Tuesday, August 09, 2011

Bonus Raya 2011 untuk kakitangan awam , gembiralah orang gomen :)

Korang dah dengar ke berita semalam? Akhirnya, setelah warga Felda dapat Bonus,(ayah dan ayah mertuaku ) kini giliran kami pulak merasa bonus raya. Kiranya ni yang paling tinggi la bonusnya sejak aku menjadi penjawat awam bermula tahun 2007 dulu.Sabar jer la.

Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada 1.27 juta penjawat awam Persekutuan bulan ini.sumber : sini

Kalo sebut ramadhan ni, mesti semua orang berfikir tentang DUIT. Yer la, mana nak beli baju raya, kasut raya, kelengkapan raya malah belanja sehari-hari rasanya lebih banyak pada bulan Ramadhan walhal kita berpuasa pada siang hari.Sinonim sungguh DUIT dan RAMADHAN kan ?? Mari kita berfikir sejenak...



Bulan RAMADHAN ni siapa yang paling banyak dapat DUIT korang rasa ?
Sudah tentunya Tukang jahit...
Tak sempat masuk Ramadhan lagi, tempahan baju kurung atau baju melayu sudah tak boleh ditempah. Untunglah bagi yang pandai jahit baju kan sebab tak perlu keluar banyak belanja baju raya. Baju kurung siap pun dah ada, boleh main tunjuk-tunjuk jugak, sediakan duit sahaja.Kalo malas nak bersesak ditempat awam, boleh shopping di hujung jari contohnya di Adorable Muslimah


pic credit to : here

Bulan RAMADHAN ni siapa yang paling banyak dapat DUIT korang rasa ?
Sudah tentunya Peniaga Pasar Ramadhan ..Ada jugak sesetengah orang siap amik cuti sebulan dari majikan sebab nak meniaga punya pasal di bulan penuh barakah ni.
Korang cuba la meniaga apa pun , sure laku punya. Sampaikan Ikan Perkasam yang dah siap goreng pun ada dijual korang tahu kat Pasar Ramadhan Seksyen 18 tu .Punyalah nak mudah ajer sampai lupa pahala yang banyak bagi yang orang yang menyediakan juadah berbuka tu kan.


pic : credit to :here

Bulan RAMADHAN ni siapa yang paling banyak dapat DUIT korang rasa ?
Sudah tentunya tauke biskut raya dan tauke kek lapis :)
Tester kuih sebelum Ramadhan lagi dah berkoyan koyan masuk dalam perut ni. Yang ni malas dengan rajin ajer sebenarnya.

Buat duit, buat duit jugak. Apa lagi yang sinonim dengan DUIT pada bulan RAMADHAN ni ? Yer, Zakat Fitrah. Sudahkah korang bayar zakat fitrah yang menjadi tuntutan di bulan Ramadhan yang mulia ni ?


Alhamdulillah, my hubby dah berzakat untuk kami sekeluarga...




Kalo malas-malas, boleh bayar melalui SMS ajer , boleh rujuk sini ..
atau pun di kaunter zakat yang disediakan, boleh rujuk sini

Kadar Zakat Fitrah 2011/1432H

Negeri
Kadar Zakat Fitrah 2011 (RM)
Perlis
6.00
Kedah
7.00
Pulau Pinang
7.30
Perak
7.00
Selangor
7.00
Negeri Sembilan
6.50
Melaka
6.30
7.00 / 5.00
6.50
Pahang
7.30
Terengganu
6.00 / 7.00 / 8.00*
Kelantan
7.60
Sarawak
6.20
Sabah
7.70
Wilayah Persekutuan
7.00


Tiada alasan lagi kan untuk tidak membayar zakat kan?

Pesan Abah pada aku - Walaupun kita tak pernah makan beras mahal, bila bayar fitrah tu, bayarlah dengan beras yang paling mahal.Tapi di Selangor , kadar rata bah, tak macam Terengganu, ada 3 kadar yang tak rata :p

“Entri ini ditulis untuk cabaran #2 iPad MySuperKid yang direviu oleh neyra shazeyraLennymoriza dan ditaja oleh Adorable Muslimah

31 Comments:

  1. wow!suke entry mung kali nih...

