Thursday, November 06, 2008

Aku dah dekat 100 hari wey!!!!!!

Dah dekat 100 hari aku melahirkan Nuha 'berpuasa tuh' yer..tinggal 4 hari..kejap jer rasa....macam baru jer semalam panas2 lahirkan Nuha..panas2 tu macam goreng pisang laa panas2 :P Skang dah pandai senyum 'gelekek' (trg's slanga) bila orang mengagah esp her abah lerw.. **Warning:Entri seterusnya berbaur rumahtangga 18sxrated sket, so kalo yang x kawen tu, jangan laa kater aku x warning lak kan..Aku skang masih tercari2 lagi the best solution untuk merancang keluarga..Doc Z*amri hari tu ckp, paling cepat 2 tahun baru luka dalaman tu leh sembuh (dah laa aku x pegi consult ngan dier last month coz malas ditambah aku dah cucuk Nuha kat kampung hari tu :P, Maaf ya doc, aku kensel appt itewh tanpa pengetahuan mu :D ) diorang pun lupa pasal tadak pun SMS dari De*MC remind bout that apptnmnt. Ni aku duk google psl kaedah merancang keluarga sambil buat keja aku buat keja gak la, korang ingat aku blogging dan googling 24/7 ka?
Baca yang aku jumpa!
Dicedok dari sini

Credit to RatuHati.Com..

Matlamat perancangan keluarga adalah untuk memastikan setiap kehamilan dirancang dan dikehendaki.
"Institusi keluarga adalah unit sosial yang penting dalam masyarakat. Sungguhpun Islam menggalakkan lelaki dan wanita berkahwin dengan tujuan mendapatkan zuriat, tetapi kualiti hidup perlu dititikberatkan.
"Perancangan keluarga boleh diamalkan dengan persetujuan suami dan isteri"
- Dr. Mohammad Akram Laldin, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Kehamilan Perlu Dirancang, Kosmo

Nota Ibu Kaki :Hari tu, when i ask my hubby psal implan dan cerita yang one fren of mine punya fren(faham x?kwn kepada kawan aku lerr), implan dier hilang dlm badan(doc ckp maybe x pat peknen pasni) and lagi sorang gems gumuk (bagi aku x ler gems sangat pun :P ) lepas pakai implan..My hubby macam terkejut gak ..macam berisiko la kan pakai implan ni .my hubby cakap kalo pakai kondom pun x per..gila aper 2 tahun kena pakai kondom..Teknik pengunduran pun x sesuwai laa..Undur2 lekat jugak Nuha yang tembam tuh.

Kaedah Implan
Kaedah implan adalah kaedah sementara yang paling berkesan setakat ini dalam mencegah kehamilan, keberkesanannya muncul seawal 24 jam pertama pemakaiannya dan kesuburan juga kembali kepada asal dalam tempoh 24 jam ia ditanggalkan.

Pemakaiannya mudah, tidak memerlukan anda berjumpa doktor berulang kali kecuali untuk menanggalkannya dan tidak perlu khuatir mengenai kehamilan.

Bagaimanapun, ia mahal (sekitar RM400 tidak termasuk caj pemakaian) dan mungkin kurang kos efektif bagi penggunaan satu hingga dua tahun memandangkan ia adalah untuk penggunaan tiga tahun. Ia juga boleh menyebabkan gangguan haid (sedikit saja atau tiada langsung).- Dr Adilah Ahmat, Kaedah Sesuai Rancnag Keluarga, Harian Metro

Nota Ibu Kaki : And my fren cakap pakai implan kat PP*UM kosnya adalah RM250...kalo klinik swasta jer RM400++ tuh..Kalo buat kat klinik desa kampung aku, implan kena beli sendirik, tapi doc situ bleh pakaikan untuk aku..tapi sakitkah?huhuhu..ngeri plaks aku rasa...

