Friday, January 28, 2011

Siapa nak kerja luar negara??


Aku pernah jugak bercita-cita nak kerja luar negara. Dulu-dulu, ada jugak my hubby ada ura-ura nak kerja kat Qatar tu.Tapi masa tu belum jadi suami isteri lagi, so aku lah orang yang menghalang niat suci murni dia nak kerja sana. Mau dia pergi sana, silap-silap buat balik isteri dari Qatar.hahahaha :p

Tapi sekarang macam kabur lah pulak harapan tu kan nak kerja luar negara sebab dah stabil dengan kerja ni.Mungkin ikut my hubby dan ambil cuti tanpa gaji ker syok jugak kan.Atau sambung master luar negara :p

Apa yang best kalo kerja luar negara erk?

1) Tambah pengalaman

2) Tambah kenalan

3) Dapat merasai kehidupan yang berbeza dari negara sendiri

4) Dapat melancong sana sini macam Yatie Chomeyl :)

5) Boleh kumpul Fridge Magnet luar negara macam Mama Zharfan :)
 
p/s:

Luar negara yang aku pernah pergi adalah Thailand, tu pun naik bot ajer :p


p/s:

Tapi, hujan emas negeri orang , hujan batu negeri sendiri, baik lagi negeri sendiri.Betulke??

p/s:


Kazen aku duk Jepun tu tak nak balik Malaysia ker weh?? :p Kot-kot dia terbaca entry ini :p


Sesiapa yang berminat nak kerja di luar negara, ni nak bagitau ada kekosongan di Qatargas Operating Company - Vacancies [16th January 2011], Qatar lah beb !

Internal Audit

Agreement Coordinator

Well Engineering & Interventions Manager – Reservoir & Production

Contract & Procurement Engineer – Ventures

Marine Civil Engineer – Plant Engineering Support

Technical Superintendent – Shipping

Interested, email to azman@uzmagroup.com

19 Comments:

  1. tak sanggup aku nk tinggalkan malaysia...nanti kena angkut semua sekali p sana...hahaha

    ReplyDelete
  2. best duk luar negara.pastu selalunya yg gi keje obersee ni kan dpt elaun, tu sebab bleh shoping2..hehe..kalo tkde ongkos lebih pun x best gak. cam menarik jugak yg agreement coordinator tu

    ReplyDelete
  3. berminat sgt nk keluar negara. kalau la hasben ada option keje sana..kompom rela meninggalkan kerja kt sini dan ikut dia..tp mungkinkah akan terjadi???

    haha!

    ReplyDelete
  4. tetiba rasa nak buat phd kat qatar pulak. hahaha. poyo la aku ni

    ReplyDelete
  5. bila asyik berjalan je, dah org ckp gi study ke gi makan angin je tu? kui3x

    ReplyDelete
  6. ai pun teringin

    tapi biarlah en soami yg kerja.. ai mahu joli katak saja di sana

    hikhik

    ReplyDelete
  7. ada pro & contra la kn...tp sronok bc blogger mcm mama zharfan & yatieychomel kt negara org

    ReplyDelete
  8. wahhh seronok sesapa yg dapat kerja di luar negara, dapat menimba pengalaman tinggal di negara orang.

    saya tak layak, kihkihkih. tumpang seronok dengar cerita orang sajalah.

    ReplyDelete
  9. ena pun dpt offer keja di oversea tapi terpaksa tolak sbb family lebih ptg kan..jd skang nie menagganggur la di rumah

    ReplyDelete
  10. Saya tak suka kerja luar negara tapi cukup suka dan happy sekali ikut kalau suami nak bekerja di luar negara...ada boleh...hee hee :D

    Betul lah Eliss, masa Intan dok kat UK dulu ikut hubby habiskan PhD dia, mmg rasa tak nak balik coz seronok sgt kat sana, series best sgt tau...nie pon rindu je sllu nak g balik sana but takde rezeki lagi...huu huu.

    Sini pon seronok tapi sana lagi seronok...hee hee :D

    ReplyDelete
  11. duduk shah alam ni pun aku dh rasa jauh sgt ngn mak ayah aku..siap nk mintak tukar balik perak..kalo duk Qatar tu tk tahu la nk bygkan hehehe

    ReplyDelete
  12. knur dah merasa 3 1/2 tahun ikut hubby yg sambung phd ke NZ. Mmg seronok mula2. tpi lama2 rasa rindu sgt dgn keluarga. banyak peristiwa penting dlm keluarga pun terlepas. 2 org adik kawin (Yatie Chomeyl tu dan sorang adik lelaki) pun Knur terlepas sbb tak cukup duit nak balik Msia tengok diaorg kawin. huhu

    ReplyDelete
  13. nyah nk keje kat luar negara.. tp nyah xtau nk keje ape..

    ReplyDelete
  14. keje KL nipun, meronta2 nak balik kampung tiapkali cuti

    ReplyDelete
  15. bunyik mmg bestt...tp den tak sanggup...pegi jln2 seminggu pun mcm nak kebuluran dah, smua mkanan tak kena ngan piawaian tekak...huk2

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum.
    saya teringin nak kerj diluar negara ~
    ada peluang lagi tak sekarang nieh ?
    mcm mana ae nak aply kerja disana

    ReplyDelete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)