Thursday, May 23, 2019

Pengalaman Mengandung & Menyusu Di Bulan Ramadan


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Mengandung? Eh tak lah. Dah tutup kilang dah. Ni kisah pengalaman mengandung tahun lepas. Mengandung di bulan puasa. Tapi tahun lepas sebulan mak tak boleh puasa. Tahun lepas pun tak ada mood nak blogging jugak. Rasanya sekali je cerita pasal kehamilan. The rest is history gitu. hahaha. Buku pink menjadi saksi . 

Semasa mengandungkan my Nawfa, saya disahkan GDM dan memang dah ada darah tinggi selepas bersalinkan my Nayla. Ubat darah tinggi pulak tak boleh makan ubat yang biasa makan sebab ubat saya makan tu tak sesuai untuk ibu mengandung. So kena lah makan ubat darah tinggi Methyldopa yang kena makan 3 kali sehari tu. Sebab tak boleh nak adjust timing makan ubat, doktor tak benarkan saya berpuasa. Mak is redha jer lah. Dah GDM kena cucuk insulin pulak. Nasib dosnya kecil dan lepas beranak terus hilang bersama angin lalu. Gitu. Alhamdulillah awal tahun hari tu buat full checkup bacaan 5 je. Kiranya bebas diabetes . Tapi still kena beringat lah kan sebab keturunan dan sendiri pun suka makan manis-manis especially bulan Ramadan ni. Kurma pun kena kira-kira nak makan. Apatah lagi tepung pelita, akok kedut, Tok Aji Serban, Sekaya atau rodok telur dan sebagainya. Eh tersenarai kuih yang menjadi favourite pulak .hahaha. So tu je lah pengalaman mengandung semasa bulan Ramadan. Sebenarnya tak boleh nak puasa. hahahaha

Ok la. Pengalaman menyusukan pulak. Tahun ni kiranya tahun pertama saya fully b*feeding my Nawfa. Alhamdulillah, agaknya anak bongsu kan. All out sket dan maknya telah diberi kesedaran sepenuhnya untuk menyusukan anak sepenuhnya. Saya memang takut jugak nak puasa kali ni. Yerlah takut susu drop tapi yakin Allah pasti berikan yang terbaik untuk my Nawfa. Memang susu drop sebanyak sebotol . Hari pertama puasa memang betul-betul flat dan siap pakej sakit kepala lagi. Macam nak menangis rasanya tapi memikirkan betapa sayangnya tahun sebelum ni pun dah tak puasa kugagahi jugak berpuasa. 29 hari tak berganti. Takkan nak tambah lagi. Oh tidak. Semua mindset je ni. Alhamdulillah hari-hari seterusnya Allah bagi kekuatan siap boleh buat terawikh lagi kat rumah. Kat rumah je la. Tu pun kalau my Nawfa dah tidur awal. Kalau tak susah jugak sebab tengah fasa nak bangun. Dah berapa kali jatuh terlentang. Kalau terawikh tu duduk ok sikit, letak dia atas riba. Tapi sekejap je tahannya lepas tu dia gi merayap kelain. Penat sangat mak pun bantai tidur lepas isyak. Kang my hubby balik kejut ajak moreh. hahaha. Bila berpuasa ni, rutin pun dah berubah. Biasa saya akan sambung mengepam untuk sebotol yang tak cukup pada pukul 3.30 pagi. Then terus panaskan lauk atau masak simple-simple untuk My Nuha dan My Nayla puasa. Dalam pukul 5 pagi paling lambat saya kejutkan budak berdua tu. My hubby macam biasa sahur cuma minum air je. Alhamdulillah setakat ni tak terbabas lagi. Pukul 5.30 saya mengepam sekali lagi untuk bekalan fresh ke rumah pengasuh my Nawfa. Kalau ada lebihan, boleh la guna untuk esok hari pulak. Biasa tak ada lebih sangat sebab my Nawfa belah malam memang mengempeng. Esok genap usianya 9 bulan dah. Progress dia dah master merangkak dan dah bangun dah pun. Dah cuba-cuba lepas tangan kalau berdiri. Duduk pun dah stabil. Gigi dah nak muncul 2 batang belah bawah. 

Tips saya penyusuan di bulan Ramadan, sahur jangan lupa makan nasi dan kurma. Air kosong memang sahabat baik jugak la antara waktu berbuka ke sahur tu. Pastikan cukup 8 gelas atau lebih. 2-4-2 macam dalam iklan Cu*koo Dr Sheikh Muszaphar dengan anak-anaknya tu. Comel jer kan. 

