Showing posts with label we are family. Show all posts
Showing posts with label we are family. Show all posts

Tuesday, September 28, 2021

Sambutan Hari Lahir Nur Nayla Hazeeqa & my hubby 2021

Assalamualaikum. Hari ni kita kasi throwback lah .Sambutan birthday my Nayla untuk tahun 2021. Birthday my Nayla biasa berkongsi dengan my hubby je lah. hahaha. Nasib la birthday dekat -dekat . Tahun 2021, kebetulan ada kat kampung masa tu, sebelum MCO masa tu , sempat lah sambut birthday Nayla kat kampung dengan family my hubby. Lupa nak buh nama my hubby kat kek sekali. Sebab my Nayla yang pilih sendiri kek kan. hahaha. Ampun sayang. hahaha


My Nayla dengan kek pilihan dia 


Gambar family . Tengok siapa yang terlebih senyum


Pizza sponsored by anak buah my hubby. Tq Nina. Kawan dia katanya buat pizza tu. 


Dah kenapa muka kena pukul sorang-sorang ni. hahaha


Ok la last. Tu je gambar yang ada


Dah 8 tahun dah usia anak dara Ummi. 


Happy 8th Birthday Nayla. Kami doakan semoga Nur Nayla Hazeeqa menjadi anak yang solehah, baik budi pekerti, menjadi contoh yang baik untuk adik, saling berkasih sayang sesama adik beradik dan tak selalu sangat sentap. hahaha. Semoga kejayaan selalu menjadi milik 'adik' dan setiap doa Ummi dan Abah akan selalu mengiringi setiap langkah adik. Ummi , Abah, Kakak dan adik sayang 'adik' sangat-sangat tau. Tetap 'adik' dihati Ummi selalu walau dah jadi kakak tetap panggil 'adik' . 






Untuk my hubby, happiest 42nd birthday. Tahun kedua dah 4 siri. Tahun depan eliss pulak 4 siri. hahaha. Semoga kita saling cinta menyintai kerana Allah sampai syurga abadi. Semoga cita-cita sayang tercapai dan setiap doa akan mengiringi setiap usaha yang sayang usahakan.  


Hadiah hari lahir tahun ni . Bijak kan beta tapi jarum jam tak bergerak dah . Nanti tolong baiki ye. Lagi satu, bila nak sambung mengecat rumah. hahahaha. Tak sabar dah nak pasang frame baru dan lampu retro kat bilik belakang tu. Slot deko @elissmie pun dah lama tak bersiaran. hahaha

Daripada Abu Hurairah RA berkata Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan dan perbuatan dusta, maka Allah tidak berhajat untuk dia meninggalkan makanannya dan minumannya.”  - Sahih Al Bukhari 


Monday, May 24, 2021

Kali Kedua #teamrayaselangor Raya 2021 , Raya PKBP 2021 , Raya Cov Eid 2021

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tahun ni raya kelima dah muncul kat ofiz. Tu pun sebab sebelum raya kena kuarantin 10 hari sebab my hubby ada close contact dengan rakan seofiznya. Memang tak sabar nak masuk ofiz gamaknya. Isnin tu terus masuk . Hari pertama berpuasa sunat dan ganti terus. Kafe ofiz pun tak buka. 

Hari ni bekerja dari rumah sebab esok dah mula PKP 3.0. Sepatutnya wfo hari ni. Redha je la untuk kemaslahatan Ummah. Sebenarnya naik tepu jugak dan asyik nak mengunyah kalau duk rumah ni. huhu. Baru nak turun berat , takkan nak naik balik ni. haha. Done bebel. Kita sambung kisah raya yang rasanya lebih kurang sama je macam tahun lepas. 

