Showing posts with label casual western dining. Show all posts
Showing posts with label casual western dining. Show all posts

Friday, June 22, 2012

Kitchen Creatures @ Centre Point, PJ ala-ala secret recipe

As salam semua. Salam Jumaat gitu kekdahnya. Semalam tak sempat nak tulis blog sebab tengah concentrate facebook, eh belajar :p ColdFusion lagi sekali.Dan sampai sudah tak jumpa Aaron Aziz macam hari tu tapi jumpa lah beberapa celebrity yang tak berapa nak famous amous :)



Masuk-masuk ofiz ajer cerita pasal jalan-jalan cari makan di elissmie. Nasib lah korang yer sebab sesekali terlepas kandang (tidak berada di ofiz selama 2 hari ) so boleh lah bertukar selera harian kan. Sempat lah try kedai makan yang ada dalam Centre Point ni. 

Disebabkan kitorang dah breakfast berat pagi tu dengan nasi lemak , so tengah hari kitorang nak makan ringan-ringan lah. Kitorang tengok voucher makan tu ada tempat makan Kitchen Creatures, so berpusing lah dalam tu cari kedai tu. Sebelum ni, tak perasan pulak kedai ni. Disebabkan kami tumpang kursus orang, so kena la bayar sendiri dan tak guna voucher lah tapi harga makan boleh tahan jugak lah. Kalau ada voucher, lagi save :)


Ni deko dia. Memang nampak ala-ala secret recipe bila masuk dalam tu. 
Kena lah dengan tagline dia,  Casual Western Dining !


Menarik pulak tengok bola-bola lampu ni. Tapi tak semua lampu menyala :p


Harus la tuan belog kena enterframe dulu


Dan haruslah kemudiannya ,  partner in crime :)


Saya order Vegetables Spring Rolls , ala popia sengkuang dengan carrot jer kekdahnya :)
 RM5.80. Sedap jugak ditambah dengan sos cili thai. Lagi terangkat .
Kalautak panas, satu mulut ajer boleh masuk :p Kecik-kecik cinonet ajer.

Dan Strawberry Float RM7.80.


Kat situ ada macam-macam lagi menu yang boleh diorder dan memang makanan memang ala-ala western. Ada pizza, pasta ( dari RM10- RM20) , burger, chicken chop  dan macam-macam lah :) Lain kali boleh cuba makan kat sini.
Rating 4 / 5.

Korang suka ke makan makanan western ? Apa yang paling korang suka ?


Alamat :
Kitchen Creatures Lot F110, Centre Point,
3 Lebuh Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya
Tel : 03-7729 8039
Email : kitchencreatures@gmail.com



p/s: Sedapnya kalau dapat pekena aiskrim Solero ni lagi hari ni. Kat luar dia lime, dalam dia vanila. Memang nyaman untuk ibu-ibu mengandung lemak atau baby :)


Beli tupperware dengan harga istimewa, boleh dapatkan disini [ klik laju-laju]
Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam. [ klik laju-laju]
Baju kurung cotton, polka dot pun ada, klik sini. [ klik laju-laju]



 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)