Friday, March 24, 2017

Pantai Kemasik, Terengganu, Visit Beautiful Terengganu 2017

Sebagai anak jati terengganu haruslah promote Visit Beautiful Terengganu 2017 kan iaitu tema Tahun Melawat Terengganu 2017. Salah satu lokasi latar dalam Mat Dan Kaki Jalan adalah di Pantai Kemasik. Banyak pantai yang cantik kat Terengganu ni tanpa perlu pergi pulau pun yang memang sudah semestinya cantik. Padahal empunya badan pun tak pernah sampai kat pulau-pulau Terengganu tapi pulau-pulau kat Sabah dah. hahaha. Kejam sungguh anak jati terengganu macam ni. Yang pernah pergi Pulau Kambing. Tu bukan pulau tapi nama kampung di Terengganu. hahaha. 

Hari Selasa lepas, kitorang pergi berkelah di Pantai Kemasik. Cuaca sekarang sangat panas. Memang tak sesuai sebenarnya nak pergi berkelah. Tapi sebab layankan anak-anak dan dan anak buah, kita follow ajer. Pantai Kemasik ni lebih kurang setengah jam dari rumah MIL saya. So pagi tu dalam pukul 9 kami gerak. Masa sampai tu memang dah panas sangat macam dah tengah hari. huhu


Pantai Kemasik


Ada buaian tapi panas ceng-ceng sekejap ajer suh anak-anak beredar 


Zoom sket


My Nuha dan Danish


Mak pun nak enterframe :p Panas sangat. Nasib ada payung my princess . hahaha

Budak yang menjerit bila ombak kena kaki.. 


Lepas tu my hubby masukkan dia dalam air.. baru dia ok sket nak main air..


Sakan la seronok my Nuha..


Abah saya pun join sama berendam. Kat sini cetek airnya, terpisah dengan bahagian depan yang boleh tahan besar jugak ombaknya. Memang tak bagi anak-anak mandi kat situ. Kat sini pun memang ada tanda amaran dilarang mandi . So mandi atas risiko sendiri lah yer. 


Dah berani main air... 


Bergambar dengan batu pulak.. Kitorang duduk belakang batu so teduh la ..


My Nuha dan My Nayla


My  beloved ma dan Abah


Cantikkan? My hubby amikkan..


Ni gambar yang saya sedang amik tadi :) 


Mula-mula tengok jer orang main air.. Rela dia main pasir sorang-sorang 


Ada geng main pasir dah.. Iskandar 



Gambar pokok kat atas tadi


Dah berendam, makan time !


Lauk simple tapi super sedap, my mom's cook ! Haruslah..


Boleh makan semua senyap..haha


My Abah..


Nuha dan Danish


Nuha dan Rayyan

Korang dah pernah sampai Pantai Kemasik ? #visitbeautifulterengganu2017


Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya.
{Surah Al-Baqarah 2:268}

Tuesday, March 14, 2017

Lunch @ Kenny Rogers ROASTERS AEON Shah Alam

Hari ni JJCM @ elissmie ke AEON Shah Alam lagi? hahaha. Selagi tak habis tempat makan dalam tu selagi tu lah kita JJCM kat sini yer.Bila ntah nak try makan Me'nate Steak House pulak ni. Dah banyak kali lalu dah ni. Maklumlah melawat anak kesayangan kat sebelah tu. Kali ni JJCM boz belanja sempena proses migrasi server yang menunggang terbalikkan hidup kitorang selama hampir 3 bulan telah hampir selesai. Terima kasih boz. So kami pilih makan kat  Kenny Rogers ROASTERS. 




Harus posing dulu. Nasib la boz layankan ajer ..




Tukang belanja , boz saya. Pertama kali enterframe dalam blog. hahaha. Yang sebelah tu dah tukar unit lain pulak. So tinggal kami berempat lah sekarang ni.



Ruang dan dekorasi dalam  Kenny Rogers ROASTERS AEON Shah Alam.


Ni ad try. Golden Teriyaki Chicken RM 21.80


My all time selection favourite
Roasted1/4 chicken with 3 side dishes & 1 Kenny's Home-made Muffin. RM 21.90 


Close up sket . Fruit Salad, Macaroni & Cheese dan Crisp Garden Salad 


Yang ni zira punya . 
Roasted 1/4 chicken with tantalizing spaghetti (Beef Bolognaise). Complemented with 1 side dish & 1 Kenny's Home-made Muffin RM 23.50 


Muffin.. Saya punya vanilla muffin.. Jemu dah makan coklat. 
 

Zesty Orange Blast RM 9.50 

Kenny Rogers ROASTERS
AEON Shah Alam
Lot G 02, Grd Floor, AEON Mall Shah Alam
No.1, Jln Akuatik 13/ 64 D'kayangan, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor.
Tel: 03-5523 5723
Waktu Perniagaan : 10:00AM - 10:00PM
https://www.facebook.com/krrmalaysia/
http://www.krr.com.my/v3/index.php


Sekarang ada promosi ni kat KRR !


TODAY is the Spiciest Offer!
Enjoy Buy 1 FREE Spicy Chicken Soup Meal from 14 – 16 March 2017!

