Programmer by day & Lifestyle Bloggger

makhluk tuhan paling gojes atas muka bumi sedang gigih tulis komen. Terima kasih :)

Tuesday, February 28, 2017

Tabung Dana Pembinaan Semula Madrasah Ar-Raudah

Assalamualaikum  dan Salam sejahtera,
Dukacita dimaklumkan,madrasah keluarga sahabat saya telah mengalami kebakaran pada 3 Mei 2016 yang lalu mengakibatkan seluruh madrasah musnah sama sekali akibat litar pintas. Alhamdulilah atas sokongan semua pihak, Madrasah Ar Raudah telah dalam proses pembinaan semula. Namun demikian Madrasah Ar Raudah masih memerlukan sumbangan atau dana untuk melancarkan proses pembinaan semula.

Madrasah Ar-Raudah atau sebelum ini dikenali sebagai Madrasah Raudhatul Ulum terletak di No 307, Batu 16 Air Hitam, Muar Johor.Bangunan madrasah adalah rumah peninggalan Allahyarham Haji Haron bin Haji Yasin yang telah diwakafkan oleh warisnya untuk kegunaan madrasah.

Untuk maklumat lanjut, sebarang pertanyaan dan pengesahan sila hubungi :

Pengetua Madrasah: Ustaz Anwar Hashim +6012 759 8293

Wakil Penyelia & Urus Tadbir: Tuan Zainudin Haron +6019 777 2424



Sumbangan boleh lah disalurkan ke:
Madrasah Riadhul Ulum

Maybank
Akaun Nombor :
551418108490
Alamat:

No 307 Batu 16 Air Hitam
84200 Muar

JOHOR









Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Tuesday, February 21, 2017

Dinner @ Teppanyuko,Sunway Putra Mall , Kuala Lumpur

Kali ni JJCM @ elissmie bersiaran di Kuala Lumpur. Hari tu kitorang attend wedding kawan my hubby kat Hulu Langat dan lajak ke Sentul rumah my Long. Dah lama tak pergi KL sejak dua menjak. So malam tu diorang ajak dinner di Sunway Putra Mall , Kuala Lumpur. Ni kali kedua kitorang sampai sini sejak dah renovate dan tukar nama ni. Dulu makan di Teh Tarik Place. Kali ni kami makan di  Teppanyuko. Pekena makanan Jepun sekali. Sushi tak boleh telan, yang ni kita tengok macam mana. Teppanyuko menyediakan cara masakan jepun yang disebut Teppanyaki.

Teppanyaki (鉄板焼き?, panggangan kuali besi) adalah salah satu cara memasak makanan Jepun di atas kuali besi yang rata (teppan). Selain itu, teppanyaki boleh juga bermaksud kedai makanan Jepun yang menyediakan tempat duduk dengan meja berbentuk kaunter, sedangkan kuali besi digunakan tukang masak untuk memasak makanan. Tebal kuali besi yang dipakai sebagai alat masak antara 0.3 cm hingga 1.5 cm. Di bawah kuali besi terdapat dapur gas dengan pengawal suhu atau saiz api. Masakan yang dimasak di atas teppan, misalnya: steak, okonomiyaki, monjayaki, yakisoba, dan pelbagai jenis dari sayur-sayuran, daging, atau makanan laut.

Bila kami sampai, meja semua dah penuh. So diorang suruh kitorang jalan-jalan kat sekitar tu dulu. Nasib lah tak lapar mana. Tengok ada port bergambar yang best kat situ. Apa lagi kita posing dulu yer. 

Dengan anak-anak dara mak 


Dengan tambahan Mak Long pulak

Ayah long sekali tumpang enterframe

Ok. Dah dapat meja. Posing dalam kedai dulu. Yang join sekali adik Kak Long sekeluarga 
My hubby tak kelihatan sampai sudah sebab tukang amik gambar.hahaha


My princess , Nuha & Nayla


Yang kami order hari tu 


Harga untuk single set


Yang ni untuk set Combo. Boleh pilih untuk campur-campur. 


