Showing posts with label cek nuffnang. Show all posts
Showing posts with label cek nuffnang. Show all posts

Tuesday, August 16, 2016

MC pertama tahun 2016 , Cek Nuffnang ke 20 dan gambar ukuran passport pertama my Nayla

Alhamdulillah, masih diberi peluang menghirup udara nyaman ciptaan tuhan . 2 hari macam mayat hidup. Bangun cuma untuk makan, mandi dan solat. Selebihnya diatas katil selama 2 hari. Dapur pun tak berasap . Kesian my hubby dan anak-anak. Semoga sakit ni menjadi kafarah dosa-dosa mak yer nak. Bila pergi klinik dan buat ujian denggi , Alhamdulillah keputusannya negatif walaupun masa tu suhu badan 39.5 C. Hari Ahad, Allah bagi sedikit kekuatan untuk bangkit dan melawan mak nenek kuman dalam badan , siap mengemas dapur dan memasak lagi. Baru macam ada isteri my hubby cakap. hahaha. Sabar jer la.


MC pertama tahun 2016. Alhamdulillah, selama 8 bulan diberi kesihatan yang baik oleh Allah kepada ku dan anak-anak. Sebelum tu anak-anak yang demam dulu baru berjangkit kat mak ni. 


Cek Nuffnang yang kuterima walaupun blogging sudah ditahap suam-suam kuku. Blogger sendu . hahaha. Boleh la dari tak de. 



Jumlah terkumpul baru 2K dan 6 tahun bersama Nuffnang. Memang tak banyak. 


Hari minggu hari tu sebelum minggu demam, bawa my Nayla amik gambar passport untuk pendaftaran ke taska tahun hadapan. Alahai. Tak sangka dah nak masuk sekolah tahun depan. 


Hari tu nak pakai cekak rambut pergi amik gambar siap baju kurung kaftan lagi. Ayu anak mak. haha


Dah siap..Semoga dapat diterima masuk taska lah tahun depan yer nak..Janganlah ada drama tahun depan sudah la. Mak pulak yang nervous! hahaha

Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “ Sesiapa yang menempuh satu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan, maka Allah memudahkan baginya satu jalan untuk menuju ke Syurga ”
(Hadith Riwayat Muslim)


Thursday, October 09, 2014

Majlis Akikah Nur Nayla Hazeeqa

Lamanya blog ini terabai. Minggu sebelum raya haji sibuk dengan Mini Konvensyen KIK 2014 di mana ofiz saya julung-julung kali membuat penganjuran untuk Zon Selatan.Saya terlibat sebagai AJK pameran jer pun.  Siapa yang follow IG saya sorry lah terpaksa hadap muka-muka saya dengan #havockik sepanjang majlis berlangsung dan minggu ini dengan lambakan gambar-gambar throwback dengan #seventhanniversary pulak. hahaha.


Hari ni baru masuk ofiz so nak kais-kais habuk lah. Kita mulakan dengan majlis Akikah Nur Nayla Hazeeqa . Sebenarnya nak bagitau yang tak amik gambar hari raya haji pun.Kelakar sungguh lah.Alhamdulillah, selesai sudah majlis akikah untuk Nur Nayla Hazeeqa. Lepas ni kalau ada rezeki, kita buat korban pulak yer. Kali ni untuk satu bahagian RM380 . Agak murah lagi kan di kampung saya.


Ini tag saya buat untuk ditampal pada Yassin dalam goodies bag.

My Nayla dengan goodies akikah . Bunga telur beli di Kedai Bunga Cinta. Tema purple gitu match dengan baju dia :)

Ni jer gmbar raya yang ada kot. Tu pun my hubby yang snapkan. 


Majlis dimulakan dengan selawat dan cukur jambul Iskandar Dzulkarnaen oleh ahli jemaah surau. Gambar tak der sekeping pun. huhuhu .Gambar diorang makan ada lah..hahaha

Akikah boy yang kena dera dek Ayah Long..hahaha

Main course table. Yang tak kelihatan gulai daging sebab masa ni tak habis masak lagi.
Menu simple jer nasi putih gulai daging, daging goreng,kerabu sare ( sarang) ,  timun dan sambal belacan.

