Thursday, April 28, 2016

Pertama kali ke AEON Shah Alam, Seksyen 13

Semalam, abang-abang dan kakak-kakak ipar saya telah berangkat ke tanah suci untuk menunaikan umrah. Dah selamat sampai di Madinah dah malam tadi. Doakan mereka mendapat umrah yang mabrurah. Tak sabar nak tunggu giliran saya dan my hubby pula untuk dipilih Allah ke sana. Semoga dipermudahkan urusan kami jua. Isnin lepas, Ad pun telah selamat melahirkan anak yang ketiga. Sobs. 



AEON Shah Alam dah buka Mac hari tu. Biasalah kan. Benda baru maka ramailah orang nak pergi tengok. Saya baru pergi Jumaat lepas. Apa yang ada kat AEON Shah Alam tu? Hari tu tertarik dengan cawangan Perpustakan Raja Tun Uda, Shah Alam. Sekali dah tutup operasi lah pulak. Sadis!
Tempat makan ada banyak lah yang boleh dicuba yang ada kat food court kat level 2 tu antaranya  Ice Bucket, Teh Tarik Place , Boat Noodles ( tak perasan dah memulakan operasi ke belum) dan korang tengok la kat bawah tu.Selain food court ada lagi tempat makan kat Ground Floor. Macam-macam ada The Manhattan Fish Market, Kenny Rogers, Secret Recepi dan banyak lagi korang tengok la kat bawah ni. Layan lah gambar bangunan AEON Shah Alam dari pelbagai view bawah ni. 

Dari bahagian tengah 

Dari  kanan

Dari kiri cepat jalan. hehehe
Parking space memang besar dan luas. Kat dalam bangunan ada juga parking. 

Ni jer satu jer gambar kami kat dalam AEON Shah Alam. Tema musim salji deko kat sini. Tq Rai bawak kami kesini. Lepas ni ke IKEA pulak yer. hahaha. Opss.. Masa hari tu kami ke DAISO ajer lepas makan kat food court. Bestnya lah kalau ada KAISON sekali. Kat bahagian ORGANIC supermarket AEON , Zira cakap ada banyak barang yang murah. Mungkin ada promosi. 


Antara yang ada di AEON Shah Alam. Double click untuk pembesaran berganda

Layout plan . Kalau my hubby mesti tengok Emergency Exit tu dulu



Macam mana nak pergi kat situ? Korang telek lah map ni. Sebenarnya kalau dari tepi Highway Persekutuan tu korang masuk ajer kot celah Petron tu. Kat situ lagi senang nak masuk.Keluar simpang terus AEON Shah Alam.  Silap haribulan kat situ ada traffic light nanti. hehehe

Korang dah pernah sampai ke AEON Shah Alam?


Daripada ibnu Umar RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Tabiat suka meminta-minta menjadi kebiasaan seseorang daripada kamu (umat) sehingga ia menemui Allah di akhirat sedangkan mukanya tidak mempunyai daging (hina)”.

(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Monday, April 25, 2016

Aiskrim Malaysia Choki Choki dan Sumi Jelly, berbaloikah 50 sen ?

Hari ni saya kongsikan kos nak buat Aiskrim Malaysia Aiskrim Malaysia Choki Choki dan Sumi Jelly yang viral hari tu kan. Siap ada resepi sihat lagi . Tapi yang saya buat versi tak berapa nak sihat lah. hahaha. Resepi semua dah tahu rasanya . Ke nak ulang jugak. Ulang lah untuk yang tak pernah buat tu. Tak semua orang ada facebook kan. 