Lagi set combo


Pilihan minuman


Boleh tengok chef masak depan mata

 

Yang saya order Combo Teppanyaki Cuttle Fish + Lamb RM 32.90



Pertama kali makan pakai chopstick katanya..


 Sedap ke?



Haruslah, licin pinggan suami isteri.Pinggan jer enterframe. haha
Saya suka sebab ada nasi, sayur dan protein. Nora bagi 4/5 bintang.

Korang suka makan Teppanyaki ? 

Teppanyuko ,  Sunway Putra Mall , Kuala Lumpur
Lot 4-91, Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur

Ingatlah kepadaKu niscaya Aku ingat kepada kalian. (Qs. Al-Baqarah 152)

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Monday, February 20, 2017

Resepi Ikan Celup Tepung, Abuk-abuk dan Cek Mek Oh Cek Mek

Lama dah tak main masak-masak dalam blog ni kan. Maklumlah blog macam-macam ada ni. Ikut mana sempat jer saya nak update apa. So hari ni Jom Masak @ elissmie nak share resepi yang korang boleh google ajer tapi jadi dengan tak jadi jer lah. hahaha. Yang ni saya buat confirm menjadi dan sedap kat anak tekak saya , my hubby dan anak-anak. So saya share kat sini untuk guidelines saya kalau nak buat lain kali . 

Weekend hari tu,  kalau follow IG saya [elissmie]  mesti nampak ada 2 masakan yang saya kongsikan iaitu  Ikan Celup Tepung dan Kuih  Abuk-abuk . Resepi pertama, Ikan Celup Tepung la. Tak Terengganu lah kalau resepi ikan celup tepung pun tak reti nak buat. Ok. Memang tak reti. Sebelum ni memang tak pernah buat sendiri. Terus la telefon my ma tanyakan resepi . Telefon di hujung jari. Google memang banyak tapi yang ni yang saya makan dari kecik kan. So memang sedap untuk citarasa saya. 

Resepi Ikan Celup Tepung



2 cawan tepung beras ( 7-8 ekor ikan sederhana) 
1 biji telur
1 sudu kunyit
1 sudu air kapur
2 sudu garam
Air secukupnya ( Yang ni main agak-agak . Kalau bancuhan tu melekat kat sudu, maknanya dah ok la tu, kalau tercair tambah tepung beras balik )

Cara-cara: 

Masukkan telur, kunyit dan garam di dalam tepung beras. Masukkan air. Bila dah sebati masukkan air kapur. Air kapur membuatkan adunan jadi berwarna merah. Jangan terkejut pulak.  Lepas tu celup la ikan, dah melekat elok tu kira lepas lah tu. Goreng dengan api yang sederhana. Sos kerepok lekor pulak buat cicah. [ Resepi kat entry ini

Yang kedua pulak Resepi Abuk - Abuk. Biasanya saya beli ajer kuih ni yang ada di jual kat kawasan rumah saya tapi dah lama makcik tu tak letak kuih tu. Bila saya google, tak la susah mana nak membuatnya. Kebetulan Ad pulak ada bagi daun pisang, memang sesuai sangat la kuih tu. 

 Resepi Abuk-abuk



2 cawan sagu
1 cawan kelapa
2 sudu garam
Gula melaka secukupnya
Daun pisang yang dilayurkan 

Cara-cara :-

Rendam sagu sampai kembang dan toskan airnya. Lepas tu gaul sagu tersebut dengan kelapa parut yang dicampur dengan garam. Hiriskan gula melaka. Bentukkan kon dengan daun pisang, lapisan pertama masukkan sagu yang digaul kelapa tadi , kemudian masukkan gula melaka dan tutupkan dengan sagu yang digaul kelapa tadi sekali lagi. Kemudian kukuskan lebih kurang 15 minit. 

Dan resepi terakhir, adalah Cek Mek Oh Cek Mek. Sebenarnya kat kafe ofiz ni ada jer jual kuih Cek Mek . Tapi dah berapa bulan dia tak hantar Cek Mek ni kat kafe ni. Memang sedap Cek Mek dia dan sampai beberapa kali percubaan pun masih tak dapat rasa Cek Mek yang saya nak tu. Tak tahu la kat mana silapnya. Cek Mek dia garing kat luar dan sedap ajer.Memang terasa ubinya. Rahsia garing tu yang saya tak dapat rungkaikan lagi sampai sekarang. hahaha. Kot sapa tahu, boleh la share yer. 