 2-4-2



Paling banyak sekali pam 3 Oz pada bulan Ramadan. Alhamdulillah. Biasanya paling banyak 4-5 Oz



Saya suka kacau teman Ummi solat sambil muka comel macam ni. Comel kan saya?



Merangkak is too mainstream. Saya dah boleh bangun ok dan lepas tangan.



Mengantuk teman Ummi mengepam pagi-pagi



Nuha dan Nayla masa sahur. Diorang ni citarasa lain-lain. So kadang-kadang masak lain-lain. Ok lah nak janji nak berpuasa dan sahur. Mak is ok.

Sesungguhnya Allah ‘azza wa jalla meringankan setengah shalat untuk musafir dan meringankan puasa bagi musafir, wanita hamil dan menyusui - ( HR. An Nasai no. 2275, Ibnu Majah no. 1667, dan Ahmad 4: 347. )
Korang ada pengalaman mengandung dan menyusukan di bulan Ramadan?


Tuesday, May 07, 2019

Salam Ramadan 2019

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ni baru perasan domain dah expired. Sabar jer la bulan-bulan puasa pulak dia nak expired. Dah renew boleh la tulis balik blog yang suam-suam kuku ni hah. Sebelum tu nak mengucapkan Selamat berpuasa lah kepada semua pembaca elissmie.com yang sudi lagi terjah blog ni.


Alhamdulillah, berjaya mengharungi puasa hari pertama . Pening kepala tak ingat tu tak menahan tu. Alhamdulillah sampai ke penghujungnya juga. Nuha dan Nayla pun ok puasa sampai berbuka. Nayla la tak menahan sekali ada ke masuk kereta semalam nak makan mamee. Cikgu tadika dia bagi. Katanya dia dah la tak makan dari pagi, tengah hari dan petang. Sabar je la. Ingat puasa tak boleh makan nasi je. hahaha. Sampai hancur la dikerjakan mamee tu sebab Ummi suruh makan lepas berbuka. hahaha. Entah apa nasib mamee tu mak tak tahu la pulak kesudahannya

Sedikit perkongsian dari Whatsapp untuk manfaat bersama


DAHSYATNYA DOA SEBELUM BERBUKA PUASA

Ada suatu waktu yang mustajab untuk berdoa, dimana doa tersebut tidak akan ditolak oleh Allah SWT, yaitu berdoa saat menjelang berbuka puasa dan menjelang makan sahur. Tetapi sayangnya banyak kaum muslimin tidak mengetahuinya atau tahu tapi mengabaikannya.

Di Mekkah dan  Madinah, satu jam sebelum azan maghrib orang-orang sudah menadahkan tangan ke langit berdoa untuk kemudahan dari segala hajat, baik hajat dunia mau pun akhirat, mereka berdoa dengan syahdu sepenuh keyakinan, sampai-sampai air mata mereka mengalir deras

Kesalahan yang dilakukan kaum muslimin ialah dengan menyibukkan diri pada waktu yang sangat mustajab ini dengan cara sibuk bersiap utk berbuka  menjelang azan maghrib  kemudian berkumpul menghadapi hidangan berbuka dan mereka sudah merasa cukup dengan hanya membaca "Allahuma lakasumtu... atau dzahaba zhoma'u padahal hanya mencakupi maknanya berupa  ucapan syukur sahaja.

Nabi SAW :
“Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak” (HR Ibnu Majah)

Ketika kita sibuk-sibuk menyediakan juadah berbuka pastikan kita spare sedikit masa, sekitar 3-5 minit sebelum masuk waktu berbuka, untuk menadah tangan berdoa kepada Allah SWT. Ayuh kita amalkan doa ringkas ini setiap kali kita berbuka puasaCadangan doa ini sebagai panduan sahaja..... boleh diubah mengikut hajat masing

Cadangan doa ketika  berbuka puasa

1. Bertambah iman
2. Sihat tubuh badan
3. Mati yang baik.
4. Murah rezeki.
5. Anak soleh.
6. Keluarga bahagia.
7. Rahmat Allah.
8. Jauh azab kubur.
9. Lapang dada.
10. Kekalkan iman.
11. Ampunkan dosa.
12. Anak2 berjaya.
13. Perniagaan yg diberkati.
14. Jauhi segala penyakit.
15. Ibadat diterima.
16. Mudah segala urusan.
17. Diterima taubat.
18. Lapangkan kubur.
19. Mudah bayar hutang.
20. Lailatulqadar.
21. Syafaat Nabi SAW.
22. Syurga Firdaus.
23. Jauhi neraka.
24. Terima kitab tgn kanan.
25. Selamat meniti Sirat.
26. Selamat fitnah Dajal.
27. Ketenangan hati.
28. Doa ibubapa.
29. Keluarga yg dirikan solat.
30. Diterima puasa Ramadhan

Semoga memberi manfaat buat semua.Semoga Allah makbulkan doa-doa kita sepanjang bulan Ramadan ni.

