Monday, January 05, 2009

Rotavirus dan Pnemucocal...

Hari tu, aku telah sebut pasal ni kat azam tahun baru aku kan..ni 2 jenis vaksin  yang aku nak dapatkan untuk Nuha tapi still x buat2 lagik.. :(

1) Pneumokokal

Berlaku disebabkan jangkitan kuman pneumokokus atau streptokokus pada organ di dalam tubuh.
Sekiranya jangkitan berlaku pada bahagian atas salur pernafasan yang menyebabkan bakteremia (jangkitan kuman dalam darah), sepsis (keracunan dalam darah), meningitis (jangkitan bakteria dalam membran tulang belakang atau otak) dan pneumonia.

Jika kuman streptokokus merebak dari dalam hidung ke bahagian atas saluran pernafasan, ia menyebabkan pneumonia (radang paru-paru), otitis media akut (radang pada bahagian tengah telinga) dan sinusitis (radang dalam hidung). Jika ia tidak dirawat atau gagal dirawat, penyakit pneumokokal boleh menyebabkan hilang pendengaran, kesukaran belajar, lambat bertutur, lumpuh dan kadangkala maut.

Cara mengesan?

Agak sukar kerana gejalanya seperti demam, berasa seram sejuk dan batuk berbeza mengikut jenis penyakit dan tidak khusus. Lazimnya pengesahan dibuat menerusi ujian rapi seperti x-ray atau ujian makmal.

Gejala (Pelbagai mengikut penyakit):

Bacteremia - gejala demam panas yang tinggi dengan petanda tidak khusus.

Meningitis - demam, sakit kepala yang teruk, loya, muntah, leher yang tegang dan fobia foto (mengelakkan cahaya akibat rasa sakit) di kalangan kanak-kanak lebih dewasa, manakala bayi menunjukkan demam dan tanda tidak khusus yang kerap.

Pneumonia - sawan secara tiba-tiba, sejuk, batuk, deman dan sesak nafas.

Otitis media akut - sakit telinga dan demam.

Sinusitis - demam, selesema dan batuk.


Vaksin PCV7 selamat diberikan kepada bayi baru lahir sehingga berusia 24 bulan

 p/s: Melalui pembacaan aku, kos untuk satu suntikan adalah 280 ker 330 per jab...sepatutnya nuha kena amik masa 2 bulan, 4 bulan dan 6 bulan..harap2 time dier 6 bln, aku bleh amik utk dier.. :(


2) Rotavirus

Rotavirus disebarkan menerusi makanan yang dicemari najis. Vaksin rotavirus adalah utk dimakan, bukan utk suntikan. Vaksin rotavirus mengandungi rotavirus yang hidup atau aktif. Vaksin rotavirus sesuai utk bayi dan kanak-kanak di bawah usia 3 tahun bagi mengelak masalah cirit-birit yang teruk yang boleh membawa maut. Kini terdapat 2 pembekal vaksin rotavirus dari luar negara iaitu Rotarix oleh GlaxoSmithKline di UK dan RotaTeq oleh Merck di USA. Kedua-dua vaksin rotavirus ini dikeluarkan sejak 2006. Rotatrix mengandungi hanya satu rotavirus (monovalent) manakala RotaTeq mengandungi 5 jenis rotavirus berlainan (5 serotypes). Vaksin Rotarix diberi 2 kali iaitu pada usia 2 dan 4 bulan. Vaksin RotaTeq diberi 3 kali iaitu pada usia 2, 4 dan 6 bulan. Ok, maklumat tambahan boleh didapati di sini dan sana    ->> credit to sini

5 Comments:

  1. zara dah amik all that vaccines.. alhamdulillah..
    jgn lambat2 tau.. good for her and us also =)

    ReplyDelete
  2. nurhayati, yer ker..bagusnya...

    ReplyDelete
  3. betul betul betul (ipin & upin eh?) mencegah lbh baik dr mengubatikan. nnti ummi buat tuk nuha yg comel sgt itu ye ;)

    ReplyDelete
  4. Mel, tu laa..better late than never kan :D

    ReplyDelete
  5. aku pon tak amik lagi. kat sjmc dia promote gak sket2. tapi tengok paed lah

    ReplyDelete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)