Resepi Cek Mek




4 biji keledek 
Tepung gandum secukupnya
Gula

Cara-cara : 

Rebus keledek sehingga empuk. Toskan airnya. Kemudian, lenyek keledek tersebut. Masukkan gandum sedikit demi sedikit . Jangan banyak sangat nanti keras pulak. Bila dah boleh uli kiranya, dah tak perlu tambah gandum lagi. Bentukkan , dan masukkan gula satu sudu. Dan tutup kembali adunan. Sedia untuk digoreng.

Memasak itu mudah nak menyeronokkan bukan ? Selamat mencuba !! #jommasakelissmie

"Jika kalian bersyukur maka akan Aku tambahkan nikmatKu untuk kalian." (Qs. Ibrahim 7)

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Friday, February 17, 2017

Promosi Coway Serendah RM 95 Sebulan



Adakah anda mengalami masalah dibawah?

1. Penat menunggu panaskan air time nak buat susu anak atau air Kopi ‘O' Panas kegemaran suami?
2. Balik dari joging, konon nak legakan tekak dengan minum air sejuk, bukak peti ais, tuu diaa! botol kosong jek tinggal.
3. Nasi di rumah cepat BASI sebab masak gunakan air kotor.
4. Dah ada penapis air jenama lain di rumah, tapi tak tau nak cari siapa untuk servis dan tukar filter. Telefon salesman pulak, tak jawap dah.
5. Simpan air dalam botol-botol untuk tujuan emergency, tak sampai 3 hari, air pada mulanya "agak" Jernih bertukar terus jadi kuning dan berkeladak.

Tak perlu risau lagi, teruskan pembacaan untuk menyelesaikan masalah di atas.

Penapis Air Coway NEO

PANGGILAN TERAKHIR PROMOSI JIMAT POKET PENAPIS AIR 3 SUHU

HANYA RM95/BULAN

►►HANYA 3000 unit Sahaja; panggilan terakhir untuk rakyat Malaysia yang mahukan air bersih bermineral dengan servis dan Jaminan selama 5 tahun serendah RM3.20/hari (alah macam RM0.80/seorang/sehari untuk 4 orang isi rumah je tau - air bersih tanpa HAD).

►► Promosi MEGA DEAL ini untuk masa TERHAD bagi model NEO, air bersih bermineral dengan teknologi penapisan Nano Trap yang dipatenkan oleh Coway.

►► 5 Sebab kenapa NEO menjadi pilihan terlaris rakyat Malaysia:

1. HANYA serendah RM95/Bulan untuk miliki penapis air berMINERAL di rumah.

2. PILIHAN 3 suhu (panas, sejuk & suhu bilik) air bertapis tanpa HAD hanya di hujung jari.

3. TEKNOLOGI NanoTrap yang dipatenkan menjamin air yang diminum adalah berkualiti.

4. PAKEJ merangkumi servis dua (2) bulan sekali oleh personnel CODY yang terlatih, penukaran filter berjadual, produk check & sanitation serta JAMINAN penuh selama tempoh sewabeli.

5. HALAL diiktiraf oleh JAKIM untuk penapis air dan juga kesemua filter di dalamnya.

πŸ”΅ Model : NEO
πŸ”΅ Jenis Teknologi : Nano Trap Filter (Mineral)
πŸ”΅ Pilihan Suhu : Panas, Sejuk & Suhu Bilik
πŸ”΅ Harga Asal : RM115/bulan

Penapis Air Coway VILLAEM



 DEPOSIT RM175 SIAP PASANG TERUS

Ciri-Ciri: 
. 4 Suhu Air (Air Panas Berasap | Air Suam | Air Suhu Bilik | Air Sejuk Peti Ais)
.Tangki simpanan 11.3 Liter
. Safety Lock untuk Kanak-Kanak
. Jimat elektrik (ada Smart Sensor)
. Mendapat Sijil HALAL dari Jakim

