Tuesday, August 07, 2012

Jahit baju raya sendiri guna Mini Sewing Machine?



 Baju raya dah siap jahit. Alhamdulillah :) Ok, tipu tak jahit, beli yang ready made ajer.
 Abaikan kami yang buta warna.
 Tiga-tiga lain tema warna. Lantak ! hahaha

Baju raya korang jahit sendiri atau beli yang ready made?

Semalam, hari terakhir lah agaknya kami shopping untuk hari raya iaitu berakhir di Aeon, Bandar Baru Klang. Baju lain beli di Plaza Alam Sentral hari sebelumnya.


Sebenarnya, ma dan abah saya ada kat sini. Diorang akan pulang bersama kitorang sebelum hari raya nanti. Gembira betul saya rasa berpuasa kali ni sebab dapat berbuka dan bersahur bersama mereka ! Diorang nak balik Ahad ni, tapi alang-alang rabu depan ni jer pun kami balik, so diorang jadi stay lama kat sini. Alhamdulillah :) Boleh la saya merasa makanan yang teringin contohnya bubur lambuk ! Ok, dah merasa semalam. hehehe. Hari ni request ayam percik air tangan bonda pulak :) Jangan jelez !


Dan malam tadi, saya sebenarnya belajar menjahit dengan ma saya. Ok fine, saya memang tidak pernah tahu menggunakan mesin jahit , maklumlah dulu orang amik ERT , sekolah saya tak der, yang ada cuma Elektrik & Elektronik ajer. A tau ! Abaikan model tidak berbayar kat tepi tu. Terkial-kial jugak saya pertama kali cuba ni.Nasib baik ma saya ada.


Oh, lupa nak cakap.Lepas terbaca entry dari KB,  Mini Sewing Machine , saya terliur jugak nak beli satu tapi tak sangka pun sebenarnya mesin ni sama dengan mesin jahit biasa tu.Dulu pernah belajar dengan my ma  tapi masa tu kaki saya langsung tak bergerak untuk tekan pedal . So sekarang dah bawak kereta ni kan, boleh dah tekan pedal tu. So, kesimpulannya, jika ingin belajar menjahit, belajar lah bawak kereta dahulu ! hahahaha. Tapi kalau tak reti sangat, tekan jer butang kat tepi tu kalau malas pijak pedal. Tapi tak thrill lah !

p/s: 

Saya punya RM29 sahaja sebab dapat kupon percuma RM40. 
Register kat sini, kalau nak tawaran yang hebat-hebat macam saya tau! 
Beli barangan di milkAdeal memang tak pernah mengecewakan !


Semalam try buat felt handphone casing . 
Ok sila abaikan line yang senget sebab saya budak baru belajar.

Korang reti menjahit ?


 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)