Resepi Aiskrim Malaysia Choki Choki dan Sumi Jelly

Bahan-bahan:- 

1 tin susu pekat
1 tin susu cair
4 tin air kosong ( guna tin susu cair )
Secubit garam
1 bungkus sumi jelly
1 bungkus choki choki

Cara-cara : -
 1. 2 tin susu dicampurkan dengan 1 tin air dan secubit garam ke dalam periuk dan didihkan.
2. Masak air sampai garam hancur
3. Masukkan baki 3 air tin kosong ke dalam periuk. Kacau rata
4. Sumijelly  yang dibelah tadi masukkan dalam plastik ais krim lepas tu tuang adunan tadi dalam plastik ais krim tersebut
5. Choki choki tadi di masukkan ke dalam plastik dan ratakan dengan batang chopstik atau belakang gunting.
** Sebelum tuang kedalam plastik pastikan adunan telah disejukkan seketika. Lepas tu boleh la disimpan didalam peti sejuk untuk dibekukan.



Hari tu ada jugak yang katanya mahal orang jual 50 sen? Betulkah mahal? Korang dah pernah buat sendiri. Jom kita tengok kos yang saya buat hari tu. 

Krimer Sejat RM 3.39 
Krimer Manis RM 3.80
Plastik aiskrim RM 2 ( Ada 50 pcs - Cuma guna 24 lebih kurang RM 1 sahaja ) 
Sumi Jelly RM 1.50 
Choki-choki RM 1.80

24 batang sahaja yang saya dapat untuk 1 plastik sumijelly( 2 pcs jelly sahaja) dan satu plastik Choki-choki (Setengah choki-choki setiap plastik) 

Kos sebatang aiskrim malaysia : RM 11.49 / 24

RM 0. 48 sen !!!  


Tadda... Saya punya saya tak jual, saya makan dengan anak-anak sahaja. Tapi sebab perisa susu, my Nuha tak berapa gemar kecuali my Nayla ajer. Banyaknya mak yang sebat...Abes diet mak. hahaha

Korang dah cuba buat Aiskrim Malaysia Sumijelly atau Choki-choki ? 

p.s:

Kalau nak untung boleh guna brand yang tak berjenama kan tapi kalau nak buat makan sendiri pun kita nak yang sedap-sedap ajer so begitulah dengan tekak pelanggan kita. So pandai pandai lah korang budget, mungkin boleh kurangkan sedikit panjang aiskrim atau cari sumijelly yang murah sedikit tapi yang sedap. 

Kelebihan Bertolak-Ansur Dalam Hal Jual Beli

Daripada Jabir RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Allah memberi rahmat kepada orang yang bermurah hati ketika berjual beli dan ketika meminta haknya”.

(Hadith Riwayat al-Bukhari)


Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Friday, April 22, 2016

Cafe Eat & Repeat, Boat Noodle Malaysian Style, Seksyen 7

Hari ni JJCM @ elissmie ke kafe hipster yang baru memulakan operasi di Seksyen 7, Shah Alam iaitu Cafe Eat & Repeat dengan konsep Boat Noodle Malaysian Style. Saya tak pernah lagi ke Boat Noodle yang style makan mee tu kan tapi kita terjah sini dulu lah yer. Kami tahu pasal kafe ni dari Zul [http://anakperak.com/]. Kami pergi hari jumaat 2 minggu lepas dah ni. Entry throwback lah pulak. Entry mestilah dimulakan dengan wajah pemakan-pemakan sekalian. 


Mak Yong Ad dan Zira

Yatt, empunya belog dan Rai. Amik gambar kepala senget konon bajet boleh nampak kurus. hahaha

Kaunter bayaran. Konsep memang minimalis jer. 


Harga dalam menu semua RM1.90



Mango Juice atau lebih tepat kordial mangga

Close up sket...


Pusingan pertama. Saya makan mee kari dan Pulut Mangga. Pulut mangga sedap. Mee kari pun terasa kari tapi bahan-bahan tak banyak . 



Pusingan kedua. Saya repeat balik Pulut Mangga dan Mee Sup. Sama jugak, sup sangat sedap tapi bahan cuma 2 ketul fishball dan tauge. 



Memang boleh habis sorang 4 mangkuk atau lebih sebab portion dia memang sedikit. 



Harus susun banyak -banyak..