Sepatutnya tahun ni giliran pagi raya di rumah saya. Namun Covid masih memisahkan kita tak dapat bersua di pagi raya. Eh. Ternyanyi lah lagi . Awal pagi lagi semua dah bangun . Siap-siap nak solat hari raya Aidil Fitri . My hubby pun pukul 6 lebih dah siap nak pergi amik Nasi Dagang yang kami tempah di Restoren Eddiey Mokku.Lepas dia balik , pukul 8.30 macam tu bersedia untuk solat Aidil Fitri.  Jom lah tengok gambar raya apa yang adanya pulak. Tak ada yang elok sangat macam biasa. haha



Haruslah bergambar hari raya sekeluarga . My hubby tak nak baju raya. Ok la. Rupanya tema tahun ni memang warna block saya tengok. Sedondon dah tak relevan katanya. hahahaha


Gambar ni Nawfa pulak dah muncung tu kenapa. hahaha


Tahun ni saya sedondon dengan my Nuha. Kisah baju Nuha ni tragis jugak. Yang kelakar, baju saya tu baju raya tanpa sengaja. Remaja sangat untuk saya kan. Sebabnya tu pilihan Nuha. Sekali bila sampai saiz salah. Saya mintak tukar saiz dan dia cakap amik masa semingu sebab dia kena semak dulu. Sekali saya order yang lain sebab takut lambat. sekali sampai pulak saiz yang ngam dengan Nuha. Dah jadi 3 helai baju raya nuha. Satu saiz tu memang saiz saya. hahahaha. Lucu. Sehelai lagi tak dan nak return balik. Tunggu lepas PKP nanti la gamaknya.

Baju raya by Hasnuri 



Nawfa pulak pandang Ummi dah kenapa tu. haha


Nayla dan Nawfa baju sedondon tahun ni 

Baju raya by Himayya


Anak- anak dara mak 


Mak nak posing sorang sat, ni tgh setting kamera. 


Anak bongsu pun nak tumpang 


Tahun ni tak ada drama. Boleh la posing lebih sket dengan my hubby 


My hubby dengan anak-anak daranya


Giliran mak pulak dengan anak-anak dara


Yang ni posing bertiga sementara tunggu my Nuha bersiap. Anak dara dah kan. Lama bersiapnya. 


Bersedia solat sunat Aidil Fitri. Tq my Ma sponsor kain telekung raya. 

Outdoor dengan my hubby lepas hantar makanan raya untuk jiran-jiran


Teman dia siram pokok lah pulak


Aktiviti pagi raya katanya. Layankan je la. Dah la dia tebas pokok mulbery dan ceri. Pokok nangka pun tinggal tunggul je. huhu


My Ma & Abah. Team raya #terengganu . Alhamdulillah ada adik saya boleh beraya bersama. Tragis jugak buat Ngah saya walau senegeri tapi tak sama daerah. So tak dapat beraya bersama jugak. 


#teamrayakualalumpur

Yang ni pun tragis. Tahun lepas takut covid. sekali tahun ni nak berkumpul sebab tak leh merentas daerah la pulak. Sabar je la Long


Team raya #terengganu, Family Adik saya


Family Ngah saya. Baju family diorang by azwanisokriofficial, sepupu saya. 
Tahun depan boleh tempah sekali ni. 


Anak buah saya yang sebaya dengan my Nawfa. Dhiya Sofea. 


Anak buah paling bongsu setakat ni. Rasanya orang lain dah stop production. 
Tunggu adik saya je la lepas ni. hahaha


Juadah pagi raya. Kuih raya pun tak masuk bekas. Tak ada orang datang pun kan. Nanti mak jugak nak kena kemas. Tak kuasa la nak.


 Nasi Dagang Terengganu



Close up Kuah Nasi Dagang


Nasi Dagang


Acar jelantah


Ketupat palas macam-macam jenis my hubby beli. Banyak lagi yang tak kukus. 



Kuih raya. Ntah bila beranak. hahaha. Beli 4 balang tapi banyak dapat . 


Akhir sekali, Semoga berjumpa lagi Ramadhan dan Syawal tahun depan dan Semoga Covid 19 lenyap habis dari bumi. Aaaminn.. Harap PKP 3.0 ni cepat tamat dan dapat segera pulang ke pangkuan keluarga di Terengganu. Cuti masih banyak lagi ni. huhuhu. Buat kawan-kawan, stay safe . Elak bersesak-sesak kat tempat awam kalau tak ada keperluan. Simpan stok makan banyak sikit biar tak kerap sangat keluar kan. 