Apa yang anda akan dapat sebagai Pelanggan jika anda Sewa Beli Coway: 


*PERCUMA* Penghantaran dan Pemasangan. 
*PERCUMA* Servis Sanitasi Setiap 2 Bulan selama 5 Tahun. 
*PERCUMA* Penukaran Filter Berjadual selama 5 Tahun. 
*PERCUMA* Penukaran Alat Ganti selama 5 Tahun. 
*PERCUMA* Khidmat Nasihat. 
*FULL Warranty* Satu Produk
*Tiada Caj Tambahan atau Tersembunyi. 
*Tempahan dan Penghantaran di Seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. 
*Pemasangan dan Servis dibuat oleh Juruteknik terlatih yang bekerja FULL TIME dengan Coway Malaysia tanpa melibatkan 3rd Party. 
*Urusan Sewa Beli juga hanya antara ANDA dan Coway Malaysia tanpa melibatkan Pihak Ketiga (contoh: Aeon Kredit).


Berminat nak tahu lebih lanjut mengenai Penapis Air ni???
PROMOSI terkini??? 

Jom Call atau Whatsapp 

UMMI 017.7686709
UMMI 017.7686709
UMMI 017.7686709


* This is sticky note advertorial entry. Sila skroll kebawah untuk entry yang terbaru  :) Advertise here

p/s:

Ada tak sesiapa berminat nak mengiklankan blog peribadi  atau blog bisnes serendah RM 50 setahun disidebar ? Terendah dipasaran. Tak dapat kat belog lain punya . Kalau beriklan  setahun keatas, korang akan dapat satu write ups yang bernilai RM100 secara PERCUMA.Tiada Banner? Boleh saya designkan  sekali siap animation seperti contoh kat sini atau sidebar.

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Thursday, February 16, 2017

Dim Sum Buffet Westside Bistro Shah Alam Convention Centre (SACC), Malaysia

Hari ni kita JJCM @ elissmie. Memang selain masakan western dan semestinya melayu, masakan cina paling in dengan tekak saya. Kali ni pakatan hari lahir sempena birthday Ad, dia bawak kami pergi makan Dim Sum kat  Westside Bistro Shah Alam Convention Centre (SACC), Malaysia. Saya memang dah lama mencari Dim Sum yang sedap tapi tak jumpa lagi. Dulu makan kat Restoren Mohd Chan , sedap jugak tapi dah lama tak pergi. Ni Ad beli promosi kat groupon . 


Ruang makan Westside Bistro. Masa kami sampai tu memang tak ada orang, kami jer. Kami pergi hari Jumaat. Tempat dia memang besar tu jer. 


Sebelum makan kita posing dulu 


Ad, Kak Ema dan Ida


Tuan tanah kedaung dengan Kak Ema


Jemput tengok. Belasah jer guna chopstick janji masuk mulut . Tq Ad belanja kami makan 
Dim Sum :) 


Mula-mula waitress datang bagi list menu Dim Sum untuk kitorang pilih. Boleh pesan 10 jenis dim sum satu masa .Satu set tu ada 2 ketul jer. Dia bukan buffet sangat sebab bila kita order baru dia buat. Dah la dapur dia berpisah dari tempat serve. Memang lambat jugak la dapat makan. Nasib la ada disediakan side dish selain Dim Sum semata-mata. Yang saya duk ulang Chilled sea coconut with longan. Sedapnya sejuk-sejuk. 


Kami pilih jenis yang steam dari yang fried sebab yang fried keras sket . Tapi agak mengecewakan juga sebab nampak sangat yang frozen dan bukan freshly made. Dah la masa yang second batch dapat tu siap sejuk lagi sebab tak kukus lama. Lepas tu kami cakap kat diorang suruh kukuskan bagi lama sket baru ok nak makan.


Bagi nak lepaskan mengidam boleh la, tapi nak sedap saya tak recommend. Lagi sedap Dim Sum yang jual tepi jalan kat rumah saya tu. Din Sum. Lama tak buka Din Sum tu. 

