Tuesday, August 28, 2007

Poor Little Danish :(

Semalam seluruh keluarga bersedih kerana Danish yang kami sayang telah disahkan menghidap luekimia..
Insya Allah Danish akan pulih seperti sedia kala kata doktor sebab family history aku tak der yang kena penyakit ni..Doakan kesihatan danish...


LEUKEMIA

Leukemia ialah sejenis barah yang berpunca daripada penghasilan pesat sel-sel darah putih primitif. Sel darah putih berbarah ini akan menyekat penghasilan sel darah merah. Ini menyebabkan pesakit mengalami anemia. Keadaan ini menyebabkan kekurangan sel-sel putih matang dan seterusnya mengurangkan ketahanan badan terhadap jangkitan. Sel-sel ini juga menyekat penghasilan paletet yang membantu dalam mekanisme pembekuan darah tubuh badan. Kerap kali petunjuk pertama bagi penyakit leukemia ialah anak mengalami masalah anemia dan sebarang jangkitan penyakit yang dihidap oleh anak sukar sembuh.

Tanda-tanda

* Anemia - pucat, letih dan pendek nafas.
* Mudah jatuh sakit.
* Sakit anggota badan. Jika sakit pada bahagian kaki, keadaan ini akan menyebabkan anak berjalan tempang.
* Purpura - ruam berwarna jingga yang tidak hilang apabila dipicit.
* Mudah lebam.
* Hidung kerap mengalami pendarahan.

Apakah yang boleh dilakukan?

Pada suatu ketika dahulu, kanak-kanak yang menghidap penyakit leukemia mempunyai harapan yang tipis untuk sembuh tetapi dalam dekad ini, terapi yang ditemui telah berjaya meningkatkan peluang mereka untuk sembuh bagi 50 peratus kanak-kanak yang menghidap leukemia jenis biasa.

Kanak-kanak yang menghidap penyakit ini akan dirawat oleh pakar pediatrik yang berpengalaman dalam penyakit leukemia kanak-kanak. Beberapa jenis dadah akan diberikan secara serentak, sama ada secara oral atau suntikan. Bagi jenis leukemia yang biasa, radioterapi dan dadah yang khusus mungkin digunakan untuk membunuh sel barah otak. Manakala pemindahan darah mungkin dilakukan di peringkat awal rawatan. Jika bilangan sel putih jatuh ke tahap yang sangat rendah, anak akan diasingkan untuk mengelak anak daripada diserang oleh sebarang jangkitan. Setiap pelawat diperlukan memakai pelindung dan pakaian khas. Selepas beberapa minggu, anak akan dibenarkan pulang ke rumah. Namun pemeriksaan lanjutan masih diperlukan untuk mengawas keadaannya.

Peranan anda sebagai ibu bapa ialah memberikan sokongan sepanjang rawatannya dengan meningkatkan semangat anak. Kanak-kanak yang menghidap leukemia tidak boleh didedahkan kepada jangkitan kanak-kanak yang boleh menjangkit seperti cacar air, kecuali anak telah diimunkan. Oleh itu, anda perlu memastikan rakan-rakan sepermainan tidak menghidap sebarang penyakit yang berjangkit.

Apakah tindakan doktor?

Doktor akan melakukan ujian darah untuk mengenalpasti penyakit leukemia. Doktor juga akan melakukan tebukan lumbar. Anak akan menjalani rawatan permulaan selama 2 -3 bulan di hospital. Tempoh rawatan bagi penyakit leukemia ialah antara 2 - 3 tahun.

0 Comments:

Post a Comment

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)