Kaedah Pil Perancang
source : sini

Kaedah-kaedah pencegah kehamilan merupakan satu keperluan penting bagi merancang saiz dan masa yang tepat untuk mendapatkan anak. Ini adalah penting terutama bagi mereka yang baru bersalin atau mempunyai masalah kesihatan mengandung untuk mengelak dari mengandung. Salah satu cara mencegah kehamilan adalah dengan pengambilan pil perancang keluarga "kontraseptif". Pil perangcang keluarga digalakkan hanya untuk wanita yang berusia bawah 35 tahun, berkahwin, telahpun mempunyai anak, dan telahpun menjalani pemeriksaan doktor. Selain itu, mereka yang mengambil pil perancang keluarga perlu berjumpa doktor selepas 6 bulan pertama dan setiap setahun selepas itu untuk pemeriksaan
Waktu yang sesuai untuk mengambil pil merancang keluarga adalah

  • hari kelima haid.
  • Ibu yang mengalami keguguran boleh mula memakan pil selepas mendapatkan nasihat doktor.
  • Ibu yang menyusukan anak digalakkan untuk menggunakan cara mencegah kehamilan yang lain untuk mengelakkan gangguan kepada penyususan.
Pil perancang keluarga bertindak dengan menghalang ovari daripada membebaskan telur setiap bulan, oleh itu menghalang persenyawaan (mengandung) daripada berlaku. Sekiranya digunakan dengan tepat dan berkekalan, pil perancang keluarga mampu mencegah kehamilan sehingga 99.5% keberkesanan. Hampir semua wanita boleh menggunakan pil perancang keluarga kecuali mereka yang mempunyai keadaan seperti berikut :-

  • Disahkan atau disyaki mengandung.
  • Mengidap penyakit hati "liver disease"
  • Mengidap barah buah dada.
  • Mengidap sakit jantung.
  • Mengidap keadaan salur darah bengkak "varicose veins"
  • Mengidap pendarahan tidak normal "abnormal bleeding"
  • Mengidap darah tinggi.
  • Mengidap sawan "epilepsy"
  • Mengidap kencing manis.
  • Mengidap sakit kepala migrain
Cara penggunaan pil perancang keluarga.

Setiap pil mengandungi 21 pil. Cara pengambilan pil yang betul adalah :-

  • Mengambil sebiji pil setiap hari pada masa yang sama selama 21 hari berturut-turut.
  • Mula mengambil pil pada hari kelima haid.
  • Berhenti untuk tempoh 7 hari sebelum mula dengan paket pil perancang keluarga yang baru.
Sekiranya terlupa.

Sekiranya terlupa untuk memakan pil, makanlah pil apabila teringat tetapi tidak selepas 12 jam. Sekiranya anda terlupa memakan dua atau lebih pil, anda perlu mengambil langkah berikut :-

  • Sekiranya terdapat pendarahan, berhenti mengambil pil dan mula dengan paket baru pada hari kelima haid.
  • Sekiranya tiada pendarahan, teruskan mengambil pil seperti biasa, tetapi anda perlu menggunakan kaedah pencegah kehamilan yang lain sebagai langkah berjaga-jaga.
Terrdapat dua jenis pil perancang keluarga yang berada di pasaran iaitu :-

  • Pil yang yang mengandungi hormon-hormon estrogen dan progestin.
  • Pil yang mengandungi hanya hormon progestin.

Pil yang yang mengandungi gabungan hormon-hormon estrogen dan progestin.

Pil kontraseptif dalam bentuk gabungan hormon yang diambil secara oral ini dikatakan dapat mencegah penyakit inflamasi pelvik dan kanser ovari serta endometrial. Pil kontraseptif ini selamat bagi kebanyakan wanita kecuali mereka yang merokok atau mempunyai sejarah keluarga yang berpenyakit jantung. Pil kontraseptif ini juga tidak sesuai untuk wanita-wanita yang mempunyai sejarah penyakit kanser payu dara atau endometrial dan darah beku.
Antara kesan sampingan pil kontraseptif yang boleh dilihat ialah mual, sakit kepala, peningkatan berat badan, sakit pada bahagian payu dara, pendarahan antara haid, dan masalah tekanan. Kesan sampingan ini hanyalah sementara. Dapatkan nasihat doktor sekiranya ia berkekalan atau anda berasa bimbang tengang kesan sampingannya.

