Tuesday, January 29, 2019

Review Cuddle Me Lite Carrier

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Kisah pasal carrier pulak hari ni. Ada anak kecil ni memang tu je la kisahnya. Kali ni saya nak review pasal carrier yang saya baru beli untuk my Nawfa iaitu Cuddle Me Lite Carrier. Beli awal tahun hari tu RM 149. Promosi akhir tahun gitu. Mula-mula fikir jugak takut tak sesuai untuk my Nawfa. Carrier my Nayla pun ntah mana perginya.Tapi hari-hari fb ads tu lalu kat timeline tu. Tergoda pulak.

Alhamdulillah tak menyesal. Fabrik lembut (cotton canvas)  dan berat carrier 500 gram je. My Nawfa memang seronok duk dalam tu. Mula-mula nak masuk je nangis kejap masa first time tu. Tapi lepas dah duduk dalam tu diam tak berbunyi. Dan yang best, siap tertidur-tidur. Kalau dia tak tidur dia tengok keliling je. Memang senang nak shopping. Nak guna pun senang. Sorang-sorang pun boleh pakai sendiri. Hari tu dia buat peel bertukar bulan tak nak tidur tengah malam , masukkan dalam carrier tak sampai 10 minit. Selamat tidur dengan jayanya. hahahaha. Serba guna gitu. 




Ada banyak pilihan . Mana mak tak tergoda. Pilihan saya yang Cats tu. 


Me with My Nawfa 

Cuddle Me Lite Carrier 


Pouch 


Didatangkan dengan pouch tu. Senang nak simpan. 


Memang mudah nak pakai . Sekarang dah expert. 



Pastikan semua berada pada tempatnya.


Boleh guna gendong belakang jugak. 

 Dimension :
Panel : 31x40cm .
Waist belt : 147cm .
Hoodie :40x40cm .
Folded inside pouch : 28x15x13cm .
Credit : https://www.instagram.com/cuddleme_original/

Daripada Abu Hurairah RA, daripada Nabi SAW bersabda: “Bukanlah kekayaan itu kerana banyaknya harta, akan tetapi kekayaan itu adalah kaya hati (jiwa)." (Hadith riwayat al-Bukhari, No.hadith : 6446, Muslim, No.hadith : 1051, at-Tirmizi, No.hadith : 2373, Ibnu Majah, No.hadith : 4137 Ahmad, No.hadith : 7015, 7240)

0 Comments:

Post a comment

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)