Friday, December 28, 2012

Korang dah daftar anak sekolah ?

Hari ni hari pendaftaran my Nuha ke Tadika. Saya hantar dia ke tadika yang sama dengan taska dia jer. Senang dalam kawasan ofiz ajer. Ingat adiknya nanti pun nak masukkan kesini. Senang kerja mak dia, hantar sekali harung ajer tapi tak tahu lah ada harapan ke tak untuk masuk .


Sebab dah taska kat sini, so dapat terus tawaran sambung kat sini , tak perlu mohon kemasukan dah.


Yuran pendaftaran tapi yang ni tak termasuk baju sekolah dia lagi. Uniform RM 65 sepasang + baju sukan RM 15. Takkan nak beli sepasang kan. Semua sekali RM643. Wah macam nak bayar roadtax kereta pulak :) Bulanan RM250 sebulan. Ni baru nak masuk tadika biasa-biasa ajer bukan ternama .

Beg sekolah dia dah beli kat AEO Klang. Dia pilihkan beg barbie, melayang RM 70. Harga asal RM90. Ada voucher yang dapat masa cabutan bertuah hari tu. Guna la sampai lebam yer nak :p Yang ni lagi kelakar, sekolah tak daftar lagi dah nak guna beg baru. Sabar jer la.


Gambar passport untuk pendaftaran :)RM15 8 keping kat Photo Zzoom.

Korang dah daftar anak sekolah ? Yuran berapa pulak ?

Derma melalui SMS. SMS PALESTIN  <jarak > 10 (RM10 / RM 5 / RM 3)  Hantar ke 39111[klik]
Nak beli tupperware dengan harga ISTIMEWA , boleh dapatkan disini [ klik laju-laju]
Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam. [ klik laju-laju]
Pelbagai pilihan kain cotton untuk baju kurung , klik sini. [ klik laju-laju]


 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)