Dessert table. Ada puteri mandi, agar-agar keledek, tembikai, ketupat palas dan tapai 

Bukan senang nak jumpa menu kerabu sare (sarang) ni .Salah satu spesis rumpai laut . 

Geng kuat belakang tabir . My hubby menggulai hari tu. Bahan-bahan my ma dah ready kan. Cuma leburkan ajer dan hubby di guide oleh ibu mentuaku..Tukang potong daging, my abah ,my hubby, abang-abang ku tersayang dan adik ku. 

My childhood fren , kak chik. Dulu kecik jer dia kata, sekarang dua kali dia..hahahaha..huhuhu

Tambah nostalgia sket hari ni. Ni saya dan adik di pagi raya . Tak silap darjah 5. Comel kan saya ? hahahaha

Macam mana sambutan raya haji korang ? 


Meriah pulak Nuffnang ads menari-nari selepas terima cek ke 15 bulan lepas ...hihihi. Tq nuffnang..
15 CPUV on going..keep going yer :)



Monday, February 10, 2014

Kos pos motosikal Honda EX5 Shah Alam - Kerteh SkyNet dan Cek Nuffnang ke 14

Sabtu lepas, my hubby cuti sebab nak settlekan urusan pengeposan motosikal kesayangan dia yang dah tak berapa nak boleh berkhidmat jalan jauh tu ke Terengganu. Mula-mula pergi Nationwide tapi hubby cakap tak der sorang pun kat pejabat . Lepas tu dia bawa motor ke SkyNet di Dataran Otomobil Sekyen 15. Nationwide lak seberang jalan tu jer. Kos penghantaran motosikal adalah RM210.Tapi hubby tak sure dia ikut apa harga pos tu sebab ada pelanggan sebelum tu pos ke Kemaman RM210 jugak. Punyalah mahal. 

Dulu masa pos motor ni dari Terengganu ke Shah Alam tak sampai RM200 pun tapi tu dah 6 tahun lepas kan.Yang tu guna Nationwide. Semua dah naik harga agaknya skang ni. Ingat lagi saya yang kena pergi amik dengan Ad. Kan Ad. @Nostalgianya . Masa tu tunang saya( hubby skang) masih di terengganu. Motor sampai dulu. Tuan tak sampai lagi.Tapi kecewa jugak dengan servis mereka,  side mirror patah, minyak kering dan no plate pun patah.  


Motor ini akan dibalut sebelum dihantar. Terima kasih kerana banyak berjasa kat kitorang. 
Tuan ko dah mula rindu kat ko. Jelez mak !
Nanti tuan ko nak beli motor baru, mungkin kurang sket rasa rindu tu ;p

Cermin dan no plate pun diorang akan cabut kemudian. 

Semoga selamat tiba ke Kerteh. Tempat collect yang paling dekat dengan rumah my FIL. 


Korang pernah pos motosikal ? Servis apa yang digunakan ? Berapa kosnya?

SkyNet Shah Alam
Address: 45-G Ground Floor, Blok 16,
Jalan Pahat K 15/K, Seksyen 15,
40200 Shah Alam .
Phone: +603-5524 3366
Fax: +603-55243322
Alhamdulillah. Rezeki tengah bulan ..Cek Nuffnang ke 14. Boleh la dari tak der kan :)

Wednesday, October 09, 2013

Tips pasang dan tanggalkan roadtax kereta dan Cek Nuffnang ke 13

 

Tipsnya mudah sahaja. Beli plastic holder roadtax untuk roadtax kereta.
 Cermin kereta anda tidak lagi comot bila nak tanggalkan :p
 


Rezeki untuk Aidil Adha..Boleh la buat shopping online..hehehe

Teaser :p Nantikan kemunculannya entry esok.. 
Duit tak bank in lagi dah shopping. Macam mana tu? :p



Edisi Less Words @ elissmie.com

Friday, July 12, 2013

Cek Nuffnang ke 12 , Kadar bayaran parking DEMC dan Koleksi Terbaru FM

Hari Jumaat dah hari ni. Kejap pulak masa berlalu sebab 2 hari tak duk dalam ofiz kekdahnya gitu kan. Hari ni entry random ajer. Hari ni nak tayang cek Nuffnang yang saya terima bulan lepas. Harus diabadikan dalam blog kan sebagai pencapaian yang tidak seberapa dan berkongsi rezeki gitu.