Tu jer bilangan mangkuk untuk semua orang makan 

Pendapat saya, mungkin kena lebihkan sedikit bahan-bahan dalam setiap mangkuk. Pulut mangga tu nipis jer mangga dia, mungkin boleh tebalkan sedikit. Pulut Ok dah banyak tu. Mee sup , kari atau hailam pun sama, dah ok dari segi rasa cuma ciput dari segi bahan. Mungkin agak tidak berbaloi sebab dengan RM 4(2 mangkuk mee kari)  rasanya dah dapat mee kari dengan telur bagai dan kerang dah.Yer lah, baru nak mula meniaga, mesti takut untung dan rugi tapi PERCAYALAH, tak rugi jika lebihkan bahan-bahan sebab orang akan REPEAT datang lagi lain kali. Semoga ada perubahan selepas ini yer :) Semoga bisnes terus maju jaya !! 



Beroperasi dari 11 pagi hingga 10 malam ( Isnin - Ahad) 



Facebook : https://www.facebook.com/pages/Eat-Repeat-Cafe/487129064822145

Berhadapan dengan Nasi Lemak Cinta Sayang Sekyen 7




Korang dah pernah makan ke boat noodle malaysian style ni ?  
Daripada Abdullah bin Amru bin al-As RA katanya, tidaklah Rasulullah SAW seorang yang bersifat keji, dan tidak pernah melakukan perkara-perkara yang keji, Baginda bersabda, “Sesungguhnya di antara orang-orang yang terpilih di antara kamu ialah orang yang paling mulia akhlaknya.”


(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Thursday, April 21, 2016

Aplikasi My Home Button untuk butang home Galaxy Mega tak berfungsi

Dah tiga tahun dah saya pakai Galaxy Mega ni.  Jenama mesin basuh katanya. Sabar jer lah nak..Tahun ni baru dia buat peel. Galaxy Mega saya ni ibarat Nokia juga. Jatuh tak payah cakap lah berapa kali. Nasib tak buat peel pekak macam Nokia. hahaha. Hari tu sekali nak tekan button home, tak boleh pulak dia. Haish..Dah nak kena tukar lah nampaknya telefon baru ni.

Sebelum ni, kalau saya nak pergi home, memang saya tekan butang back tepi butang home atau tekan butang off kat tepi sebelah kanan tu tapi leceh jugak lah. Lama jugak bertahan tu . Tapi yang syoknya my Nayla tak tahu yang telefon tu hidup sebab bila tekan butang home telefon tak menyala. Mesti dia bagi balik telefon kat saya sebab dia ingat bateri dah habis. hahahaha

Sekali , cuba google keluar untuk baiki home button ni, keluar pulak aplikasi My Home Button yang khas buat android yang ada masalah tidak boleh tekan butang home ni. hahaha. Ramai rupanya ada masalah yang sama dengan telefon saya. 

Home button tu lah yang tidak berfungsi



Aplikasi My Home Button. 



My home screen



Nampak tak lembaga warna pink tu. Icon Android tu. Tu la pengganti Home button tu..Korang boleh nak tarik letak kat mana..Atas ke tepi ke bawah ker. Memang dia floating jer.



Bila tekan lambang android tadi, dia akan keluar macam ni dan tekan kat gambar rumah tu untuk ke Home Screen. 



Ni kalau buka facebook. Warna dia boleh customize ikut warna kita suka.Saiz pun boleh tukar . Saiz saya amik yang paling kecil. 


Dari sini pun boleh klik, selain lambang Android tadi tu. 


Korang ada masalah butang home juga ke? 

Daripada ‘Amru bin Syu'aib daripada bapanya, daripada datuknya RA katanya, sabda Rasulullah SAW “Perintahkan (ajarlah) anak-anak kamu menunaikan sembahyang ketika mereka berumur tujuh tahun dan rotankan ketika mereka berumur sepuluh tahun dan asingkan tempat tidur mereka”.


Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Monday, April 18, 2016

Macam mana nak BERJAYA KURUS dengan Leptos dan Qufast?

Kalau tips nak kurus memang cepat jer klik laju-laju kan? Kita kurus bukan untuk cantik sahaja tapi untuk elak dari penyakit pun satu hal jugak.Nak buat ibadah pun senang malah amanah kita terhadap tubuh badan kita. Tapi kalau nak BERJAYA KURUS memang kena ada ilmu juga. Telan lah berbotol-botol ubat kurus Leptos dan Qufast pun , kalau tak tahu teknik dan cara mereput lah kat situ gemuk. Lariksss..

Macam mana nak  BERJAYA KURUS dengan Leptos dan Qufast?  

1. Tetapkan target, berapa kilogram yang korang mahu turun ? Benda pertama yang wajib ada mestilah mesin penimbang . Timbang dulu berat terkini korang. Contohnya berat korang 90  KG. Target untuk korang nak mestilah berat yang ideal kan iaitu BMI yang normal. 




Berat Asal..


Berat Idaman..

Total kilogram yang ingin dikurangkan : 27 KG


2. Banyak minum air kosong ( 0 Kalori kot) Kalau jenisbercinta nak minum air masak, boleh cuba air detox ni ( Lemon + Pudina) .Rasa masam-masam mint gitu la..Satu bekas ni 500 ml tapi bila masuk bahan-bahan ni separuh jer lah airnya iaitu 250ml..So saya kena minum 12 kali botol tupperware ni iaitu 3 liter sehari.  Jangan minum air berlebihan pulak http://kevinzahri.com/health-fitness/kesan-minum-air-berlebihan

Kiraan air yang diperlukan : Berat / 25 KG ( teknik 1)


Berat darabkan dengan 40  + 50  ( teknik 2) 


3. Belajar kira KALORI . Sebenarnya ada banyak jenis diet yang korang boleh guna tapi saya rasa Diet Kalori yang paling efektif untuk rakyat Malaysia yang suka makan nasi ni. So korang kena tahu nilai kalori makanan yang korang makan. 



Macam mana  kiraan untuk turun berat badan target 1 KG seminggu dengan LEPTOS dan QUFAST? 

Untuk turun 1 KG = 7700 kalori perlu dinyahkan seminggu bersamaan 1100 kcal sehari

Kenapa cuma sekilogram seminggu? Korang nak bina lemak berpuluh-puluh tahun, takkan dalam sekelip mata korang nak turun berat yang korang simpan tu, memang tidak mustahil tapi dengan cara yang tidak sihat.

Turun berat 0-1kg / 1 minggu = lebih 50% hilang adalah lemak* (Untung)
Turun berat 1kg / 1 minggu = 50% lemak, 50% otot
Turun berat lebih 1kg / 1 minggu = lebih 50% hilang adalah otot (Rugi)


BMR = Basal Metabolic Rate

DCR = Purata Kalori Yang Diperlukan Sehari 

*Jika melalui pemakanan sahaja tanpa senaman setiap hari kita hanya boleh makan sebanyak :
= 1885 - 1100
= 785 kcal dan ianya rendah dari BMR dan adalah tidak elok dan merendahkan metabolisma tubuh
diet ini memang susah.



*Jika Dengan Qufast / Leptos kadar aktiviti ibarat bersenam setiap hari  :

Cadangan mengikut kesesuaian korang.

Diet 100 kcal +  1000 kcal  ( 10 bji Qufast/ Leptos sehari) = 1100Kcal  

Diet 110 kcal +  900 kcal  ( 9 bji Qufast/ Leptos sehari) = 1100Kcal  

Diet 500 kcal +  600 kcal  ( 6 bji Qufast/ Leptos sehari) = 1100Kcal  

Diet 800 kcal  + 300 kcal (3 biji  Qufast/ Leptos sehari )  = 1100Kcal 

Diet 500 kcal  + 600 kcal (6 biji  Qufast/ Leptos sehari )  = 1100Kcal 

Diet 500 kcal + senaman 500 kcal + 100 kcal (1 biji  Qufast/ Leptos sehari )  = 1100Kcal 

Maknanya korang boleh makan : DCR - Diet 

So korang hanya boleh makan kurang dari jumlah DCR - Diet   . Seeloknya rekod makanan yang korang ambil setiap hari. 

