Showing posts with label katalog ikea. Show all posts
Showing posts with label katalog ikea. Show all posts

Tuesday, October 10, 2017

Katalog IKEA 2018 | Make Room For Life

Assalamualaikum dan Selamat Petang. Akhirnya sampai juga ke muka pintu rumah saya Katalog IKEA 2018 yang ditunggu. Mampu belek katalog je lah.Hahaha. Nama je duk sini, boleh bilang berapa kali pergi IKEA tu. Kita cuci mata kat katalog ajer lah yer. Rasanya sepanjang tinggal kat sini tak pernah lagi tak dapat katalog IKEA ni. Memang kawasan target customer IKEA agaknya perumahan kami ni. Selalu nampak lori IKEA kat sini. Yang tak dapat katalog IKEA 2018 versi hardcopy tu, boleh la cuci mata dengan versi online kat sini yer. Dah jangan sedih :)

Katalog IKEA 2018




Yang ni lagi hebat, siap hafal katalog IKEA 2018. Berbaloi bagi katalog kat dia :)

Jom lah kita tengok apa yang menarik kat dalam katalog IKEA 2018 kali ni yer. Tema kali ni 'Make Room For Life'



Ruang Makan. Lampu besar gedabak macam tu kat ruang makan, industrial look sangat nampak kan?


Ruang Tamu . Menarik pulak kalau buat stor macam kat belakang tu kat bilik belakang rumah kitorang yang tergendala tu. Siap ada tangga naik atas ke tempat stor. Menarik kan.


Dapur . Idaman kalau ada island kat dapur ni.


Bilik Tidur . Menarik pulak ada langsir belakang katil tu kan. Dah lama dah nak makeover bilik tidur kitorang tu. Tunggu my Nayla sub ke bilik My Nuha




Bilik Air . Bila ntah nak beli pokok letak kat bilik air tu. Menarik tengok ada tumbuhan segar.

 Antara produk baru di IKEA. Stylo pulak lampu meja tu.

 Simple je nampak sofa tu kan. Armchair tu pun nampak menarik.

Korang dah ada ke Katalog IKEA 2018 ?

Daripada Anas RA katanya, Rasulullah SAW telah memberi satu khutbah yang belum pernah aku mendengar khutbah sepertinya sebelum ini, Nabi SAW bersabda, “Sekiranya kamu mengetahui apa yang aku ketahui nescaya kamu akan sedikit ketawa dan banyak menangis.” Katanya (yakni Anas) : lalu para sahabat Rasulullah menutup muka mereka  dan menangis teresak-esak.(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Thursday, September 01, 2016

Katalog IKEA 2017 | Wishlist tahun 2017

Assalamualaikum ! Hai September ! Korang dah dapat ke Katalog IKEA 2017 ? Biasa bulan September, mesti ada orang hantar Katalog IKEA kat depan rumah tapi tahun ni macam tak nampak bayang pun. Harap-harap balik petang ni, katalog ada kat depan rumah macam tahun-tahun sudah.  Tapi dah tak sabar nak baca boleh lah tengok kat sini  [ KATALOG IKEA MALAYSIA 2017] .



Yang tak suka tengok versi web boleh siap-siap download kat handphone kat Google Play Store

https://play.google.com/store/apps/details?id=com.ikea.catalogue.android

Apps Store - https://itunes.apple.com/MY/app/ikea-catalog/id386592716?mt=8

Jangan lupa tukar Settings ke Malaysia. Default dia United Kingdom. 

Wishlist tahun 2016 hari tu semua dah beli ke? Hahaha. Sekarang dah masuk tahun 2017. Yang mana tak sempat nak beli 2016 kita bawak ke tahun 2017 pulak yer. Katalog Tahun 2017 ni saya tengok banyak bermain dengan warna kelabu gelap. Mungkin warna yang in untuk tahun 2017 . Namun bagi saya, tu dah warna tahun 2011. Sebab memang tu warna saya cat semua bilik tidur rumah saya pada tahun 2011. hahaha . Sekarang dah bosan cuma tak tahu bila nak tukar warna lain. Layan dulu la gambar dari Katalog IKEA 2017 kat bawah ni. Ada 6 Kategori ,  Sleeping, Organising, Bathroom, Kitchen dan Relaxing. 


Berkenan kat tempat gantung kat belakang tu. 


Yang ni memang idaman kalbu dari tahun lepas, So ini wishlist tahun 2017 , ALGOT System ni lah untuk bilik belakang tu . 


Kabinet tu yang menarik tapi kecil sangat . Tapi yang besar mahal pulak. hahaha


Menarik pulak dinding bilik air dia..hehehe


Bila nak tukar sofa baru yer sayang. Sofa dari zaman baru kahwin lagi kat rumah tu. 


Yang ni dapat masa EGM kelab kat ofiz ni yang dah rasmi dibubarkan..Sobs


Yang ni pulak wishlist zaman bila tak ingat. Petang ni boleh pasang yer sayang. hahaha
Senang mak nak simpan tupperware dalam almari atas. Chewah..macam banyak..Kat bawah ni lah rupa kang kalau dah siap pasang..hehehe


BEKVÄM
Step stool, aspen
RM 59 


Korang dah tengok ke Katalog IKEA 2017 ? 


Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang menempuh satu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan, maka Allah memudahkan baginya satu jalan untuk menuju ke Syurga”

(Hadith Riwayat Muslim)

Friday, September 18, 2015

Katalog IKEA 2016, sampai depan pintu

Tahun lepas, bulan September jugak Katalog IKEA 2015 sampai kat pagar rumah. Tahun ni pun sama, Katalog IKEA 2016 dah sampai kat pagar rumah. Seronok duduk kawasan perumahan saya ni, banyak dapat katalog. Window shopping kat katalog jer la nampaknya.Jimat sangat. hahaha

Jom la kita tengok apa yang ada kat dalam katalog terbaru 2016 ni. Bagi yang nak tengok versi digital, boleh tengok kat sini yer ( Klik sini )
Wishlist tahun depan nak kemas bilik belakang jadi bilik stor cum bilik tetamu yang sedap mata memandang. hahaha. Projek tergendala kekdahnya. Jom lah tengok dekorasi terkini termasuk ruang penstoran yang ada dalam katalog terbaru IKEA 2016 ni. 
Yang ni berkenan dengan buaian dia tu sebenarnya.RM159


Katil tu RM1699 elok sangat letak kat bilik tetamu. Long saya beli kat kedai perabot terpakai yang macam tu IKEA punya RM300. Elok lagi. Syok btol.
 

Kemas jugak ruang dalam almari tu tapi kena tutup dengan pintu pulak. Kalau extend bilik belakang tu kat kebun sayur yang tak seberapa belakang rumah tu bagus jugak tapi kekangan budget lah pulak kan. hahaha
 
Ingat nak beli shelf Algot RM775 yang macam kat belakang tu la nak buat stor.Beli langsir buat tutup macam idea pintu. Menarik pulak idea ni kan Sayang? hahahaha. Mestilah kena tanya sayang, duit sayang kan :p

 Ini ruang storan dalam bilik air. Retro pulak almari macam ni saya nampak kan.RM129

 Cantiknya idea bilik air biru ni dengan almari simpanan yang nampak retro jugak tu dan lantai checker.Yang ni murah sket RM39.90. Kena beli banyak baru cantik kot :p

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)