    ReplyDelete
  2. dulu penah dapat bonus sebulan gaji tapi bayaq ansuran(tapi sekali ja masa zaman pak lah) pastu asyik dapat 'bantuan' jer la...hehehe...bila tah nak dapat BONUIH 2 bulan 3 bulan. Apapun, syukurrrrr.....:P

    ReplyDelete
  3. aku jdi staff UNiKL (bwh Mara on 2003)
    dah mula merasa bonus since 2nd year keje situ
    the keje UIA ni,2008 dah merasa 1st bomus.pastu dpt naik gaji yg besar2ran tu time Dollah Badawi tu la.then takde bonus smpai ke sudah.
    time najib?!
    ni la 1st time dpt yg 1/2 month.
    tu pun klu kat senat UIA ni follow policy gov,maybe dpt half month.
    klu tak mungkin jst 500 jer.
    psl bonus ni,takmolah citer n gembira2...
    sbb hidupku serba biasa..
    dibagi ku amik,tak dibagi..(aku doa jer pada Tuhan)
    huhuuhuh....

    ReplyDelete
  4. buleh la belanjo ore deh eliss :D

    ReplyDelete
  5. syukur alhamdulilah... walaupun tak pernah merasa kenikmatan dapat bonus macam orang gomen, apak tetap bersyukur kerana rezeki datang dalam pelbagai bentuk, tak semestinya dalam bentuk bonus sahaja... alhamdulilah....

    ReplyDelete
  6. waa....sedeynye tak dapat bonus *___*

    ReplyDelete
  7. syukur dah dapat bonus walaupun tak banyak tapi boleh belanja raya..

    ReplyDelete
  8. laki aku dah nak raya nanti baru bayar zakat

    ReplyDelete
  9. eliss ni rupa puding raja...sedap

    ada jala mas, pisang lemak manis, prune, cheri kacang mkn dgn kuah kastard

    http://sawanila.com/v10/2011/03/08/puding-raja-pekan-yang-asli/

    ReplyDelete
  10. aku suka komen sid..aku pun camtuh. Orang bagi aku terima..klu tak bagi cuukp la dengan apa yg ada..sederhana jer..

    ReplyDelete
  11. enjoy with d bonus. raye sakan la tahun ni. :p

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah, rezeki.

    Aik, naik 3 kupang dah zakat fitrah Penang.

    ReplyDelete
  13. @mamasue kalo suka tekan like :) hehehe

    ReplyDelete
  14. @Kancilbiru kena tunggu anak darjah 1..hehehe

    ReplyDelete
  15. @Sidratul Muntaha btol2..musuh jgn dicari..rezeki usah ko tolak :)

    ReplyDelete
  16. @apak cikidong betul ! setuju tapi bonus ni yang nampak ..hehehe

    ReplyDelete
  17. @*Ms.Serry Fatieha Insya Allah, ada laa rzeki lain kan.

    ReplyDelete
  18. @cik Jue Aka Ibu Farisyah belanja selepas raya kot bagi me, sebab dah abes dh shopping..hehehe

    ReplyDelete
  19. @sawaNiLa.com manis2 laa yer..banyak campurannya tu. terliur la pulak :)

    ReplyDelete
  20. @mrsharis dari takder kan, atleast bleh membantu mana yang over budget ms raya tu kan..hehehe

    ReplyDelete
  21. @azzamoro tp kalo dapat duduk rumah baru lagi sakan laa..x leh lagi..huhuhu

    ReplyDelete
  22. Salam, Eliss

    Menarik entri ini. Saya suka. Berbeza antara satu sama lain tapi saling berkaitan. Duit.

    :)

    Siap dengan qoute + gambar, memang menjadikan entri ini bertambah menarik.

    -Lenny

    ReplyDelete
  23. DEAR.. GOODLUCK..
    NK TAMBAH ENTRY X WAHAI GROUPMATE?

    http://nurhafiz2009.blogspot.com/2011/08/cabaran-2-ipad2-kumpulan-f-for-first.html

    ReplyDelete
  24. byknya topik dlm entry ni tp yg pasti nak komen pasal baju raya... lepas ni mmg tak payah sibuk2 nak tempah lagi lalalalalala

    ReplyDelete
  25. @nur dear, satu ni jer termampu..hehehe

    ReplyDelete
  26. Eliss...rezeki tak terduga,kan?Untungnya kalau bekerja kerajaan..banyak kelebihan.

    Rasa tak sabar nak sumbang tenaga...nak makan duit dari titik peluh sendiri.

    ReplyDelete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)