Daripada Abu Ayyub RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan, kemudian mengiringi dengan puasa sunat enam hari di bulan Syawal, pahalanya seperti berpuasa setahun”.

Wednesday, February 03, 2016

Shopping Kasut Kesihatan di MediFeet Shah Alam

Hari tu my auntie suggest kat my Ma untuk beli kasut jenama MediFeet .Kasut MediFeet ni kasut kesihatan yang direka dan dicadangkan bagi mereka yang menghidap artritis, bunion (bengkak di kaki), sakit lutut, sakit belakang, sakit tapak kaki, osteoporosis, sakit sendi dan diabetes.Katanya kasut MediFeet ni menggunakan material khas dikenali sebagai poron dalam setiap kasut yang dihasilkan untuk memberi keselesaan kepada si pemakai. Ini kerana poron dapat menyerap hentakan dan memudahkan pergerakan kaki dan secara tidak langsung menjaga kesihatan keseluruhannya akibat menanggung berat badan.  


Ada pelbagai koleksi yang boleh korang pilih kat sini samada lelaki atau perempuan.Dah kasut kesihatan kan mesti design tak berapa nak menarik dalam fikiran saya, tapi bila tengok ada banyak juga pilihan yang menarik.My hubby google dan ada cawangan kat Shah Alam. Hari Sabtu lepas, Kak long bawa kami kesini. Ni kira macam girls day out lah.My ma, kak Ngah , Kak Long , me and my Nayla. My Nuha tinggal kat rumah main dengan sepupu-sepupu dia.

 Opss candid, tengah ralit tengok kasut 

Haruslah tumpang posing

Antara koleksi yang menarik kat situ 

Yang ni pun menarik jugak 

Yang ni pun cantik jugak . Harga kasut dari RM100++ hingga RM 200++ bergantung kepada design dia. 

Yang ni untuk pesakit diabetes dan ada juga kasut nursing yang sesuai untuk yang memerlukan sepanjang masa berdiri dan berjalan

Sandal pun ada jugak 

Lagi pilihan sandal yang ada

Yang ni sandal lelaki 

Sekarang yang kat sni ada diskaun 35%  

Kasut pilihan my ma Wolkabout blue- RM 130.20

Yang ni kasut my Kak Long Comfeet Brown - RM 109.85


Kasut kedua my Kak Long -Fairlady Green   RM199

Saya berkenan yang ni. Mesti nak ada reben :p Yang ni Ballerina 

Mula-mula my ma berkenan yang ini

Yang ni yang Kak Long saya berkenan jugak tapi tak ada warna lain


Ruang dalam MediFeet Shah Alam. Boleh duduk sementara orang lain shopping.

Poster yang ada

Yang disarankan menggunakan kasut MediFeet

Bil my ma

Bil my Kak Long

My Ma terus pakai gitu. Kira hadiah hari lahir lah . Happy belated birthday to my dearest ma and sharing birthday date, Long, (26.1) Semoga sentiasa dibawah rahmat Allah dan kasih SayangNya selalu...

Kak Long borong 2 pasang. 


Medifeet Shah Alam
Waktu operasi :
Isnin-Ahad 10 pagi - 5 petang
Cuti Umum - Tutup

NO 1A, 2&3, BLOCK 1, GROUND FLOOR,
WORLDWIDE BUSINESS PARK,
JALAN TINJU 13/50, SECTION 13,
40675 SHAH ALAM,
SELANGOR, MALAYSIA
Tel : 603- 5513 3708 / 697
Fax : 603- 5513 3712

Facebook: https://www.facebook.com/MEDIFEET-HQ-917021005041669



Daripada Abu Burdah bin Abu Musa al-Asy ‘ari RA katanya bahawa Abdullah bin Umar RA berkata : Adakah engkau pernah mendengar ayahmu menceritakan tentang Rasulullah SAW melakukan sembahyang jumaat? Lalu Abu Burdah menjawab, “ya” aku pernah mendengar ia berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: ((Masa yang paling mustajab itu ialah ketika bermulanya duduk imam di atas mimbar sehinggalah selesai sembahyang jumaat)). 
(Hadith Riwayat Muslim)

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)