Showing posts with label parenting. Show all posts
Showing posts with label parenting. Show all posts

Tuesday, September 28, 2010

Perlukah aku berterima kasih kepada SALT pula ?



pic credit to :here


Salt dalam entry ini tiada kaitan dengan Salt yang ini yer.
[psst : blom tengok lagi movie ni, korang dah? :p]


pic credit to :here

Tapi Salt yang ini. Garam ?


Korang masih ingat lagi petua bercerai susu aku yang lepas? Boleh baca entry dibawah ini untuk panduan.



Setelah teknik bawang putih dan sirap tidak berjaya,  aku sudah patah semangat. Seperti sudah redha dengan keadaan. Tapi pada Jumaat yang lepas.Aku sudah nekad untuk pisahkan dia dengan susu cap gantungnya yang telah berkhidmat selama 2 tahun.Dan tiba-tiba aku teringat petua dari liana.

LiAnA said...
aku letak garam.. 1 malam jer Aqil terus takmo hisap sampai sekrg.. ni gynae aku yg bg petua..


Misi perceraian susu diteruskan. Masa dia mintak n3n3n , aku cakap aku nak pergi buang air sekejap. Aku cakap tunggu. Lepas tu, aku amik garam yang dicampurkan dengan air dan sapu pada n3n3n aku.

Mangsa keadaan : My Nuha
Lokasi kejadian : Di rumah
Masa Dan Waktu kejadian : Jumaat lepas, sekitar pukul 6 petang

Lepas tu, aku suh dia hisap.Mula-mula dia tengok pelik dah.Dia cuba untuk lap-lap n3n3n aku dengan baju dia. Pastu, garam kan melekat-lekat gitu, dia hisap jugak.Bila dah hisap, terus dia cakap "Masyammmm " .Memang dia tertukar dengan masin ker manis ker.Main belasah ajer sebut. Aku cakap kat dia, masin lah, n3n3n ni, baby yang punya ! tu pasal masin! :p Sekali tu ajer dia nak n3n3n aku tau ! Masuk hari ni, kiranya 2 hari 1/2 lah   my Nuha tidak mahu m3n3n3n :p Ada sebenarnya cubaan untuk m3n3n3n tapi aku selalu sapu garam lah :p Bila dia nampak garam, terus dia tak nak walaupun aku paksa dia main-main.hahaha


Kalo korang masih belum dapat bercerai susu , apa kata guna teknik garam pulak. Korang ada lagi tips untuk dikongsikan??
 


AkulahBathroomBlogger | My Nuha | My Hubby | Watermark For Free

Tuesday, August 17, 2010

Pengalaman Bercerai Susu

Korang ada pengalaman bercerai susu? Bagi yang belum mempunyai anak, boleh jadikan entry ini sebagai panduan. Beberapa minggu lepas, my Nuha genap 2 tahun.Cadangnya nak bercerai susu lah.Tapi sampai hari ini, my Nuha still breastfeed tapi sebelah malam sahaja dan hujung minggu.Last week cadangnya nak bercerai lah susu dengan my Nuha. Berikut adalah petua lama untuk bercerai susu yang aku dapat dari ibu, ibu mertua, ipar duai, sahabat handai dan entah siapa-siapa , aku pun dah lupa :)


Petua lama untuk bercerai susu :

1) Bawang putih - Inilah teknik yang aku gunakan last week. Seelok-eloknya, dicuba pada waktu siang di bulan puasa sebab malam, susah plak orang lain nak men3te3k..hahahaha.Ops! Larikss.. Yang kelakarnya, bila aku apply teknik ni kat my Nuha, bila dia hisap jer, dia cakap "pedas, pedas, syuh lut" (Read : Basuh Mulut ) . Siap request next t3t3k, lepas tu still cakap "pedas, pedas, syuh lut" . Bila aku dah basuh mulut dia, dia fobia nak hisap yang belah kiri sebab aku terletak banyak sebelah kiri.Sehari jugaklah dia tak hisap t3t3k sebelah kiri.hahahahaha :p Lepas tu, aku dah kesian plak nak teruskan letak bawang putih tu....




2) Lipstik - Ni ala-ala darah gitu. Belum cuba lagi.Seelok-eloknya guna lipstik yang merah terang lah kan?




3) Sos  - Ni pun ala-ala darah jugak.Kalo budak yang kenal darah, mesti geli nak hisap kan.Kalo tak sos cili mau pijar t3t3k kan? Letak sos tomato lah kot erk..hehehe




4) Pewarna sirap - Ni pun ala-ala darah jugak.Agak-agak merah tak t3t3k aku nanti bila guna petua ni? hahahaha.Belum cuba belum tahu kan?


5) Batang wali - Ni memang akar pokok herba.Dan rasanya amat pahit.Kalo terkena sekali, memang sehari tak lalunak makan dan minum.Sesuai jugak untuk perokok tegar ;p




6) Jadam- Jadam mempunyai rasa yang pahit dan ia sebenarnya diproses dari daun lidah buaya.Ni aku tak tahu nak cari kat mana.Rupanya ni baru pertama kali tengok bila aku google tadi :)



Bagi aku untuk bercerai susu, kekuatan mental amat penting.Dan tiada belas kasihan.hehehehe.Setakat hari ni, aku masih tiada ciri-ciri tersebut dan rasanya my Nuha pun belum bersedia mental dan fizikal untuk bercerai susu walaupun sekarang dia dah pandai menyusukan badan kepada Pipin nya..Kesihan pipin, menjadi mangsa.Mangsa keadaan.

Korang ada pengalaman bercerai susu? Boleh kongsi pengalaman disini? Teknik apa yang digunakan?

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)