Showing posts with label JJCM Shah Alam. Show all posts
Showing posts with label JJCM Shah Alam. Show all posts

Wednesday, October 30, 2019

Lunch @ Jombali Plaza Shah Alam, Shah Alam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. JJCM kali ni sempena sambutan birthday untuk Kak Ema. Kak Ema memilih tempat makan di Plaza Shah Alam. Lokasinya adalah di Jombali. Ni outlet yang baru buka di Plaza Shah Alam.Kena turun tangga sampai bawah untuk ke kedai makan ni.

Hari tu saya pilih untuk makan Asam Pedas siakap. Kak Ema pun nak makan yang sama. Ad pulak Asam Pedas seafood. Ida je pilih untuk makan Nasi Goreng Daging Lada Hitam. Overall , makanan sedap dan servis pun cepat. Oh satu lagi, tauhu bakar. Sedap jugak. Kuah macam sotong kangkung gitu. Makan panas-panas pulak tapi lupa nak snap pulak.


Sebelum tu bergambar dulu 


Bergambar selepas dah kenyang sebenarnya


Banyak manager dia amikkan gambar . Kita letak je la semua. haha


Sedia untuk dimakan .


Close up Asam Pedas Siakap. Asam pedasnya rasa macam termasin sikit dan kurang masam. Kalau tambah sikit masam lagi kick. Apapun abes licin je saya makan


Nasi putih lengkap dengan ulam timun, pajeri nenas, papadom dan telur masin. Asalnya set tu nasi hujan panas tapi saya request nasi putih baru kena dengan Asam Pedas kan


Yang ni Kak Ema ulang makan hari ni. Nasi goreng Ayam Berempah dengan percuma air serai katanya 


Promosi lunch


Promosi  dinner


Oh tertinggal satu lagi gambar. Lepas ni nak makan apa pulak yer? Tunggu Mak Yong buat pilihan pulak sempena birthday dia bulan November nanti. 

Apapun Terima kasih kak Ema belanja kami makan. We love u so strong lah :) Siap ole-ole dari Jepun lagi dan hadiah birthday. 

Friday, October 11, 2019

Lunch @ Nasi Hadramot Shah Alam (Concorde Hotel)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Mengakhiri minggu ni dengan entry JJCM. JJCM @ elissmie antara entry yang paling banyak peminat di elissmie.com. Ni JJCM throwback tahun lepas .Tahun lepas kan mood swing sebab mengandung kan. Tak per . Biar lambat asal keluar gitu postnya. Kena up sebab orang belanja. Alhamdulillah. Kali ni pilihan makanan ala arab gitu. Nasi Arab lah apa lagi kan.


Nasi Arab . Sedap. Daging kambing lembut dan ayam juicy. 


Ntah apa nama rotinya. Dah hilang ingatan. haha


Hadramot Salad


Menu lain yang ada . Ni kategori Soups & Salad. 


Yang ni Main Meals 


Appertizers


Sesuai ni berdiet. Grills



Bukan nasi je ada. Pasta, pizza dam sandwic pun ada 


Pilihan minuman yang ada


Yang tukang belanja kena tutup atas permintaan. Terima kasih la tukang belanja. haha

Overall, makanan sedap dan portion banyak . Siap tapau pulak lepas tu. Dah la orang belanja. Tempat makan pun memang selesa la. Dalam hotel kot. hahaha. Nak privacy memang sesuai lah makan kat sini. 


Nasi Hadramot Shah Alam (Concorde Hotel)
Address: 3, Jalan Tengku Ampuan Zabedah C9/C, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor
Waktu perniagaan : 
10 am - 2 am
Phone: 03-5510 239

Perbanyakkan Selawat di Hari Jumaat
Daripada Abu Aus bin Aus RA bahawa Rasulullah SAW bersabda : Sesungguhnya di antara hari yang paling mulia bagi kamu semua ialah hari jumaat, oleh yang demikian hendaklah kamu semua memperbanyakkan membaca selawat kepadaku pada hari itu, kerana sesungguhnya ucapan selawat kamu semua akan ditunjukkan kepadaku (pada hari kiamat nanti).

Wednesday, September 25, 2019

Lunch @ Bawal Padu, Seksyen 16, Alam Avenue, Shah Alam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Dah lama tak ada entry JJCM @ elissmie kan. Kali ni kita belanja lunch di Bawal Padu, Seksyen 16 , Alam Avenue, Shah Alam. Dah lama dah ni . Tak silap awal tahun hari tu tapi tak sempat pulak nak tulisnya. Dah 2 kali dah jejak makan kat sini. Tahu pasal kedai ni sebab viral dekat fb page Shah Alam Residen (tak suka ban orang). So moh la kita try satu kali. 


