Friday, July 13, 2018

Resepi Cheesy Beef Lasagna Russell Taylors Air Fryer

Assalamualaikum dan Selamat Pagi. Weekend hari tu saya ada buat Cheesy Beef Lasagna atas permintaan anak dara , My Nuha. Dah lama dah dia request tapi tak jumpa Lasagna Sheet tu.Kat Checkers memang tak ada atau saya tak jumpa cari. Ni my hubby belikan kat Giant Seksyen 7 dan ada sekotak je katanya. Harga dalam RM5 ++ je.

 Senyum melebar lah anak dara bila tahu mak nak masak Lasagna tu. So mak google la resepi macam biasa dalam group Air Fryer. Sebotol sos besar prego tu boleh buat dua lasagna bersaiz 7 inci . Dan satu lasagna saya guna dalam 5 keping lasagna sheet sahaja. Sebab saya guna bekas aliminium bulat so kena patah-patahkan lah lasagna sheet dan bila siram sos tu biar tertutup semua lasagna sheet. Cheese lagi banyak lagi best. Tapi bila guna Cheddar cheese tu tak boleh lama sangat bakar jadi hangus cheese tu. So bahagian atas saya sarankan guna Mozarella cheese ajer. Kat lapisan bawah ok kalau letak Cheddar cheese tu. 

Bagi sesiapa yang dah beli Pressure Cooker atau apa sahaja barangan Russell Taylors , jemput join group fb ini untuk bertukar-tukar resepi, bertanyakan masalah dan cadangan yer  : Russell Taylors PC Users (Malaysia). 

Jom la tengok resepi. Memang mudah ajer tapi sebelum ni tak ada oven nak bakar kan. Alhamdulillah ada Air Fryer pun boleh buat membakar. Lepas ni nak try masak kek pulak. Hari tu buat puding roti bakar pun menjadi. Lain kali saya kongsikan lagi resepi yer. 



Antara bahan yang saya gunakan

Bawah sos merah ada lasagna sheet . Lupa nak amik gambar 

Setelah disiram sos putih 

Ditambah keju mozarella di bahagian atas 


Bekas Aluminium yang ngam-ngam dalam basket


Tadda.. Selepas 30 minit  . Cheesy Beef Lasagna. Boleh gemuk kalau makan selalu.

Korang suka ke makan Cheesy Beef Lasagna ni ? 
Macam mana? Masih tak ada rasa nak beli air fryer ? 
Jom beli ! Memasak itu mudah dan menyeronokkan bukan, tambah-tambah bila ada air fryer . hahaha. larikss..#jommasakelissmie

Daripada Abu Umamah RA katanya, aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, Hendaklah kamu semua membaca al-Qur’an, sesungguhnya al-Qur’an itu akan datang pada hari kiamat memberi syafaat kepada orang yang membaca dan beramal dengan hukum-hakamnya.(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

0 Comments:

Post a Comment

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)