Wednesday, April 24, 2019

Solid Food Nawfa Yang Pertama & Sudah 8 Bulan


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Blog suam-suam kuku ginilah. Tambah pulak menjadi emak di usia ambang 40 an ni. Tak berapa nak terkejar update untuk si bongsu ni. Kali ni nak tulis pasal Solid Food pertama untuk Nawfa. Alhamdulillah , hari ni dah masuk usia 8 bulan . Kiranya dah 3 bulan diperkenalkan solid food. Setakat hari ni Alhamdulillah, mak dia rajin lagi sediakan makanan untuk dia. Tak ada lagi bagi instant food sejak join group Happy Baby Foods Malaysia ni. 

Sama excited juga membaca pasal solid food bila dah dekat 6 bulan tu untuk perkenalkan my Nawfa makan. Yerlah dah 5 tahun tak ada baby kecik. Tak ingat dah nak mula kat mana. hahaha. Apapun beli baby food gear yang paling utama. Beli kat Mr Diy je pun. Jimat budget. Cari yang BPA Free. Banyak je . Tak semestinya kat kedai barangan baby. Nampak tak penjimatan kat situ. hahaha

Sama macam Nayla dulu, pertama bagi epal. Alhamdulillah my Nawfa ni tak pernah menolak dari suapan pertama sampai licin la. Mula-mula perkenalkan dalam 3-4 sudu je bagi rasa-rasa. Ikut juga la 4 day rules tu. Lepas tu tengok macam dah ok semua saya dah campur-campur. Sekarang saya dah bagi sayur+ nasi + protein dan jadikan puree. Mak moden misi kat KK cakap. hahahahaha. Lantak situ . Sayur yang saya perkenalkan sekarang ni bunga kobis, lobak, brokoli . Protein ayam je baru bagi.Lepas ni nak introduce ikan pulak. Buah yang dah diperkenalkan buah epal, pear, buah naga dan pisang. 

Biasa saya buat stok seminggu-seminggu. 3 hari chiller dan selebihnya saya bekukan dan siap-siap panaskan sebelum hantar rumah pengasuh. Tinggal suap je. Masa 6 bulan saya bekalkan satu bekas sehari bubur nasi tu. Sekarang dah 2 bekas. Belah malam saya bagi puree buah pulak. Kiranya sekarang dia dah makan 3 kali sehari. Harap masa cucuk 9 bulan nanti dia dah tak perlu follow up untuk berat badan dah la. Susu pulak dah kurangkan kepada 15 Oz sehari. 

Salah satu contoh jadual makan untuk 6 bulan dari group Happy Baby Food Malaysia


Baby food gear dari Mr DIY



Sedia untuk makan  



Kemain makan tu tangan nak sibuk pegang sekali


Kakak-kakak pun sekali sibuk sebab nak tolong suap adik 


Amboi tangan tu kan..


Nak suap sendiri pulak. hahaha. Tak silap ni puree keledek


Ni start makan bubur nasi dah 


Setiap kali makan memang licin gini lah. Kalau buah naga tu siap tak bagi alih sudu la kekdahnya. huhuhu




p/s:

Ummi saya masak sedap tau !

Daripada Buraidah RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang berjalan dalam kelaparan ke masjid, bahawa mereka akan memperolehi cahaya yang  paling sempurna pada hari kiamat”.(Hadith Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)

Friday, April 12, 2019

Pasaraya SOGO Central i-City, Shah Alam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ni sempat cuci mata kat Central i-City.Pertama kali datang kat sini sejak buka 23 Mac hari tu sebab nak tunggu Sogo buka.  Nak pergi ke sana ada 3 jalan masuk, samada dari highway Tol Sg Rasau yang dah arwah tu, dari depan sekolah Tamil Seksyen 7 atau dari kawasan perindustrian Seksyen 7. Tapi yang terbaik sekali dari depan sekolah Tamil Seksyen 7 tu la sebab tak perlu u-turn dah. Setakat ni masih free entrance. Boleh jugaparking kat Soho Apartment kat sebelah Central i-City tapi situ tak silap berbayar lah. 



i-city Central , Shah Alam . View dari kereta Ad. hahaha


Harus bergambar depan Sogo. Pakai seluar track dont care sebab tadi ada aktiviti 5S kat ofiz. hahaha

Ada penampakan disitu. hahaha


Hari ni makan kat food court kat situ kat LG. Ada banyak jugak pilihan makanan yang ada. 