Menu

Steamed dim sum

Steamed chicken dumpling
Steamed fish ball dumpling 
Steamed seaweed golden roll
Steamed prawn dumpling
Braised chicken feet with black bean sauce
Steamed barbecue chicken bun
Steamed long bean dumpling
Steamed salted egg dumpling
Steamed button mushroom dumpling

Fried dim sum

Deep fried beancurd roll
Salad prawn
Deep fried Vietnamese rolls
Deep fried beancurd prawn roll
Deep fried wantan dumplings
Thai fish cakes
Deep fried crispy otak-otak roll
Crispy beancurd roll

Porridge and rice

Porridge with fish, chicken, and groundnuts
Salted egg seafood fried rice

Dessert

Chilled almond pudding with longan
Chilled sea coconut with longan
Crispy sesame ball
Mini egg tarts
Mixed fruits
Jasmine tea

Promosi Groupon

Lunch for 1 person for RM45 instead of RM58
Lunch for 2 people for RM85 instead of RM98
Lunch for 4 people for RM160 instead of RM196


Westside Bistro
Shah Alam Convention Centre,
 No 4, Jalan Perbadanan 14/9,
40000 Shah Alam
Call 03-5511 8858


"Janganlah engkau memalingkan muka dan para manusia sebab kesombongan dan janganlah
berjalan di bumi dengan takabbur, sesungguhnya Allah itu tidak suka kepada setiap orang yang
sombong dan membanggakan diri." (Luqman: 18)

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Wednesday, February 15, 2017

Pengalaman Bergelar Pesakit Visual Snow

Tak habis dengan penyakit saya ni. Semoga menghapus dosa-dosa kecil. Nabi Ayub diuji Allah dengan penyakit sopak pun 18 tahun. Apa lah sangat dengan penyakit saya yang baru beberapa bulan ni kan.Penyakit yang saya hidapi ni dinamakan Visual Snow. Pandangan bersalji gitu. Tak payah nak pergi luar negara tengok salji sebab dalam mata pun dah ada salji. Saya perasan penyakit saya ni bermula kerana terlalu lama mengadap komputer masa bahagian saya migrate kepada server baru tempoh hari dan terpaksa mengadap aduan sebanyak beratus-ratus sehari. Bermula dari sakit belakang leher . Lepas tu saya nampak cahaya dalam mata bila saya tutup mata. Berlaku pada sebelah mata sahaja iaitu mata kanan.


Visual snow, visual static, or persistent visual snow is a transitory or persisting medical disorder in which sufferers see snow or television-like static in parts or the whole of their visual fields, constantly in all light conditions, even visible in daylight, darkness and with closed eyelids.
Tak lama lepas tu, mimpi ngeri sedang berlaku pada mata saya. Saya nampak seakan-akan tv tanpa siaran diatas imej yang saya lihat. Atau seakan hujan kena kat cermin depan kereta sebelum kita wipe. Mula-mula saya ingatkan sementara jer. So saya ignore jer. Tapi lepas 3 hari tak silap, saya dah tak sedap hati dah sebab tak hilang-hilang. So saya terus pergi klinik UiTM pada 15/11/2016. Bila doktor cek, doktor cakap fasiliti tak cukup nak cek lagi details dan suruh saya segera jumpa pakar.Doktor cakap mungkin retinal dettachment ( retina koyak). Berdebar nya hoiii. Terus saya call DEMC dan KPJ Klang, dua hospital yang ada pakar ENT terdekat dengan ofiz saya. Alhamdulillah pakar ada di KPJ Klang pagi tu dan saya boleh terus walk in tanpa appointment. Tapi nurse tu cakap bawak teman sebab lepas buat ujian mata tu saya tak boleh drive sebab retina mata akan dibesarkan. Terus call suruh my hubby half day dan amik saya kat hospital. 