Setnya adalah Nasi Putih , ulaman dan sambal. Saya order Set Sotong Bakar RM 16. Sotongnya besar . Dihidangkan dengan 3 pencicah pelengkap rasa. Lembut dan juicy rasa sotong. 

Pilihan air yang ada 


Pilihan menu yang ada

 Ayam Goreng Kunyit RM 7


Ayam Bakar RM 13


Kambing Bakar RM 15


Ikan Keli Goreng RM 9 


Sotong Celup Tepung RM 16


Ikan Talapia Goreng RM 13


Yang ni lah  Bawal Padu RM 15

Gambar yang tiada watermark credit kepada owner Bawal Padu yang saya dapat dari group fb page Shah Alam Residen (tak suka ban orang). Terima kasih :) 

 

Ambience dalam Bawal Padu, simple je. Overall, makan sedap dan harga pun ok.

 

Alamat nya kalau nak terjah kang. Sebelah Hijrah Couture je.



Selit sekali sambutan hari lahir yang unit saya buat untuk saya hari tu.
 Terima kasih uollss. Love you alls. 


Close up sket :) 


Hadiah bunga dari Kak Yat, Rai dan Ziera. Tq uolss...


Kek Hi-Fibre Cream Cheese sponsor dari boz . Tq boz. 

Menjaga Rahsia. Daripada Abu Said al-Khudri RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya seburuk-buruk manusia disisi Allah Taala dari segi kedudukan pada hari kiamat ialah suami yang menyebarkan rahsia isterinya selepas disetubuhinya.”(Hadith Riwayat Muslim)

Friday, July 05, 2019

Lunch @ Dubuyo , Central Mall i City

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Dah lunch ke belum? Hari ni kitorang pergi lunch sempena Pakatan Hari Jadi untuk Ida. Tempat makan yang dipilih hari ni adalah makanan korea iaitu di Dubuyo, Central Mall i City. Senang nak pergi sebab dekat sket kan. Pertama kali untuk Kak Ema. Dia jadi grab driver kami hari ni. hahaha. Terima kasih Kak Ema bawa kami pergi makan pakej siap hantar anak Ad, pergi sekolah lagi.hahaha

Jom lah tengok apa yang kami order harini. Boleh telan ke tidak ni? Dah banyak kali cuba makanan korean, kebiasaannya boleh la telan sebab jenis suka sayur-sayur kan. Bila la nak terbuka hati lagi nak makan sushi. Sebelum makan haruslah kita posing dulu yer . 


Birthday girl , Ida


Bukan birthday girl . Tudung senget dont care

Kak Ema ajak bergambar dekat tiang warna warni dalam Dubuyo ni. 

Cantik jugak tiang ni. hahaha


Kita kasi chance Datin Ema posing 


Mini love 💗


Dengan makanan pulak

Jom tengok makanan pulak. Ni buku menu. hahaha


Pilihan makanan yang ada. Ada yang set dan ada ala carte


Lagi pilihan makanan yang ada

Pilihan air yang ada. Tak banyak pilihan air


Ini Ida punya. Sekali sampai terkejut sampai 6 ketul ayamnya. Ayam dia rasa macam ayam percik sebab macam ada serai gitu. Yang ni Set Kimchi Gogi Chicken RM 18.35


Mak dengan Ad makan menu sama je. Kami makan Set Bibimbap Beef RM 23



Portion Nasi memang banyak tapi beef dia sikit je. Kenyang sebab brown rice je ni.hahaha. Apapun boleh telan. Licin mak telan



Tak tersnap menu Kak Ema. Japchae ke haper. Macam Noodle Glass dalam kuah santan dengan seafood. Not bad rasa dia. Dubuyo ni kat Level 3.


Lepas makan posing lagi 


Cantik payung-payungnya kan


Payung kraf dari Thailand 🌂
 

Posing sampai lebam gitu


Dah habis posing . Jom balik , dah kenyang kan. hahaha


Last sekali, Happy Belated Birthday Ida. Semoga tercapai semua yang diidamkan. Aamin...
Terima kasih belanja kami semua hari ini :)


TABAYYUN DALAM PENERIMAAN DAN PENYAMPAIAN BERITA

Rujuk Sumber Asal: http://bit.ly/TabayyunBerita
Album Infografik: http://bit.ly/albumphf

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)