Ni lah ceknya. Seperti biasa terbuka kepada follower elissmie atau pun G + follower sahaja ( klik ajer Join This Site atau Add to circle kat sidebar yer bagi yang belum dan ingin meneka yer ) . Siapa yang berjaya meneka dengan tepat akan menerima satu Fridge Magnet tapi tak tahu lagi Fridge Magnet apa , mungkin UiTM lah kot. Hint : Amaun kali ni lebih sket ajer dari biasa-biasa . Bagi yang pernah meneka mesti tahu amaun saya berapa jer pun kan . Berapa banyak tekaan pun boleh tapi sekali komen sekali tekaan ajer. Bila dah ada yang berjaya meneka dengan tepat tetapi ramai pulak yang betul mr random akan pilihkan pemenang. Tekaan ditutup sebelum 12.00 tengah malam 14/ 7/ 2013.

Kalau pergi DEMC memang saya parking kat dalam sebab kat luar tu biasanya penuh dan berlumpur sebab depan DEMC ada bangunan dalam pembinaan.

 Ini kadar bayaran yang dikenakan untuk rujukan korang kalau kesana. Harap-harap pergi melawat ajer jangan masuk hospital yer :) *Klik untuk pembesaran berganda


 Ini koleksi FM yang terbaru . Personalized FM yang saya tempah hari tu. Dah selamat sampai dan sangat berpuas hati. Yeay !


Nak beli tupperware dengan harga ISTIMEWA untuk HARI RAYA nanti , boleh dapatkan disini [ klik laju-laju]
Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam sambil-sambil tunggu waktu berbuka tu . [ klik laju-laju]


Thursday, June 06, 2013

Parking percuma @ Setia Alam City Mall , FM Sabah, Pelapik Gelas dan Payment Advice

Tapi kena pergi pada hari bekerja dan 3 jam pertama sahaja :)

Nak Fujifilm Instamix Camera percuma, klik sini 
 My Nuha kat autopay machine @ P2

Terima kasih Kak Long menambah koleksi FM Sabah ( Setakat ni ada 5 FM sabah dalam koleksi ) .My Nuha terlanggar FM dari Jakarta kelmarin sampai hancur berkecai sebab jenis yang seramik gitu. Hubby tak gam balik lagi.Dia cuak sambil cakap Ummi janganlah marah . huhuhuhu. Bertabahlah wahai eliss. Senyum , tak perlu kata apa-apa..hahaha


Ni ole-ole yang lain dari Sabah jugak dari my Long & Kak Long.

Ni pelapik gelas kak ema bagi yang dia dapat kat event IBM - Technology Conference & Expo 2013 @ One World Hotel. Dah 2 tahun tak pergi :p Bosan asyik dpt goodies yang sama. hehehe



 Payment advice sudah diterima. Cepatlah cek sampai ke tangan. hehehe

p/s:

Entry random@elissmie.com hari ni.


Wednesday, December 05, 2012

Cek Nuffnang Ke 11 , 12 BE On Going dan Pizza Hut - Cheesy 7 POPS

Alhamdulillah. Ada jugak rezeki blogging bulan ni walau tak banyak mana. Boleh la tampung yang mana perlu kan.Penantian sudah berakhir. Sket punya lama request, bulan ni baru dapat. Tu la, lain kali kena request sebelum 1 hb la tau.Tak pasal-pasal tumbuh janggut. hahahaha




 Payment advice dah di email. Nanti muncul la cek dengan amaun ini atas meja.Biasa RM 100++ ajer, saya tak sabar nak tekan cash out. hahaha. Orang lain ribu-ribu baru tekan cash out. Blog picisan macam ni jer la kan.

Cuba teka berapa?

p/s:
Tekaan yang tepat atau paling paling hampir akan menerima ole-ole dari Bukit Merah Lake Town Resort ! Mungkin Fridge Magnet :) Tekaan Sekali Sahaja. Dah terteka banyak jawapan, jawapan pertama dikira sebagai jawapan yer :)

Tarikh Tutup : 10 Disember 2012 sebelum jam 12.00 malam

 

Terima kasih Nuffnang, i love you more :p 





p/s:

Tetiba rasa nak makan Pizza Hut - Cheesy 7 POPS.

