Friday, October 21, 2011

Sambutan berganda di Pizza Hut dan Shuhaida Seafood Restaurant

*Awas, entry hari ni banyak gambar makanan.

 As salam semua. Pagi-pagi jumaat ni muncul lagi bersama segmen JJCM di elissmie. Kali ni just nak cerita aktiviti makan kat luar kitorang jumaat lepas.Mula-mula kita celebrate birthday me yang tertunda sejak bulan September dulu dengan geng pakatan harijadi.Let's picture do the talking la.


Venue : Pizza Hut Seksyen 7, Shah Alam.











Ok, kenyang ??? Kita teruskan dengan sambutan yang kedua pulak pada malam hari.



Maklumlah anniversary me dan hubby hari tu (14/10) , so awal-awal lagi dah ajak my hubby pergi makan kat luar malam sebelum tu. Boleh pulak dia terlupa. Baru 4 tahun kawen sayang oi, kalo 40 tahun ? hahahaha :p Tu pasal keluar entry Ulang Tahun Perkahwinan , ada ker yang terlupa ? tu :p

My request bukanlah hotel bertaraf lima bintang pun :p Me rasa nak makan tomyam, dan tomyam yang paling kick me rasa adalah di Shuhaida Seafood Restaurant sahaja . 

TAPI.....

Bila dah sampai order, kitorang makan dan tidak menangis lagi seperti kebiasaan. Selalunya ianya pedas gila dan sedap gila. Memang mengecewakan. Seafood pun cuma udang yang boleh dikira tanpa menggunakan jari (SATU jer) dan sotong yang me rasa seekor dicincang 14.Dan dipenuhi dengan cendawan serta putik jagung.Dari 10 bintang yang kitorang selalu bagi, kali ni boleh bagi 3 bintang sahaja untuk menu Tomyam mereka. Sebelum ni dihidangkan menggunakan periuk tanah, tapi ni mangkuk biasa ajer.. Alahai....

p/s: 

Nampaknya me kena beralih ke kedai bekas pemain bola sepak negara kat sebelah la, Lagenda 17, untuk mencuba menu Nasi Goreng Menangis pulak :p



Ni my hubby punya, Mee Tomyam Seafood @RM 7


Me punya Kuey Teow Tomyam Seafood @RM7

My Nuha Yee Mee Fried Cantonese @RM7

Air Teh, Sirap limau dan plain water.Plain water untuk my Nuha , mcm biasa :p



Ada gambar ibu dan anak ajer..My hubby tolong amik gambar :p

p/s:

Ok tak me pakai tudung macam tu ? :p Baru nak berjinak2, dah terpengaruh sudah..


Venue : Shuhaida Seafood Restaurant
No 87 Jalan Snuker 13/28
Tadisma Business Park, Seksyen 13
Shah Alam
Tel : 03-5511 3572




10 Comments:

  1. bukan sengaja terlupa tapi disebabkan kesibukan keje maka yang ada dalam pikiran hanya berlegar pasal keje...

    ni baru je lepas audit ohsas 18001, hari ni plak audit iso 9001, early next year nak kena buat ems 14000 plak untuk semua loji dan ohsas 18001 lagi sekali untuk jabatan empangan...

    nak abiskan exam 4 paper je lagi pun tak larat, rasa macam 40 paper...tahun depan la exam kot...

    ReplyDelete
  2. sedapnya pizza tu :-)

    p/s; seronok baca blog awak

    ReplyDelete
  3. tu diaaaa... hubby dia bagi komen balas..muehehehe..

    eh.. nape tetiba jadik x sedap?.. mesti tukar tukang masak kan~ tak pe.. lepas nih boleh carik kedai lain plak..

    ReplyDelete
  4. weh...gambar kak ema tak der....pakatan bertiga...hahahah...

    ReplyDelete
  5. elok jea eliss..nampak mcm panjang jea muka eliss pki tudung awning tu

    ReplyDelete
  6. sedapnya pizza tuh!! cakap kat niza, bila nak blanje pizza.. hehehee

    ReplyDelete
  7. tu hubby da jawab. panjang dan padat.

    p/s aku still layan tudung bawal.
    biarpun satu office melayan tudung terkini dan sensasi.
    ;(

    ReplyDelete
  8. Memang sesuai tudung tue.... boleh la beli buat stok untuk raya aji nanti...

    ReplyDelete
  9. tiap kali besday mmg wajib belanje pixxa ekk..hehe

    ReplyDelete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)