Pil yang mengandungi hanya hormon progestin.

Pil kontraseptif yang hanya mempunyai hormon progestin sesuai untuk wanita yang menyusukan anak serta mereka yang tidak boleh mengambil hormon estrogen disebabkan sakit kepala atau darah tinggi akibat estrogen. Pil yang hanya mengandungi progestin akan menyebabkan perubahan haid, peningkatan berat badan dan sakit pada bahagian payu dara. Kesan sampingan ini hanyalah sementara. Dapatkan nasihat doktor sekiranya ia berkekalan atau anda berasa bimbang tentang kesan sampingannya. Dianggarkan hanya 0.5 peratus (1 dalam 200) wanita akan hamil jika pil diambil secara konsisten dan betul.
Penggunaan pil perancang dengan betul dapat memastikan anda dapat merancang keluarga anda dengan betul. Penggunaan pil perancang mempunyai kadar 99.5% kejayaan. Keburukan penggunaan pil perancang adalah :-

  • Tidak sesuai dengan sesetengah wanita. Terdapat masalah alahan atau penyakit.
  • Kadang-kala terdapat gangguan pada kitaran haid.
  • Tidak berkesan sekiranya terlupa memakan pil perancang setiap hari.
Bagi wanita yang ingin mengandung, mereka hanya perlu berhenti mengambil pil dan mereka akan subur seperti sediakala.

Kesan pengambilan pil perancang keluarga
Pada masa kini, tiada kajian yang diketahui dapat membuktikan kesan buruk pengambilan pil perancang keluarga seperti kanser. Bagaimanapun pil perancang keluarga telah terbukti berkesan untuk :-

  • Menghalang masalah kekurangan zat besi "anaemia"
  • Menghalang ketumbuhan "cysts" dalam ovari
  • Menghalang masalah radang pelviks
Bagi wanita yang tidak sesuai menggunakan pil perancang, masih terdapat cara-cara lain bagi mengelakkan kehamilan yang tidak dirancang. Anda perlu berbincang dengan doktor agar dapat memastikan kaedah yang digunakan bersesuaian dengan diri anda.

Pil perancang bukan saja mencegah kehamilan, tetapi turut ada manfaat lain seperti haid lebih ringan, tetap dan kurang senggugut; mengurangkan risiko pembentukan sista ovari, kanser ovari dan uterus; mengurangkan penyakit keradangan pelvik, meningkatkan ketumpatan tulang serta memperbaiki tekstur kulit. Cuma masalahnya ialah kepatuhan pada jadual pengambilan kerana ia perlu dimakan setiap hari. - Perunding Obstetrik dan Ginekologi, Dr Premitha Damodaran, Harian Metro.

Nota Ibu Kaki:Owh, kena laa aku pegi jumpa doc pasal pil perancang ni..aku ada migrain ghupernya, so teknik ni x sesuwai laa.. Ada banyak lagi teknik sebenarnya yer kawan2..yang IUD tu kan, my BIL cakap , macam ada mender geget 'tu' bird dier kalo pakai tuh...Alhamdulillah, lepas buang mender yang geget dier tuh (geget dier almost 8 years), lekat la sorang lagi...next year, dapat lagi laa anak sedara sorang lagi..lalalalala
Ada cadangan x? sila tinggalkan nasihat makrifat kat aku weh..aku buntu sehhhhhhhhhhhhhhh!

3 Comments:

  1. saya mmg x tahu pasal rancang2 nie. sebab saya tak merancang pun. harap sgt nak dapt no 2 skrg nie. tp ada 3 - 4 orang member kat opis mmg pakai IUD pun. paling lama blh pakai ialah 5 thn.

    ari tu ellis bersalin biasa atau caesarian kea sbb tu ckp kat blog Dr kata tunggu 2 tahun baru leh pregnant lagi?

    ReplyDelete
  2. haslina, eliss caeser tu yang kena tunggu 2 tahun tu -paling cepat la :(

    ReplyDelete
  3. ooo iyea kea?..mmg patut pun pakai @ guna aper2 ek..

    ReplyDelete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)