Showing posts with label pengalaman mengandung. Show all posts
Showing posts with label pengalaman mengandung. Show all posts

Friday, June 15, 2012

Pengalaman mendebarkan, mengandung kali ketiga (history - ectopic pregnancy 2nd pregnancy)

As salam semua. Semalam tak sempat nak blogwalking dan tulis blog. Ada lawatan kerja staf dari JB setengah hari. Saya demokan sistem yang saya bangunkan yang mungkin boleh digunapakai oleh mereka.Lepas tu belah petang ada appointment dengan doktor pakar O & G ( sakit puan) . 

Menjawab pertanyaan Puan Yatie Chomeyl,


 Ya,  saya sudah mengandung dan yang paling bersyukur kerana sudah nampak kantung mengandung di dalam rahim. Memandangkan saya ada sejarah ectopic pregnancy (kehamilan luar rahim - boleh baca sini ) kebarangkalian ianya berulang adalah 10 %. Semasa saya rasa badan letih dan lesu dan mengantuk kat ofiz, saya rasa saya mengandung. Padahal masa tu period saya cuma sehari lewat. Ok, gelojoh kan ? Tapi Alhamdulillah, result adalah positif dan masa tu saya terus scan tapi doktor masih tidak nampak apa pun dalam kantung rahim dan suruh saya datang balik seminggu kemudian.


Seminggu saya bercuti di kampung di Terengganu. Saya tahu saya mengandung sehari sebelum balik Terengganu hari tu.Hari saya jejak kaki kat sini lepas balik kampung, jam-jam tu jugak saya ajak hubby saya pergi klinik sebab sudah tidak sabar mengetahui status mengandung ni. Better safe than sorry, sebab saya kan sudah tidak ada sebelah tiub fallopio kan.

Tapi, bila doktor di Klinik Suraya check, masih tidak dapat detect apa-apa pada rahim saya. Perasaan saya sedih semua bercampur baur. Buat kerja pun tak boleh asyik nak menangis ajer memikirkannya.

 
Refer letter ke DEMC

Esoknya ke DEMC, doctor pakar scan melalui bawah dan nampak ada ketulan daging dan berharap ianya adalah kantung mengandung. Terlalu kecil lagi untuk mengetahui status usianya. Doktor suruh saya buat ujian darah dan Alhamdulillah hormon HCG dalam darah dua kali ganda hari sebelumnya dan beliau mengesahkan saya mengandung di dalam rahim.

 
Doktor yang merawat saya dahulu, dan saya request check up dengan dia balik.

 
 Kebetulan ada Aqasha sekali masa menunggu doktor tu minggu lepas. Dah nak masuk anak kedua. Masa saya buat pembedahan ectopic tahun lepas, isteri dia baru selamat melahirkan anak ! Kiranya usia pembedahan saya sebaya dengan anak atas dukungannya tu :)


 Semalam, dah nampak kantung mengandung dan fetus masih lagi kecil untuk dilihat . Sepatutnya saya mengandung sudah masuk 6W 2d ( ada ticker kat OUR BIG DAY sebelah kanan sidebar) tapi bacaan pada scan,  baby baru 4w 1d. Mungkin tarikh last period saya tidak tepat doktor cakap. Wallahualam.Semoga baby dalam rahim membesar dengan sempurna dan sihat. Amin.Doakan yer kawan-kawan :)

Korang pernah ada pengalaman mengandung yang mendebarkan?


Beli tupperware dengan harga istimewa, boleh dapatkan disini [ klik laju-laju]
Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam. [ klik laju-laju]
Baju kurung cotton, polka dot pun ada, klik sini. [ klik laju-laju]


 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)