit medic bila jari terpotong kat dapur, ada bantuan ker datang ? Kalo tak der, tak yah la berangan nak jadi MasterChef kat rumah. Korang luka, korang balut lah sendiri. hehehehe. Dah-dah, gi sambung buat kerja , tak yah la nak jadi MasterChef ;p

p/s: 




10 Comments:

  1. hahaha...kelaka lak rasanya entri ni..sebab ada gak verangan nak jd mcm masterchef tu..ahaks

    ReplyDelete
  2. memang takdenya la nk hias2 pas makan. hidang pon takdak. buffet dari periuk aje hihihihi

    ReplyDelete
  3. HAHAHAH..Eliss kat rumah...kalau masak jarang pakai apron... asyik lupa je. tak jerit medic kalau terluka...just cakap aduiii...pastu kena bebel dengan anak sebab tak careful...
    but we a mother always a masterchef at home

    ReplyDelete
  4. rasanye x mampu nak jadik master chef.. sebab bukan reti masak sgt pon.. simple2 boleh lah..kekeke

    ReplyDelete
  5. Knur pun suka tengok. Tak pernah miss lg setakat ni. Yg bagusnya anak2 dara akk pun suka tengok. Diaorg selalu tanya, "kenapa mama tak hias mcm diaorg?" Manalah mama diaorg ni reti nak hias2 tu. Pinggan kat rumah ni pun tak dela yg cantik2. hehe

    ReplyDelete
  6. http://wanwidget.com/
    boleh punyer, hehe

    ReplyDelete
  7. haha..bestlah entri ni..me suka lyn yg msk dessert or kek aje..bab2 main dish ni hubby suka lyn..haha..

    ReplyDelete
  8. semua boleh jadi mastercafe di rumah jika berusaha..suka gak pakai kuali tak melekat tu..sebab kalau goreng apa-apa pun tak melekat

    ReplyDelete
  9. hi tuan belog nak ajak join GA

    http://bamyuyu.blogspot.com/2011/12/ladies-photographer-giveaway.html

    hadiah utama adalah photobook, besarkan gambar dan cash:)

    ReplyDelete
  10. suka memasak tp x kuasa nak berhias2 nih... hehhehe..

    memang x de tokoh jd masterchef

    ReplyDelete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)