Thursday, March 19, 2009

Terapi Penafasan....

Ni email aku dapat dari kak ema semalam...aku rasa satu info yang sihat untuk dipraktiskan tanpa bayaran :D

Kita memiliki hidung berlubang disebelah kiri dan disebelah kanan (?-lain macam aku baca-senang citer, kita ada 2 lubang hidung kiri dan kanan :P ), apakah fungsinya sama untuk menghirup dan membuang nafas?Sebenarnya fungsinya tidak sama dan dapat kita rasakan perbezaannya; sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas) dan sebelah kiri mewakili bulan ( mengeluarkan sejuk).

Jika sakit kepala, cubalah menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 menit, sakit kepala akan sembuh.

p/s: aku kena try ni bila migrain datang melanda...nanti aku bereksperimen ok....aku ni ada migrain sejak sekolah lagik..ntah bila nak ok..tapi ms preggiey hr tu, Alhamdulillah jarang kena...sukanya aku time tu..


Jika Anda merasa penat,
lakukan terbalik-balik. Tutup lubang hidung sebelah kiri dan bernafaslah melalui hidung sebelah kanan. Tak lama kemudian, Anda akan merasakan segar kembali.

p/s: nanti aku balik keja petang karang aku try buat...hikss..lepas keja kan penat tu pasal aku nak praktis lepas keja petang karang..

Perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri, sehingga hatinya mudah sejuk.

Laki-laki bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan, sehingga mudah marah.

Apakah Anda ada memperhatikan pada saat bangun tidur, lubang hidung sebelah mana yang bernafas lebih cepat ? Sebelah kiri atau kanan ?

p/s: tak pernah amik peduli, pagi esok aku mangun aku nak try cek arr...

Jika lubang hidung sebelah kiri bernafas lebih cepat, anda akan merasa sangat penat. Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan gunakan lubang hidung sebelah kanan untuk bernafas, Anda akan merasa segar kembali dengan cepat.

Cara tersebut boleh diajarkan kepada anak-anak, tetapi efeknya akan lebih baik diterapkan kepada orang dewasa.

Selalulah mencuba terapi pernafasan ini, tubuh anda akan merasa sangat tenang sekali (rileks).

sekian...try laa kot2 btol laa tips2..sumber nyer kat sini.Ni versi yang blom dimelayukan mcm email yang aku dapat ni :D

4 Comments:

  1. kak eliss.. tau tak kenapa kak eliss slalu sakit kepala (migren)??? raa rasa mungkin sbb mata kak eliss ade masalah tetapi kak elis degil x nak pakai spek... sbb tu lah slalu sakit kepala... raa bercakap atas dasar pengalaman...

    kalo x caya.. jommm kita gi cek kat kedai spek mata... kalo betol kata raa... kak elis kena banjer raa makan mee yg kak elis baru wat n3 tu.. yg kat tesco tuuuuuu...

    hahahahahaha...larikkkkkkkkkkkk...ade brannnn kerrr????

    ReplyDelete
  2. aa, aper kes masa preknan migrain leh hilang? tak lojik...masa tu aku rabun jugak...ni zaman tak rabun lagik akak dah kena migrain adikk oiii...

    ReplyDelete
  3. raa, aper kes masa preknan migrain leh hilang? tak lojik...masa tu aku rabun jugak...ni zaman tak rabun lagik akak dah kena migrain adikk oiii...

    elyn, sila cuba dan bagitau hasilnyaa...

    ReplyDelete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)