Antara kedai terbesar dalam Central i-City, Shah Alam


Kedai yang ada kat dalam Central i-City, Shah Alam


Sawasdee Thailand. Maklumlahkan Thailand punya.  Ada jualan makanan thai dan persembahan thai 


Jadual event untuk Sawasdee Thailand

 




Kitorang pergi kat bahagian kanak-kanak . Ada jugak la sales . Pilihan baju pun terhad . Macam suku je dari Sogo KL dia punya store tu.


Lif pun ada untuk ibu mengandung . haha

View dari lif


Mr DIY tak buka lagi



View dari lif

Singgah Churros Ziera nak merasa


Promo Churros

Ok , Sampai sini dulu. 

Daripada ibnu Umar RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Tabiat suka meminta-minta menjadi kebiasaan seseorang daripada kamu (umat) sehingga ia menemui Allah di akhirat sedangkan mukanya tidak mempunyai daging (hina)”.
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Wednesday, April 10, 2019

Buffet Buka Puasa Shah Alam 2019 & Baju Raya Project 2019

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Dah habis ganti puasa ke? Mak nampaknya tak sempat nak ganti dah. huhuhuhu. Moh la kita segera membayar fidyah. Tahun ni pun dapat rukshah lagi sebab menyusu pulak. Harap tahun depan boleh la berpuasa penuh. Bagi yang nak kira fidyah boleh lah rujuk kat sini : https://www.zakatselangor.com.my/fidyah-calculator/?lang=en (Selangor)  https://www.zakat2u.com.my/kalkulator/fidyah (Kuala Lumpur) 


Hari ni nak share Buffet Buka Puasa Shah Alam 2019 kot korang nak belanja mak, boleh la tempah awal, dapat harga murah. hahaha. Macam kan puasa. Layankan ajer. Sebelum tu nak share Baju Raya Project 2019.

Baju Raya Project 2019


Buffet Buka Puasa di Halaman Sari
Halaman Shah Alam

Harga Pembelian Awal - RM 50.00 nett
Harga Dewasa - RM 60.00 nett
Harga Kanak-kanak - RM 30.00 nett
Harga Pakej Keluarga - RM 160.00 nett ( 2 Dewasa & 2 Kanak-kanak)


Halaman Sari
Halaman Shah Alam
Intekma Resort & Convention Centre
Persiaran Raja Muda
Section 7, 40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan.


Untuk Pertanyaan dan Tempahan sila hubungi :-

1) Sales Office : 01132155555
2) Ismail : 019 930 9606
3) Nora : 019 393 3160

Sikulipat Sdn Bhd (The Company Managing "Halaman@Intekma" Event Venue & Catering Services)
Sales Office, Ground Floor, Block 1
Persiaran Raja Muda ,
Seksyen 7,40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan.
Email : halaman.intekma@gmail.com
Tel/Whatsapp : 01132155555



Hotel UiTM Shah Alam
Selera Muhibbah 2.0

Ramadhan kembali lagi. Dengan berbesar hatinya, kami mengadakan Buffet bermula 10 Mei sehingga 2 Jun 2019.

Lebih dari 60 jenis makanan yang kami akan sajikan untuk anda. Pelbagai jenis masakan tradisi melayu & “fussion Western” yang pasti menaikkan selera anda.

Harga yang kami tawarkan amatlah berbaloi. Dengan hanya berharga :

RM 49 Bersih (dewasa) *Early Bird*

RM 59 Bersih (dewasa)

RM 28 Bersih (Kanak – kanak) *7 – 12 Tahun*

Kemudahan lain kami sediakan hanya untuk anda seperti Wifi percuma, Surau dan tempat letak kereta percuma.

Jangan tunggu lagi, dapatkan segera harga "Early Bird" kami ya.

Untuk sebarang tempahan/ pertanyaan :

Hubungi kami di talian 03 – 5519 2069.


GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM
We are continuing our Viral Sales for third edition.
Viral Sales 3.0 for Warna Warni Ramadan Buffet available at RM90.00+!
Booking for iftar from 1st Ramadan – 30th Ramadan and make payment before 1st Ramadan.
For reservation or more info, please click the link to contact the person in charge
www.wasap.my/+60192736801
www.wasap.my/+60192757801


Carlton Hotel Shah Alam
Bufet Ramadan Kembali lagi, untuk edisi 2019.
Kali ini Carlton Hotel Shah Alam (Dulu dikenali sebagai Carlton Holiday Hotel & Suites), bertemakan Jalinan Ukhuwah Ramadan yang membawa maksud jalinan persaudaraan, perpaduan dan persahabatan yang harmoni. Sifat ini juga di terapkan dalam perkongsian selera budaya makanan tradisional di malaysia.

Terdapat 6 jenis kombinasi menu yang akan disediakan oleh Chef dan ianya akan bertukar setiap hari. Untuk tahun ni sebanyak 11 jenis gerai berkonsepkan "Bazar" dan makanan popular akan menjadi pilihan di setiap gerai.

📌Tempahan Awal "Early Bird" RM55 (bersih),
Harga Biasa RM60 (bersih) Dewasa, RM 30 (bersih) Kanak-Kanak.📌

Kemudahan yang disediakan:
✅Surau disediakan
✅Tempat letak kereta percuma
✅Pakej berkumpulan disediakan
✅Kawasan merokok disediakan

📌Dan yang paling BEST tahun ni kita akan adakan 🎁CABUTAN BERTUAH🎁 setiap hari🎁🎁🎁hadiah yang menarik menanti tuan/puan. Tempah Sekarang‼️

‼️Tempahan dibuka Sekarang‼️

☎️03-5510 9476 (Jabatan Jualan & Pemasaran)
☎️03-5510 6291
📲019-374 0300 (Pn Saza)



De Palma Group of Hotels & Resort

Ramadan Early Bird Voucher at ONLY RM45nett for purchase from 1st to 30th April 2019! 😱

30days offer for the lucky one! 😊

To purchase, please call 03-3289 7070.

Log on to www.depalmahotel.com for more info.

“Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (yaitu): memberi makan seorang miskin.“ [QS. Al-Baqarah: 184]

Tuesday, April 09, 2019

Lunch @ Dodo Korea Intermark Mall KL

Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Hari ni entry throwback jer la. Sekali sekala melayan tekan korea dengan lunch box di Dodo Korea . Saya order daging dan sotong. Yang lain memang datang sekali iaitu kimchi, ikan dengan mayo, sup kimchi, scramble egg ,tembikai dan bebola pedas kot. Suka suka bagi nama. So far boleh la telan. Memang kenyang to the max. Menu semua sama je lah lebih kurang kami order tapi My Nuha agak jakun disitu sebab dia tak boleh nak telan. hahaha. Mak pun rasanya ni first and last kot. Boleh makan tapi kalau tak dak pilihan lain. Memang kami sama-sama boleh mereput duk kat Malaysia je tak payah pi Korean gini gaya. Sushi pun out. Tak leh pi Jepun. Layan gambar je la.



My Nawfa baru habis pantang kot tak silap masa ni

Tq Longs belanja kami makan korea


Lunch box RM 15 tak silap saya

Sama je semua orang order rasanya


Dodo Korea
The Intermark International Food Hall, Lower Concourse Floor, The Intermark Mall,
348, Jalan Tun Abdul Razak, Off Jalan Ampang
Kuala Lumpur City Center 50400

Opening Hours
10:30am - 09:00pm


Daripada Abu Said al-Khudri RA katanya, pada suatu ketika kami sedang dalam perjalanan bersama-sama rombongan Nabi SAW, tiba-tiba datanglah seorang lelaki di atas kenderaan, maka ia menoleh pandangannya ke kanan dan ke kiri, kemudian Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang mempunyai kenderaan yang melebihi dari keperluan sendiri hendaklah bersedekah kepada orang yang tidak mempunyai kenderaan dan sesiapa yang mempunyai lebihan bekalan makanan hendaklah ia bersedekah kepada orang yang tidak mempunyai apa-apa bekalan makanan. Selanjutnya Junjungan menyebut berbagai-bagai harta benda hingga kami ketahui bahawasanya tidak ada hak bagi sesiapa daripada kami kadar yang lebih daripada keperluan.(Riwayat Muslim)


Monday, April 08, 2019

Perjalanan Penyusuan Nur Nawfa Haniyya Road To Diploma Done

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah. Usia my Nawfa sudah menginjak ke 7 bulan . Maknanya sudah 1 bulan diperkenalkan dengan solid food. Banyak tertinggal nak tulis pasal si bongsu ni. Maklumlah maknya blogger suam-suam kuku sekarang ni tapi perjalanan penyusuan terakhir ni harus juga diblogkan sebab sudah tak ada peluang untuk mengulanginya selepas ini. 