2710 - 100 = Tidak lebih 2610 kcal yang boleh dimakan sehari  (tidak rendah dari BMR) 

2710 - 110 = Tidak lebih 2600 kcal yang boleh dimakan sehari  (tidak rendah dari BMR) 

2710 - 800 =  Tidak lebih 1910 kcal yang boleh dimakan sehari (tidak rendah dari BMR) 

2710-500 =  Tidak lebih 2210 kcal yang boleh dimakan sehari (tidak rendah dari BMR) 


Kalau mengikut kiraan ini, dalam masa lebih kurang 6 bulan lebih akan mencapat target 63 KG iaitu pengurangan sebanyak 27 KG . 



Lepas mendapat berat idaman  jangan makan melebihi purata kalori yang korang diperlukan pulak atau nak makan lebih kena tambah senaman lah pulak yer :) 


3. Apa itu Qufast dan Leptos ? 

1.  Macam mana bentuk dan rasa dia?
Ia berbentuk tablet untuk dikunyah. Rasanya masam-masam limau nipis dan sangat sedap untuk dikunyah.

2.  Cara Pengambilan?

Kunyah jer. Pastu minum air.
Kunyah sebelum makan di sesi waktu makan yang berlebihan
Minimum 3 biji sehari sekali kunyah.
Maksimum 10 biji sehari. 

3.     Berapa lama tahan sebotol?

1 botol ada 90 biji. Untuk pengurangan berat badan biasa, 3 biji sehari. So tahan sebulan untuk 1 botol Leptos/Qufast.

4.     Berapakah umur yang ditetapkan untuk pengambilan?
12 tahun ke atas atas ketahanan badan seseorang.

5.     Boleh tak diambil bersama produk lain?
Memang tiada masalah dengan ubat lain. Biasanya pengambilan produk lain atau ubat hospital jarakkan pengambilan selama 2 jam. Lagipun ia dari bahan-bahan natural dan tidak memudaratkan.

6.     Ibu menyusu boleh ambil tak?
Boleh dan tidak mengeringkan susu. Kandungan Leptos/Qufast adalah semulajadi, no additiveis added.

7.     Wanita mengandung boleh ambil Leptos?
Tidak disarankan.Bersabarlah. Ambil semasa pantang nanti.

8. Boleh tak ambil Leptos waktu datang bulan?
Boleh. Tiada masalah.

9. Bilakah saya dapat melihat kesannya?

Ia berbeza bagi setiap individu bergantung kepada faktor umur, pemakanan dan juga tahap metabolism seseorang. Mengikut testimoni kami, kesan penurunan dapat dilihat dalam masa 7-10 hari. Sebotol Leptos boleh target 2 -5 kg penurunan berat badan bergantung pada berat dan jenis kegemukan seseorang.

10. Adakah terdapat kesan sampingan?

Tiada sebarang kesan sampingan yang memudaratkan.
Cepat kenyang
Lambat lapar
Berpeluh sebab bakar kalori dlm badan
Tingkatkan metabolisma
Dalam masa 3-4 hari pertama anda akan membuang dan bila basuh akan rasa kesan minyak lemak yang dibuang. Hasil buangan kemungkinan berwarna hijau hasil dari pembersihan usus dan klorofil yang mencuci usus.Ada juga yang tiada kesan ini.Bergantung kepada individu. Tetapi ia akan normal setelah proses pembersihan berlaku. Disarankan minum air yang mencukupi.Mengikut testimoni setakat ini tiada pening atau cirit birit berlaku. Ia adalah pelawasan normal sahaja.

