Sunday, May 09, 2010

Sudah elissmie.com !!

Hari ni bersiaran dari ofiz my hubby.Yer, hari ni hari Ahad.Terpaksa membatalkan plan yang sudah lama di rancang untuk sama-sama memeriahkan  1Superkids-MBP Family Day. Terkilan jugak tapi memandangkan my hubby banyak keja terpaksa la berkorban sket.Harap ada lagi lain kali yer Mommy Lyna dan Kak Ros :) Ribuan maaf dari kami sekeluarga.

 Bukti, my hubby banyak kerja..tengok laa meja dia..huhuhu

Rata-rata tanya aku, apa kelebihan ada domain sendiri ni?Ni aku senaraikan kelebihan bagi yang ada domain sendiri dan Tips untuk memilih domain.Aku rasa kelebihan mempunyai domain sendiri ni bergantung kepada tujuan dan kegunaan sesuatu belog jugak.Ini aku senaraikan kelebihan  berpandukan apa yang aku tahu lah.

Kelebihan memiliki domain

1. Hak Penamaan  - Sebuah nama domain hanya boleh didaftarkan sekali dan untuk satu pembeli sahaja. So, orang yang pertama yang daftarkan domain tu mempunyai hak kepada domain tersebut.Kot-kot ada orang lain nak beli nama domain yang korang miliki, jual ajer dengan harga yang tinggi? berbaloi tak?hahaha.Ada sesaper nak beli elismie.com? kalo redmummy.com laku lah kan?

 2. Identiti sendiri  - Samalah seperti nama jenama atau logo, nama domain merupakan suatu identiti yang pengunjung senang ingat.So peluang untuk diorang datang balik ke belog anda tinggi lah kan?Nak-nak ada iklan Nuffnang plak duk berkelip-kelip kat dalam belog.Lagilah masyuk.Macam lah banyak sangat iklan kat belog aku.

3. Simplicity -Ni bukan produk Datuk Siti yer..hahaha.Kalo kita guna blogger, kan ke panjang kan alamat URL tu, tapi bila ada domain sendiri, alamat URL belog anda lebih pendek dan senang orang ingat.


4. Nampak Pro- Nampak pro la kan dalam berbelog guna domain sendiri padahal kandungan ntah apa-apa macam aku ni. Mana la tahu kot-kot aku jadi blogger pro lepas ni.Who knows kan??? hahahaha.Ada hati!

5. Pengiklanan Yang Lebih berkesan- Biasanya pengiklan lebih memilih nama domain dari sebuah nama domain sub.So , ada sesiapa nak buat iklan kat belog aku? Silakan lah, email aku : eliss@elissmie.com {chewahhh..siap ada email sendiri pada domain pulak ok!!!)

6.Senarai teratas di enjin carian. Biasanya, kalo ada domain sendiri, kat search enjin macam yahoo, google, diorang senaraikan yang ada domain sendiri dulu.So, banyaklah trafik ke belog.Itu yang korang nak kan? Tipu lah kalo yang ada nuffnang tu cakap, tak nak ramai orang baca belog.Sebab lagi banyak orang baca, lagi banyak duit masyuk.hahaha

Tips memilih domain.

1. Senang diingati - Kalo panjang sangat nama domain, susah pulak orang nak ingat kan.Macam elissmie.com. Senang kan korang nak ingat?


 2.Elakkan sama/iras dengan domain orang lain  - Untuk orang lain confuse atau pergi ke belog lain. contohnya macam bluekancil.com , marah plak si Kancilbiru.com tu :), atau kalo nak kena marah dengan anakPerak.com korang pergi letak anakPeghok.com .Sila-sila :) MommyMerah.com pun available lagi .hahaha.Pilihan ditangan korang!


3. Pilih Dot Com  - Kalo korang nak beli domain, mula-mula sekali , check la available ker tak nama yang korang nak yang versi dot com.Sebab rata-rata orang, kalo buat carian mesti taip dot com kat belakang kan dulu dari dot versi dot yang lain.


Macam-macam versi dot yang ada untuk korang pilih. 

Teruja tak nak ada domain sendiri??? Apa tunggu lagi, daftar lah sekarang kat NetKL.com

 Macam mana nak configure domain yang korang beli pada blogger.com , boleh rujuk tutorial dari Kancilbiru.com di SINI. Semalam, pukul 6 pagi, Kancilbiru.com SMS aku cakap elissmie.com dah keluar.Akhirnya.Lebih kurang 12 jam kot elissmie.com berjaya diaktifkan ke seluruh dunia.Biasa paling lama 72 jam ajer.

Walaupun sudah berdotcom, tapi entry aku tetap macam biasa, aku akhiri dengan juadah lunch aku untuk hari ini.Beli ajer dekat dengan ofiz my hubby tadi.Ada lagi ke tak lunch?


Banyak btol lauknya -
Menu :Gulai daging, sotong masak lemak, ketam masak lemak, terung berlada dan ikan goreng.
Harga : RM 20
Venue : Dekat dengan Loji Sg Langat (aku lupa nama kedai dia daa)


SELAMAT HARI IBU PADA SEMUA IBU DI DUNIA TERUTAMA

 Ibuku & Ibu Mertuaku...


p/s:



Terima kasih ma kerna membesarkan eliss
dan terima kasih mak, sebab lahirkan anak emak untuk eliss yang menyintai dan menyayangi eliss :)


welcome elissmie.com !



1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:

9 Comments:

  1. wah...selamat ber dot com :-)

    ReplyDelete
  2. tahniah elis..semoga terus maju dgn elissme.com hehe aku ni dh lama beli domain tp tah la tetap nk guna blogspot juga..mgkin lepas ni aku kene buang sume sawang2 kt domain aku tu huhuhu

    ReplyDelete
  3. itukan..berkorban demi family tercinta..
    sodapnyerrrr lauk2 tu...

    ReplyDelete
  4. wah..dah ada domain sendiri..hebat2..hehe

    ReplyDelete
  5. wah tahniah la eliss...makin maju la sekarang ni...kiter je yang tertinggal bas nampaknyer...bercita2 jugak...tapi apa kan daya tak sehebat eliss

    ReplyDelete
  6. no wonder la..aku tercari-cari gak kelibat ko. Aku pi kejap jer sbb nuha & hannan ngantuk. Tp sampai umah cargas kemain lak..geram aku.

    ReplyDelete
  7. congrats yang on your domain.kellas!

    hepi belated mother's day :)

    ReplyDelete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)