Alhamdulillah sudah melepasi fasa pertama penyusuan . Bagi group ibu-ibu yang support penyusuan badan tempoh 6 bulan tu adalah diploma . Siap sijil lagi ni hah. Credit to fb Happy Breastfeeding Malaysia. Edited with Canva gitu. Tutorial Canva rujuk sini. 



Dek kegagalan anak pertama dan kedua untuk penyusuan badan sepenuhnya, saya bangkit mencari silap saya dimana-mana. Alhamdulillah Allah permudahkan jalan. Start dari awal mengandung lagi saya sudah amalkan surah Al Hujurat untuk memperbanyakkan susu badan. Memang sekali pam dapat sikit tak sampai oversupply tapi Alhamdulillah Allah cukupkan untuk my Nawfa. Saya memang mengepam kat cubicle je sebab jenis malas nak leceh-leceh ni. Saya pakai nursing cover dan boleh buat kerja sambil-sambil tu. 

Saya guna pam Lacte Duet . Dari awal mengandung dah beli. Sejenis tak boleh beli barang sedebuk macam tu so saya kumpul duit sikit-sikit. Alhamdulillah dekat due dah dapat pamnya. Berbunga-bunga hati tengok pam. Maklumlah sebelum ni guna pam manual dan yang elektrik yang biasa-biasa je. Kali ni sampai RM400 kan. Memang semangat lain macam gitu Allah buatkan rasa tu. Mungkin sebab dah last dan all out. Lepas operation nurse jagakan separuh hari. Bila saya naik wad tu terus saya minta my Nawfa. Itulah titik permulaan penyusuan untuk my Nawfa. Bila my Nawfa terkena prolonged jaundice tu tetap kuatkan semangat yang susu ibu memang terbaik dan hak anak sampailah sembuh kuning sepenuhnya masuk hari ke 56. 



Kelengkapan penyusuan yang saya angkut ke ofiz



Close up sket. Biasanya saya humban pam dan storage botol dalam tu . Beg tu ada 2 compartment. Bahagian atas boleh letak motor pam .

Hasil mengepam kat ofiz

Biasanya hasil lebih kurang sama jer iaitu antara 12-14 Oz


Siap-siap sukat dalam botol 2 Oz. Bagi yang tak cukup memang sambung pam kat rumah tapi jarang sangat lah. Setiap hari saya bekalkan my Nawfa 14Oz yang chiller dan fresh pam pagi tu dalam 3 Oz.Kalau balik kampung baru saya bekukan. Kiranya stok yang beku tu akan digunakan bila balik dari kampung. Begitulah. Memang mengais jugak. Dalam peti beku sekarang ni memang ada 2 botol je. hahaha. Menangis dengar kan tapi Alhamdulillah Allah cukupkan. Lagipun my Nawfa dah start makan. 


Sesi mengepam 3-4 kali sehari kat ofiz 


Kalau ada kursus kat luar, siap-siap mengepam dulu dalam kereta


Sesi pertama mengepam kat rumah pukul 5.30 pagi . Kadang terlajak sampai 6 pagi . Biasa ada je peneman cilik ni. Orang bangun dia bangun. 


Budak yang paling banyak minum susu Ummi


Ummi pun dah menggebu ni nak. Tunggu lepas my Nawfa 2 tahun kena start diet balik. huhuhu


Tengok la beza dia dari 3 bulan lepas. Alhamdulillah berat pun dalam berat yang disyorkan dalam carta. 

 ” Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku, perbanyakkanlah susu untuk anakku, dan permudahkanlah perjalanan penyusuanku mengikut syariat yang telah Engkau tetapkan.” Amin.


Allah mengetahui akan apa yang dikandung oleh tiap-tiap ibu dan mengetahui apa yang kurang dari yang dikandung dalam rahim itu atau yang lebih. Dan tiap-tiap sesuatu adalah ditetapkan di sisiNya dengan kadar yang tertentu. Dia lah yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata. Dia lah jua Yang Maha Besar, lagi Maha Tinggi (Yang mengatasi segala-segalanya) -Surah Ar-Ad 8-9

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)