Hasil pemeriksaan pertama

Bila sampai, terus saya diberikan ubat titis dalam mata dan rehat lebih kurang setengah jam untuk perbesarkan retina mata . Tujuannya untuk pemeriksaan mata terperinci. Bila nurse datang cek mata saya lebih kurang setengah jam, retina dah besar. Memang mata jadi kelabu gila bila retina diperbesarkan rupanya. Dan lepas 4 jam baru kembali normal retina tu kata nurse tu. hahaha. Patut tak boleh drive. So bermulalah pemeriksaan mata dengan Pakar Mata KPJ. Mula-mula sapu gel atas mata, macam checkup mengandung tu tapi ni atas mata. Lepas tu dia macam scan. Satu lagi mesin macam nak cek mata nak buat spek tu tapi besar lagi macam kat bawah ni hah.


Bila doktor habis periksa. Pening pulak dia sebab hasil pemeriksaan, saya bebas kataraks, glaukoma dan retinal dettachment . Katanya mungkin akan hilang sendiri lepas ni . So dia bagi saya appointment untuk tengok perkembangan seterusnya dan bagi ubat titis jer. So balik dengan perasaan kecewa dan tidak puas hati sebab mesti ada tak kena dengan mata saya . Doktor tolonglah buat sesuatu. hahaha. Memang rasa down sangat sebab doktor tidak membantu kan. Masa mula-mula kena memang rasa stress yang amat sangat. Sebab mata tak kan nak tengok sebelah, mesti dua-dua kan, so memang nampak salji tu seluruh tempat la kan.Bila ko tutup sebelah mata, imej tu ada pulak dalam mata yang tertutup kecuali dalam gelap. Hilang terus tv tiada siaran tu. Tapi masa awal-awal kena , macam buta kalau dalam gelap.




Appointment seterusnya 21/11/2016

Saya pergi lagi jumpa doktor pakar tu untuk kali kedua tapi kali dengan penuh ilmu google di dada. hahaha. Penyakit saya ni sebenarnya hasil saya menggogle ajer . Saya dah cakap siap-siap, saya drive sendiri dan tak ada teman sebab kebetulan my hubby ada kerja hari tu memang tak boleh cuti . So doktor cakap akan test pada sebelah mata ajer. Sebelah mata boleh drive dia kata. Ok baiklah. Sebelum tu saya dah cakap saya dah google dan jumpa penyakit yang sama simptoms dengan saya yang dipanggil Visual Snow. Lepas dah dia cek mata saya lagi sekali, dia pun cakap memang OK. Jawapan yang sama saya terima. Kebetulan hari tu ada sorang lagi pakar mata , dah dua orang duk belek mata saya. Dan sama-sama google penyakit saya. Siapa kata doktor tak boleh google? Kata mereka saya pesakit mereka yang pertama dengan penyakit ni. Interesting to follow up. Lepas tu prescribe ubat kat saya dengan hasil google iaitu Acetazolamide . Saya tengok ubat tu jugak digunakan untuk rawatan epilepsy sekali. Makan dua biji sehari tak bangun sebab mengantuk yang amat . Terus saya stop dan follow up seterusnya saya tak pergi dah. Hahaha. Sekarang hampir 3 bulan saya mengidap penyakit Visual Snow ni dah saya dah tak rasa ianya menggangu dah mata saya. Kiranya dah serasi dan malas nak stress berfikir. Kalau dalam wiki tu memang katanya tak ada treatment lagi. Dan ada yang cakap boleh sembuh dengan urutan tapi saya pun tak tahu nak berurut kat mana . Kang elok mata boleh nampak, gelap gelita pulak sudah. Saya dah join banyak forum visual snow, ada yang dari kanak-kanak lagi kena. Ramai rupanya mengalami nasib yang serupa. 


Siapa ada pengalaman penyakit mata macam saya iaitu Visual Snow? 

“Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang mengugurkan daun-daunnya”.
(HR. Bukhari no. 5660 dan Muslim no. 2571).
Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Tuesday, February 14, 2017

Sejauh mana keberkesanan Sistem Frog VLE ?

