Monday, March 21, 2011

Kenapa agen hartanah,susah nak reveal alamat rumah?

Masih lagi dengan Misi Pencarian Rumah. Kalo korang bosan.Nasib lah.Hehehehe :p Nak cerita jugak. Semalam, seharian kami bergelandangan di jalan raya dan melihat rumah-rumah untuk dijual. Betapa serious buyernya kami :p Selagi misi tu tak habis, selagi tulah aku tak boleh nak tambah bilangan anak dan my hubby tak dapat superbike dia :p


credit to : here

Kenapa agen hartanah atau agen rumah ,susah nak reveal alamat rumah? Ni persoalan yang bermain-main kat fikiran kami. Korang tak nak kami pergi direct nego ker dengan owner rumah tu ? Yer ,aku tahulah korang dapat komisyen yang tak kurang sketnya kalo rumah tu terjual kan.Tapi janganlah sampai menyusahkan orang. Semalam aku terkena dengan 2 agen rumah. Sebelum ni pernah jugak lah kena. Sampai kesudah tak nak reveal alamat rumah sampai lah kita betul-betul confirm nak pergi tengok rumah tu.

Dah la siap sesat-sesat lagi bawa kami pergi ke rumah tu.Kalo bagi alamat siap-siap, rasanya kami boleh pergi dan sampai dulu dari agen tu ;p macam cilaka aku rasa..Ada jugak yang just bagi nama jalan ajer..Tu pun pening jugak..Dah la banyak rumah. Nak aim rumah mana pun tak tahu kan. Selagi tak jumpa, selagi tu tak nak reveal..

Sesiapa yang jadi agen hartanah ni, tolonglah reveal lah alamat rumah yang betul benar kat kami yang ingin mencari rumah untuk dibeli ni..Tapi tak semua agen hartanah yang kerek macam tu, ada jugak yang baik tau :)

Masa aku google-google tadi, aku terjumpa Tips ni yang sesuai untuk dipraktiskan oleh pembeli rumah melalui agen hartanah macam aku ni :)

7 Soalan Yang Perlu Tanya Agen Hartanah

1) Kenapa tuan rumah ingin jual rumah?

2)Berapa lama rumah ini berada dipasaran?

3)Bila penyewa atau owner rumah akan pindah keluar?

4)Berapa minimum penjual rumah akan terima?

5)Apa sebab sebenar penjual nak jual rumah ?

6)Siapa yang letak harga rumah untuk dijual?

7)Ada tak rumah lain yang boleh compete dengan rumah ni?

Penerangan lanjut : korang baca kat sini :) Malas aku nak translatekan :p


Keputusan Pencarian Si Cilik Bergaya, paling cepat Jumaat ini aku umum yer :) Sila Semak Nama Peserta disini.Klik laju-laju :) Tapi nama korang tak akan ada selagi aku tak tinggal jejak yer :) Sila bersabar :)


13 Comments:

  1. kk elis...i pon tgh cari rumah area shah alam yg apartment atau kondo sederhana.trget nk beli utk sewa kan.tp nak beli yg new property lah.kk eliss kalo tahu ade iklan nk buat tapak rumah...boleh inform kat sye.nnti sye deal sndri.

    ReplyDelete
  2. tips yang bagus jugak neh~ boleh diaplikasikan jugak nanti.. semoga jugalah rumah idaman tu yer..:)

    dah try carik iklan rumah kat mudah.my???

    ReplyDelete
  3. setakat sorang agent yang aku deal hari itu. ok alhamdulilah.

    x weh, klu agent poyos gitu. jgn layan. cari je agent yang ok.

    ReplyDelete
  4. Ooo..itu antara masalahnya ya..saya tak tahu..sebab saya beli rumah yg baru siap direct dgn developer..

    Apa kata u target dulu rumahnya, dan selalunya akan terpampang nombor agen utk di call kan di depan rumah tu? So dah tau rumah yg mana satu

    ReplyDelete
  5. kita kalau boleh nak tgk rumah tu dulu dari luar, nak survey persekitran baru lah nak go for the price kan kan kann...?

    ReplyDelete
  6. harap2 korang jumpa rumah yg best nnt..

    ReplyDelete
  7. Jika berminat untuk menjadi agen hartanah atau perunding hartanah sila lawat website saya :)

    http://tinyurl.com/3du62cq

    ReplyDelete
  8. agak terlewat saya baca n3 ni sampai la ni geram giler dgn agen tu. lg geram kat owner sbb dia pass rumah tu kat agen.lg senang dia deal trus dgn saya.xde la dia tanggung rugi upah agen sbb rumah yg saya nk beli tu sblh rumah mak saya je.

    ReplyDelete
  9. Sebab tulah faisya ejen2 tu tak mahu revealkan alamat rumah..tak mahu ada yg potong jalan.. Sbb segala perjanjian dah dibuat dgn owner, segala kos iklan dah keluar... kan komisyen tu sumber pendapatan mereka...

    ReplyDelete
  10. sebab agen pun boleh ditipu oleh pembeli.. tak gitu ?

    ReplyDelete
  11. cari makan maa...tp jgn sampai mendtgkn kesusahan pada org lain....

    ReplyDelete
  12. saya pun agent di selangor...sekiranya ada mencari rumah saya sedia membantu anda..hubungi 0122687781

    ReplyDelete
  13. As salam tuan blog...

    sy setuju dgn anda, ada agen yg tak boleh harap. kadang kala menyusahkan buyer.. tapi kebanyakkan dari masa, agen yg begini mungkin sebab mereka pun ada masalah PR dgn buyer / customer..

    tapi agen yg baik sangat membantu..

    kita tidak boleh melihat satu sisi sahaja.. ada sebab agen buat begitu, kalau kita pula seorg agen, tentu kita pun buat yg sama sebab kita telah dilantik oleh owner utk bekerja bagi pihak owner..

    sy menjual rumah dgn melantik agen. sudah bertahun2 sy bersama agen sy, dia buat kerja yg baik.. sy sangat berterima kasih dgn dia..

    kebaikan ada agen.

    1. dia tolong buat semua kerja. iklan, bawa buyer, uruskan doc. owner / buyer dr segi loan dan lawyer.

    2. sy bebas tanpa gangguan, semua urusan dibuat oleh agen sy, kalau nak view, tak ganggu sy, tak lah sy pening nak berdepan dgn kerenah buyer ect. dia bawa dan sy dimaklumkan sj.

    3. tau2 dah ada buyer dan sy tunggu S&P, sign dan dapat payment sy selepas itu..

    bg sy, byk kebaikan guna agen, (kalau dpt yg baguslah).

    buyer pun sering demand bukan2.. malah byk waktu buyer suka potong jalan, tidak menghormati agen yg dilantik dan mendesak2 kami dgn macam2 benda, nak minta kurang harga satu hal, nak suruh tinggalkan barang2 itu dan ini, nak suruh cat balik sebelum beli ect..

    so last, itulah proses ekonomi berkembang, mereka tawarkan perkhidmatan, dan kita byar sebab dah dapatkan perkhidmatan mereka.. jadi, tak ada istilah mereka dapat banyak komisen, sebab kalau kita pun kerja bahagian marketing & sales tentulah kita nak upah kerja kita a.k.a GAJI..

    *Rosalinda Al Hussin

    ReplyDelete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)