Thursday, November 19, 2009

Ada apa dengan 2012?




Sinopsis : Never before has a date in history been so significant to so many cultures, so many religions, scientists, and governments. '2012' is an epic adventure about a global cataclysm that brings an end to the world and tells of the heroic struggle of the survivors.

Korang dah tengok ker? Aku dah tengok, tapi tengok poster jer laa..hahaha.Kalo btol-btol 2012 laa berlaku megatsunami tu (nauzubillahiminzalik) yang konon2nya kiamat laa kan, cukupkah Earnings (mcm nuffnang plak) kita nak bawak untuk bekalan akhirat ...aduhai..lemah lutut kalo dok fikir-fikir kan...

Korang tahu dak perempuan paling ramai dalam neraka tu? Hari ni aku nak tulis pasal adab berpakaian (bagi yang tak bertudung jangan plak terasa dengan entry aku ni yer) meh laa kita saling ingat mengingati....tak salah kan? Insya Allah, dengan artikel yang aku google ni, memberi sedikit panduan untuk semua dan peringatan buat aku jugak..Yang baik tu semuanya datang dari Allah, yang tak baik dan serba kekurangan ini datang dari diri aku jua...Walaupun pakai tudung tapi pakai baju macam telanjang pun masuk neraka jugak..Sedih kan?

Di dalam Islam ada garis panduan tersendiri mengenai adab berpakaian (untuk lelaki dan wanita) iaitu:

1. Menutup aurat
AURAT lelaki menurut ahli hukum ialah daripada pusat hingga ke lutut. Aurat wanita pula ialah seluruh anggota badannya, kecuali wajah, tapak tangan dan tapak kakinya. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Paha itu adalah aurat.” (Bukhari)

2. Tidak menampakkan tubuh

PAKAIAN yang jarang sehingga menampakkan aurat tidak memenuhi syarat menutup aurat. Pakaian jarang bukan saja menampak warna kulit, malah boleh merangsang nafsu orang yang melihatnya.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku lihat ialah, satu golongan memegang cemeti seperti ekor lembu yang digunakan bagi memukul manusia dan satu golongan lagi wanita yang memakai pakaian tetapi telanjang dan meliuk-liukkan badan juga kepalanya seperti bonggol unta yang tunduk.

Mereka tidak masuk syurga dan tidak dapat mencium baunya walaupun bau syurga itu dapat dicium daripada jarak yang jauh.” (Muslim)

3. Pakaian tidak ketat

TUJUANNYA adalah supaya tidak kelihatan bentuk tubuh badan

4. Tidak menimbulkan riak

RASULULLAH SAW bersabda bermaksud: “Sesiapa yang melabuhkan pakaiannya kerana perasaan sombong, Allah SWT tidak akan memandangnya pada hari kiamat.” Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Sesiapa yang memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan pada hari akhirat nanti.” (Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’iy dan Ibnu Majah)

5. Lelaki, wanita berbeza

MAKSUDNYA pakaian yang khusus untuk lelaki tidak boleh dipakai oleh wanita, begitu juga sebaliknya. Rasulullah SAW mengingatkan hal ini dengan tegas menerusi sabdanya yang bermaksud: “Allah mengutuk wanita yang meniru pakaian dan sikap lelaki, dan lelaki yang meniru pakaian dan sikap perempuan.” (Bukhari dan Muslim)

Baginda juga bersabda bermaksud: “Allah melaknat lelaki berpakaian wanita dan wanita berpakaian lelaki.” – (Abu Daud dan Al-Hakim).

6. Larangan pakai sutera

ISLAM mengharamkan kaum lelaki memakai sutera. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Janganlah kamu memakai sutera, sesungguhnya orang yang memakainya di dunia tidak dapat memakainya di akhirat.” (Muttafaq ‘alaih)

7. Melabuhkan pakaian

CONTOHNYA seperti tudung yang seharusnya dipakai sesuai kehendak syarak iaitu bagi menutupi kepala dan rambut, tengkuk atau leher dan juga dada. Allah berfirman bermaksud: “Wahai Nabi, katakanlah (suruhlah) isteri-isteri dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan beriman, supaya mereka melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun dan Maha Penyayang.” – (al-Ahzab:59)

8. Memilih warna sesuai

CONTOHNYA warna-warna lembut termasuk putih kerana ia nampak bersih dan warna ini sangat disenangi dan sering menjadi pilihan Rasulullah SAW. Baginda bersabda bermaksud: “Pakailah pakaian putih kerana ia lebih baik, dan kafankan mayat kamu dengannya (kain putih).” (an-Nasa’ie dan al-Hakim)

9. Larangan memakai emas

TERMASUK dalam etika berpakaian di dalam Islam ialah barang-barang perhiasan emas seperti rantai, cincin dan sebagainya.

Bentuk perhiasan seperti ini umumnya dikaitkan dengan wanita namun pada hari ini ramai antara para lelaki cenderung untuk berhias seperti wanita sehingga ada yang sanggup bersubang dan berantai.

Semua ini amat bertentangan dengan hukum Islam. Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud: “Haram kaum lelaki memakai sutera dan emas, dan dihalalkan (memakainya) kepada wanita.”

10. Mulakan sebelah kanan

APABILA memakai baju, seluar atau seumpamanya, mulakan sebelah kanan. Imam Muslim meriwayatkan daripada Saidatina Aisyah bermaksud: “Rasulullah suka sebelah kanan dalam segala keadaan, seperti memakai kasut, berjalan kaki dan bersuci.”

