Showing posts with label scan 8 minggu. Show all posts
Showing posts with label scan 8 minggu. Show all posts

Tuesday, July 03, 2012

Scan 8 Minggu, MC dan Stretch Marks !

Semalam, dua-dua MC. My hubby dan saya sendiri. Hubby dah demam 3 hari, rupanya demam viral sahaja. Nasib baik sejarah denggi tidak berulang. Moga dijauhkan. Sebelah petang saya ada checkup selepas 2 minggu untuk scan janin. Alhamdulillah, baby berkembang mengikut tarikh due date yang saya bagi doktor hari tu (Beza cuma 3-4 hari) . Dah nampak degupan jantung dengan jelas. Subhanallah :) 



Berat badan saya turun 3 kilogram. Tak tahu sebab apa, sampai doktor nasihat supaya paksa makan even tak selera. Minggu lepas ada hari-hari yang saya tak selera nak makan nasi, mugkin itu penyebabnya. Hari tu masa tengah diet sket punya susah nak turun sampai kena exercise bagai, ni senang-senang ajer dia turun !

8 W 4 D. Due date saya 7/2/2013 :) Tercapai cita-cita nak bersalin bulan 2!
 Bil semalam : RM 223.90


Sekarang, saya gunakan ni untuk kurangkan stretch marks :)  Dulu masa my Nuha, gunakan minyak zaitun ajer, tapi sudahnya ada jugak !  Palmer's Cocoa Butter ni beli kat Guardian, RM19.90.Sedap baunya, rasa nak makan ;p


Korang guna apa untuk kurangkan stretch marks?




 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)