Minggu lepas, my Nuha balik sekolah dia cakap cikgu suruh buat assignment kat Frog. Apa mender pulak ni. Mak pun google lah . Rupanya Sistem Frog VLE ( Persekitaran Pembelajaran Maya VLE Frog) . Mak aih. Hangen pulak maknya. Nasib la maknya kerja IT. Yang maknya tak kerja IT macam mana? Kesian kat anak-anak yang terpaksa seiring dengan arus IT. Mana yang tak ada internet kat rumah, nak buat kat mana? Nak angkut anak-anak pergi kedai mamak? Guna apa? Laptop? Kalau tak ada laptop? Dah la tak mobile friendly. Bukan semua orang ada laptop atau PC kat rumah. Kalau smartphones yer saya jamin, semua ada, atleast satu. Data pun bukan free.Semua kena bayar. Bukan semua ibu bapa senang nak ada unlimited mobile data. Ada orang , makan pun boleh terlepas kadang-kadang.

Terus terang saya cakap, saya yang buat assignment anak tu. Nasib lah kan. Dah try kat handphone tak jalan. Lepas dah siap saya print bagi kat anak. Kot cikgu duk menanya kan . Jawapan semua ada dalam buku teks dia. Saya snap gambar siap-siap dan buat latihan untuk dia. Dari hati sakit, dia asyik duk menanya bila nak buat assignment dia. Mula-mula dah la password yang dibagi cikgunya pun salah. Support system pun macam tak jalan ajer kat sistem tu. Dapat la email notifikasi, sampai situ jer la. Tak ada feedback dah. Suruh dia tanya cikgu dia balik, 2-3 hari baru dapat password baru.

Manual kat sistem pun tak berapa nak betul. Lagi sakit hati berganda.Ni saya mudahkan cara-caranya untuk panduan ibu bapa yang nak buat assignment anak tu.haha. Semoga Allah juga permudahkan urusan korang dan saya dunia akhirat.

1 . Mula - mula korang log in kat sini http://1bestarinet.net/?page_id=915#tips

2 . Skrol kebawah sket akan ada Carian Sistem Frog VLE . Pilih sekolah anak korang. Masukkan Negeri, Daerah dan nama sekolah dan tekan butang Search. Klik kat VLE Web Address sekolah masing-masing. Kan sampai sudah tak dapat log in. Siap-siap bookmark VLE Web Address anak korang pada PC atau laptop masing-masing. Lain kali tak perlu nak buat carian dah.



3. Akan ada log in page macam ni. Masukkan username dan password yang dibekalkan oleh guru sekolah . Biasanya Yes ID atau username adalah username@Yes.My . 


4. Dah masuk, klik pada Quick Launch dan klik pada Assignments. 


5. Klik pada Assignment yang ada dan tulis jawapan dalam text box dan tekan butang submit Activity. Lepas tu tekan butang Complete Assignment. Untuk pastikan kita benar-benar dah hantar, tengok pada ruangan Submitted, ada tanda tick. 



 Salah satu assignment dia. Dah la tak boleh nak upload. Nasib boleh masukkan dalam blog dan masukkan link dalam assignment tu . Nasib mak orang IT lagi sekali. Nanges. Kalau anak yang buat, mak buta IT, kesian. 

Saya rasa rata-rata cikgu pun tak setuju dengan sistem ini sebab dah banyak terbeban dengan kerja-kerja bukan hakiki yang lain. Dan untuk luar bandar atau kawasan kampung lagilah saya rasa tak sesuai. Pandangan saya, memang tak wajar sistem ini untuk anak-anak buat dirumah. Saya cadangkan agar disediakan kiosk atau bilik yang ada kemudahan internet disekolah dan akses yang ada kepada sistem Frog VLE sahaja untuk murid-murid buat waktu terluang contohnya waktu rehat atau sementara masuk kelas. Tak pun, print jer handout macam biasa tu.Perkara ini sudah saya usulkan kepada mesyuarat PIBG sekolah anak saya dan harap mendapat perhatian sewajarnya. 
   

Apa pandangan korang tentang keberkesanan Sistem Frog VLE ? Mohon pihak Kementerian Pendidikan mengkaji semula keberkesanan Sistem Frog VLE ini.

"Mereka - orang-orang yang beriman - itu sama menggutamakan orang lain lebih dari dirinya sendiri, meskipun mereka itu sebenarnya adalah dalam kemiskinan."  (al-Hasyr: 9)

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)