Apabila memakai kasut atau seumpamanya, mulakan dengan sebelah kanan dan apabila menanggalkannya, mulakan dengan sebelah kiri.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Apabila seseorang memakai kasut, mulakan dengan sebelah kanan, dan apabila menanggalkannya, mulakan dengan sebelah kiri supaya yang kanan menjadi yang pertama memakai kasut dan yang terakhir menanggalkannya.” (Riwayat Muslim).

11. Selepas beli pakaian

APABILA memakai pakaian baru dibeli, ucapkanlah seperti yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan At-Tarmizi yang bermaksud:

“Ya Allah, segala puji bagi-Mu, Engkau yang memakainya kepadaku, aku memohon kebaikannya dan kebaikan apa-apa yang dibuat baginya, aku mohon perlindungan kepada-Mu daripada kejahatannya dan kejahatan apa-apa yang diperbuat untuknya. Demikian itu telah datang daripada Rasulullah”.

12. Berdoa

KETIKA menanggalkan pakaian, lafaz- kanlah: “Pujian kepada Allah yang mengurniakan pakaian ini untuk menutupi auratku dan dapat mengindahkan diri dalam kehidupanku, dengan nama Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia.”

Sebagai seorang Islam, sewajarnya seseorang itu memakai pakaian yang sesuai menurut tuntutan agamanya kerana sesungguhnya pakaian yang sopan dan menutup aurat adalah cermin seorang Muslim yang sebenar.
credit to : source 

Dulu masa aku kerja kat KLCC, aku pernah dapat phamplet ni(kena bayar RM2 tak silap)...meh aku share kat korang secara FREE :)





Cara menutup aurat yang betul [klik untuk besarkan]





Cara menutup aurat yang salah [klik untuk besarkan] 


 Aku pernah dengar seorang ustaz pernah cakap kat tv, macam ni lah ayatnya..Ingat2 lupa jugak aku..

mula-mula berubahlah dulu demi orang yang disayangi (contohnya bagi yang dah kahwin, suami la kan-mesti korang sayang suami dan tak nak dier masuk api neraka kan?), pastu lama-lama, bila dah redha dengan perubahan tu, Insya Allah,niat kita secara automatik adalah berubah kerana Allah...

Ada satu kisah suami isteri yang dalam perjalanan pergi kerja.Nampak sepasang suami-isteri naik motor..Isteri dier siap pakai stokin lagik even pakai selipar.

Isteri: Bagusnya lah isteri dier ni..siap pakai stokin lagi...
Suami : Tu lah namanya sayangkan suami..takut suami dier masuk neraka...

Aku plak terkena(eh, citer pasal aku ker tadi) Opss.....Insya Allah, saat tu pasti tiba sayang..sooner or later....


Tips hari ini :


Untuk Nuffnangers sahaja :) Kalo tadak, meh register kat SINI :) Kenapa korang tak nampak muka aku kat Community yang bahagian Analytics tu , tapi aku selalu jer terjah blog korang dan tinggal komen gitu...Pelik tapi benar bukan? Alaa..sebabnya kat profile aku, Under Privacy Setting tu, yang bahagian - Allow users to see that you have visited their blog aku pilih [No]. So korang tak nampak laa muka aku yang comel (matilah perasan) itu kat community korang..seriyes, aku klik nuffnang yang ada kalo aku singgah :) Kalo nak gedik2 tukar jugak (supaya orang lain tak tau korang sedang terjah blog dier) , klik pada change profile yang aku siap2 anak panah merah itu dan Tukar ler bahagian Privacy itu dengan menekan butang Edit yerr ..sekian....




Contest update :



pic credit to :here

Korang tau dak, korang akan dapat gelang ni kalo korang menang contest INI ? Kalo nak beli gelang-gelang yang lain,rantai ker anting-anting ker,  bleh lawat kat SINI :) Happy viewing n shopping :)

11 Comments:

  1. timasih liss utk reminder ni. ye la kan. now tudung tu da mcm aksesori kepala la plak. mcm2 pattern. mcm2 gaya. kita kadang2 lupa cara pemakaian tudung yg sebenar2nya... kalu gitu, lebih baik free hair jer, kan?

    ReplyDelete
  2. time kasih mengingat kan aku beb.... no heart peeeling pun :D

    wei rugi ko hidekan profile ko tau. mana tau kalo org jenguk blk blog ko... ko gak dpt untung hehehe

    ReplyDelete
  3. Salam kenal Eliss, bagus bg entry psl aurat ni, mengingatkan sesiapa yg terlupa (termasuk la aku ni kekadg)..hehe

    ReplyDelete
  4. aku pun dah tengok poster je 2012 tu. tak sabar nak tengok..

    thanks pasal aurat tu. bersungguh aku baca. kalau boleh nak berubah ke arah kebaikan..

    ReplyDelete
  5. saling mengingati kita...aku lom tgk lagi 2012...tiket free da ada depan mata nie...

    ReplyDelete
  6. bagus2
    boleh muhasabah diri sendiri
    :)

    ReplyDelete
  7. jadi insaf bile baca entri ni..erk tula aku pon takut pasal 2012 tu..nauzubillah..mmg rasa earning aku tak cukup ni.

    ReplyDelete
  8. insaf baca entry ko ni.. terima kasih kerana ingat mengingati sesama kita... ;)

    ReplyDelete
  9. ada modak ni eliss,

    kalau husband tanya

    "sayang sayang abang ak?"

    boleh jawab
    "sayangggg sangat,pasal tu la sayang pakai stokin"

    hehehe

    thanks for the reminding

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum..
    pe kabar?..aku dah tengok ko punye blog nih..suka sgt nak tau mcm mane ko hias template tu..camne nak create template sendiri ek?aku minat nak wat blog cun cam korg tapi xtau camne?leh ajar kan aku x?income leh tahan x?dah lama ke ko ngan nuffnag tu?

    ReplyDelete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)