11. Adakah perlu diambil secara berterusan?

Leptos/Qufast iniadalah produk cairan dan penyingkiran lemak. Sekiranya telah mencapai berat idea atau ukur lilit ideal (sebab produk ni akan fitkan badan juga), anda boleh BERHENTI bila-bila masa. Kita juga tidak mahu anda bergantung kepada produk sampai bila-bila.Tapi jika serasi dan nak teruskan sebagai supplement harian pun boleh bagi mengekalkan berat badan.

Leptos/Qufast berfungsi sebagai pembakar lemak  dengan kandungan L-Carnitine didalam nya. Ia tidak berada kekal di dalam badan. Jadi, sekiranya anda dah mencapai berat badan ideal tetapi anda terus makan makanan menambah lemak dan tiada bahan pembakar lemak di dalam badan andakegemukan akan berlaku juga. Kalori masuk sahaja tapi tak bakar lama kelaman agak gemuk .Cuma tiada proses compress lemak  dengan Leptos/Qufast. Efek berhenti dan naik berganda itu tak akan terjadi. Lagipun bila perut mengecil, usus bersi dan nafsu makan anda dapat diatasi dan anda boleh menjalankan kehidupan secara sihat.


12. Pesakit kencinmanis/darah tinggi boleh ambil tak?

Boleh dan sangat digalakkan. Sebab Leptos/Qufast mempunyai 0 kalori (ZERO). Tidak memudaratkan pesakit kencing manis dan juga darah tinggi.

Tambahan Guarana dalam Qufast dapat merendahkan kolesterol dan asid lemak. Guarana boleh menguatkan dinding saluran darah, menghalang antherosclerosis, membersihkan ketumpatan darah, membaiki tekanan darah, mengimbangkan glukosa dan mencegahkan penyakti kencing manis. Pengimbangan glukosa sgt bagus untuk pesakit kencing manis

Bagi Qufast pula… percentage kandungan Guarana lebih di dalamnya berbanding Leptos. Ia bagus untuk kesihatan dan tenaga Lelaki. Jika dimakan pada waktu malam, ia dapat menguatkan nafsu seks.

13. Pengidap KANSER boleh ambil Leptos/Qufast?
Boleh.

14. Pesakit apa yang tak boleh ambil?
Jantung.L-Carnitine adalah pembakar lemak dan akan membuatkan jantung kita berdegup kencang dan mengepam  dengan lebih pantas untuk proses pembakaran lemak. Pesakit Jantung tidak disarankan kerana proses ini mungkin akan memudaratkan mereka.

15. Pesakit gastrik boleh ambil?
Boleh. Tapi ambil selepas waktu makan dan ambil pada waktu makan tengah hari atau makan malam. Elak ambil pagi.

16. Bagaimana Leptos/Qufast bertindak?
Anda boleh rujukkepada khasiat setiap bahan di soalan No 1.

17. Dimanakah tempat simpanan yang paling sesuai untuk ETC?
Di suhu bilik.

18. Siapakah pengeluar produk Eliss?

Produk ELISS dikeluarkan dan di pasarkan oleh Excellent Commerce Enterprise sebuah syarikat dari Ampang, Selangor yang sudah beroperasi selama 9 tahun dan berpengalaman selama 3 tahun dalam jualan produk kesihatan dan kecantikkan. Dimiliki oleh Melayu bumiputera. Syarikat ini amat mementingkan produk yang berkualiti, suci dan berkesan. Bukan sahaja keuntungan yang di cari, juga keberkatan dalam perniagaan.

Testimoni Qufast dan Leptos







Macam mana nak buat pembelian Qufast dan Leptos ni ?