Thursday, August 16, 2012

Cek Nuffnang Ke Sepuluh & Selipar Raya Ibu Mengandung

Alhamdulillah, rezeki nak raya namanya ni. Boleh laa buat bayar kuih raya :p

 Akhirnya, ni ajer selipar yang menjadi dambaan hati. Kan dah kukata, mesti hitam atau brown ajer menjadi dambaan hatiku...

p/s:




Beli selipar ni kat BATA ajer, RM30 :) Harap boleh bertahan sampai beranak ! hahaha

Cek Nuffnang korang dah sampai ke?Selipar raya dambaan hati dah dapat ?

 p/s:

Ni kira edisi Less Words di Elissmie.com

p/s:

Mungkin saya berada di bumi Terengganu semasa entry ini di publish :) Tak tahulah rajin ke tak nak berblogging kat Terengganu nanti. Kalau ada, adalah ;p
 
 

Wednesday, June 13, 2012

Gara- gara penyakit HFMD dan BE ke 19 dari Nuffnang 2012

Semalam dapat surat dari Taska my Nuha. Taska my Nuha diarah tutup oleh jabatan kesihatan PJ bukan sehari tapi 3 hari. Penyakit HFMD atau penyakit Tangan Kaki dan Mulut tu memang boleh berjangkit kan.Hari ni saya angkut dia ke ofiz, esok hantar rumah pengasuh dia lah.Harap-harap dia mampu bertahan untuk sehari.Dah la terus dapat surat gitu kan , tak de warning ke haper. Tension jugak dibuatnya. 

Semua orang duk tayang BE dari Nuffnang kan. Nak tayang jugak la. Sekadar catatan peribadi. Dah 19 BE yang running kat blog saya, dan 2 blog lain. Untuk elissmie.com ada 6 BE jer pun.Dah bertukar ME , tinggal 2 jer yang sedang running. Setakat hari ni, yang running ada 7 BE. Kalau semua dapat kat elissmie.com kan syok :p Kalau semua jadi ME, boleh dah cashout untuk kali ke sepuluh :) Jangan kena tarik Glitterati sudah la macam Kid :) Solution dia boleh rujuk sini.


Meriah betul BE minggu ni. Harap-harap banyak yang terkumpul sebelum masuk ME.


Yang ni, dah cashout hari tu .


Korang dah berapa BE Nuffnang yang running untuk tahun ni?




Thursday, May 10, 2012

Cek Nuffnang Kesembilan, 9 tahun kenal dan Pertama Kali Beli Sengkuang

Hari ni adalah pertama kali saya jumpa my hubby di kafe cyber milik seorang sahabat. 9 tahun lepas gitu jam tak berapa nak ingat tapi tak silap dalam pukul 2 lebih gitu.Baru balik dari exam MUET. Masa tu saya di tahun akhir diploma.Cinta pandang pertama mungkin :p Lepas cuti semester tu saya praktikal di Jabatan Pelajaran Negeri Pahang dan melalui kawan my hubby saya dapat rumah sewa dan disana jugak cintaku bersemi. Pantai Teluk Cempedak menjadi saksi.hahaha.Nostalgia gitu...

Kad jemputan perkahwinan yang unik yang diterima semalam, 
Selamat Pengantin Baru in advance Ida :) Terkenang semasa dulu :p


Semalam, dah terima cek Nuffnang yang kesembilan. Yang ditunggu adalah cek Churchurp kali kedua tapi masih tak kunjung tiba. Apapun rezeki walau tak ribu ribuan tapi  Alhamdulillah :)

Dan pertama kali beli sengkuang seumur hidup. Main amik ajer. Ada petua ke nak pilih sengkuang ? Tidak saya ketahui...

 
Padanannya adalah Sos Sengkuang Calit yang saya terima dari pemilik Old Time Sengkuang yang baik hati :)


Bila pertama kali korang jumpa cinta hati  korang ? Cer citerrr :)


pssst : 

Cili me dah bercambah dah semalam...hehehe :) Tapi satu batang jaaa :p


 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)