Tag 3 of your friends to share the good news!
Join our #KRRSpicyGilerrr Photo Challenge to win prizes from us!
5 KRReative photos will be chosen and win KRR Card (pre-loaded with RM50 value) from us!



Katakanlah: ”Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu”. (QS. Al-'Imran (3):26)

Thursday, March 09, 2017

Masalah Aplikasi pada Windows 10 : can’t be opened using the built-in administrator account

Hari ni cerita pasal teknikal sket. Dah lama tak cerita pasal IT kan. Biasa saya tulis kat blog pasal IT ni kalau saya ada masalah dengan apa yang saya nak buat. So hari ni saya nak tunjuk cara macam mana nak buat kalau ada error pada aplikasi Windows 10 iaitu can’t be opened using the built-in administrator account. Sebenarnya saya dapat PC baru last week. Sekali bila tekan, banyak aplikasi yang tak boleh buka seperti error kat bawah ni. 



Salah satu Aplikasi yang tak boleh guna adalah Photos 


This app can’t open . Photos cant't be open using the built-in administrator account. Bukan setakat photos, aplikasi lain seperti Calculator dan Microsot Edge pun tak boleh buka. 

Cara-cara memperbetulkan Masalah Aplikasi Windows 10 can’t be opened using the built-in administrator account : 


1. Taip pada search - secpol.msc dan tekan enter





2. Klik Local Policies -> Security Options---> User Account Control Admin Approval Mode for the Built-in Administrator account .



3. Setkan policy kepada Enabled dan Klik Apply dan Ok. 



4. Taip pada search - uac dan tekan enter



5. Tarik slider sampai level 3. Dan tekan OK.



6. Restart PC . In sya Allah , semua aplikasi dapat di buka :) Selamat mencuba. Tapi kalau ada masalah seperti diatas lah yer. Semoga bermanfaat.



Selamat berjasa PC baru . Kali ni dapat PC Brand Dell Optilex 5040. Selamat tinggal PC lama yang telah berjasa hampir 5 tahun. Monitor baru tak guna lagi sebab tak beli lagi kabel HDMI . Lepas ni mohon masukkan dalam tender sekali. hahaha


Daripada Abu Dzar RA katanya, Rasulullah SAW bersabda kepadaku, “Janganlah engkau anggap remeh apa-apa amalan yang baik walaupun kebaikan itu dengan sekadar menunjukkan muka yang manis semasa bertemu dengan saudaramu.”

(Hadith Riwayat Muslim)

Wednesday, March 01, 2017

Teknik Capan Ubi Kentang Dunia Seni Visual Tahun 3

Hari ni sebenarnya nak cerita kasihnya seorang bapa untuk buat kerja seni anak. haha. Siapa lagi kalau bukan suami mak. Dari last week lagi my Nuha balik cakap kena beli kentang untuk subjek Dunia Seni Visual ( kita dulu pendidikan senilah) minggu ni. So weekend lepas, kitorang pergi la beli kentang. Beli yang besar, senang nak buat cop. Beli 2 biji dalam RM 2 lebih. So malam tadi, my hubby prepare lah cop kat kentang tu sebab cikgu dia suruh bawa yang dah siap ukir . Tak tahu lah apa jadi hari ni. Nanti dah siap hasil seni dia kita update lah kat sini yer. Nasib la my hubby tangan berseni. Kalau suruh mak, nanges bucu meja. Dah la cookies cutter tak ada. Kalau tak boleh main silap mata ajer. hahaha.


 My hubby memang ukir siap-siap kat kentang tu kecuali yang gambar bintang tu . Yang bintang tu dia lukis atas kertas, dan tekap kat atas kentang. 


Bahan-bahan yang diperlukan :-

Kentang ( boleh potong 3 jika besar ) 
Pisau
Cookies Cutter kalau ada

Cara-cara:-

Tekapkan cookies cutter pada kentang dan potong kentang sehingga bentuk cookies cutter tu


Ni kalau guna cookies cutter  [Credit :  Boleh rujuk tutorial ini 


Ni yang my hubby buat. Baru sudah empat cop . Daun, bintang, simbol marah anime (cross-popping veins) - suka suka hati bagi nama, lantak , hahaha dan  love. 


 simbol marah anime (cross-popping veins), sama kan macam cop tu? hahaha



Yang ni dah siap. Tambahan bunga dan nama . Yang nama tu saja jer my hubby buat. 
Tapi kalau cop terbalik namanya. 


6 ketul cop dari 2 biji kentang . Kalau awal buat my hubby cakap boleh buat belakang depan tapi sebab mula lewat, my hubby buat 6 cop ajer. 


Siap sudah. 

Korang ada pernah buat teknik capan ni untuk anak- anak ?

Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a., katanya: "Rasulullah S.A.W pernah memperhatikan para sahabatnya yang suka berada di saf belakang. Lalu beliau bersabda kepada mereka, "Majulah ke depan dan ikutilah aku supaya orang yang dibelakang mu dapat pula mengikut mu. Memang ada saja orang-orang yang suka di belakang-belakang, sehingga Allah S.W.T. membelakangkan mereka benar-benar."Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0391.

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)