Showing posts with label eb ezrin. Show all posts
Showing posts with label eb ezrin. Show all posts

Tuesday, June 19, 2012

Terserempak rakan blogger , korang pernah?

Jumaat lepas , terserempak kat kedai makan area Shah Alam ni dengan apak cikidong. Lenkali la nak suruh apak belanja yer jika terserempak lagi :) Kalau jumpa sekali dengan Aishah, mahu nak picit-picit pipi anak dara sunti dia tu. Lenkali jumpa,  mungkin boleh bawak Isabelle sekali, sebab dia nak sambung belajar oversea dah bulan depan. Tahniah yer, jangan lupakan aku dan belikan aku fridge magnet :)


Ni pulak kejadian berlaku tak silap bulan lepas, terserempak pulak dengan rakan blogger seofiz, cuma lain cawangan ajer, Eb Ezrin. Pernah dengar suara kat telefon ajer. Ni depan mata kan. Mula la nak konfius. Eb ni ada kursus kat ofiz saya ni, sebab ofiz saya ni ada makmal komputer gitu kekdahnya. Mula-mula saya senyum kat dia dengan konfiden cakap Eb kan, lepas tu dia boleh balas senyum balik dan buat blur-blur ayam kat situ.Hahaha. Mak tersalah orang ker ni :p

Lepas tu , dah malu , saya pun blah macam tu sebab masa tu memang nak pergi breakfast. Balik ofiz, tengok gambar dalam blog, terdetik dalam hati, saya rasa memang dia lah orangnya dan SMS tanya dia kat mana. Sekali dia reply dan cakap betul tu dia. Lepas tu jumpa la kat situ. Kawan blogger kita ni tengah sakit, tu pasal jadi macam tu.Kesian pulak, dengan tak dayanya macam tu. Esoknya yang best siap dia usung kamera godang sakit-sakit tu. Alahai, demi sebuah kenangan kan. Dan hasilnya mestilah cun yer dak, DSLR katakan :) [ abaikan tuan belog yang tidak cun dan bagai dipam-pam gitu ] Terima kasih jugak kepada adik ipar Eb yang sudi amik gambar kitorang :)






Dan terima kasih Eb untuk entry INI , jom terjah :)

Korang pernah ke terserempak rakan blogger ?

p/s: 




 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)