Boleh berhubung terus dengan Kak Jeng

Whatsapp 0122052091

atau boleh membuat pembelian secara dalam talian
 



http://secretofviruspadu.shoppy.my/


* This is sticky note advertorial entry. Sila skroll kebawah untuk entry yang terbaru  :) Advertise here? 

p/s:

Ada tak sesiapa berminat nak mengiklankan blog peribadi  atau blog bisnes serendah RM 50 setahun disidebar ? Terendah dipasaran. Tak dapat kat belog lain punya . 
Kalau beriklan  setahun keatas, korang akan dapat satu write ups yang bernilai RM100 secara PERCUMA.
Tiada Banner? Boleh saya designkan  sekali siap animation seperti contoh kat sini atau sidebar.

kalkulator kalori - http://sususejat.com/cal/cal-web.htm#featured
sumber rujukan - http://sususejat.com/bacaan-wajib/ringkasan-diet/kira BMI - http://www.malaysiatercinta.com/2015/05/kalkulator-dan-formula-bmi-body-mass.html


Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Wednesday, April 13, 2016

Borong Cadar Quilt Patchwork di GM Klang

Entry makcik-makcik sangat hari ni. Selain hobi mengumpul tupperware yang makcik-makcik sangat tu, saya suka juga mengumpul cadar. Tapi hari tu masa farewell staf kontrak kat ofiz, kitorang bagi Cadar Quilt Patchwork untuk hadiah perpisahan. Masa tu teringin jugak sebab kalau nak murah kena beli borong katanya. Yer lah, tak pernah ada lagi kan. Biasa orang jual online dalam RM100++ tapi kalau beli borong murah lah dapatnya. Harga tak boleh nak reveal lah kan, kesian orang nak meniaga online tu . 




Akhirnya kami ke GM Klang jugak sebab dah cukup kuota nak beli borong iaitu 6 set. hahaha. Saya pergi dengan Bai dan Ad. Tq Bai bawa kami kesini. Ni kedai yang kami singgah 4F 187. Memang banyak gila  Cadar Quilt Patchwork ni dan banyak kedai jugak la kami masuk. Memang kena pandai tawar menawar jugak la sebab diorang macam dah berpakat jer sesama penjual untuk jual harga yang sama. Akhirnya dapat harga yang kami nak. 


Harga sebelum harga borong, agak murah dah sebenarnya.Harga ni untuk Cadar 3 pcs (1 cadar 2 sarung bantal) Tapi nak pergi ke situ yang satu hal . Tapi awas, ada yang bukan 100% cotton. Yang tu memang lagi murah.   


Sekarang bantal tu pulak diorang duk jual . Menarik jugak kan. Tapi memang duit ngam-ngam nak beli Cadar Quilt Patchwork tu jer. hahaha


Banyak design yang ada.. Boleh rambang mata tau...So tips saya korang google la dulu yang cantik-cantik sebelum pergi dan tunjuk jer yang mana korang nak. Saya memang dah google tapi bila pergi tak berkenan pulak yang saya google tu. hahaha
Sumber : http://mytrade-shoppe.blogspot.my/p/cadar-cotton-murah.html


Tadda...yang ni menjadi pilihan saya. Dah rasmi dah pun. Saya beli tambahan sarung bantal, baru seragam tidur 3 orang. Bila la masa sorang lagi ni nak sub ke bilik sebelah ni. hahaha. Yang best pasal cadar ni sebab sejuk dan tak bergerak cadarnya, so senang nak kemas cadar pagi-pagi. Lalings, kita beli satu set lagi yer..hahahaa..lariksss...Oh, katil saya King Size tapi ok jer guna cadar ni labuhnya tu. Kalau katil queen mungkin lagi labuh lah yer..

Korang dah ada Cadar Quilt Patchwork? 


Perintah Anak Solat
Daripada ‘Amru bin Syu'aib daripada bapanya, daripada datuknya RA katanya, sabda Rasulullah SAW “Perintahkan (ajarlah) anak-anak kamu menunaikan sembahyang ketika mereka berumur tujuh tahun dan rotankan ketika mereka berumur sepuluh tahun dan asingkan tempat tidur mereka”.

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)