Monday, April 25, 2016

Aiskrim Malaysia Choki Choki dan Sumi Jelly, berbaloikah 50 sen ?

Hari ni saya kongsikan kos nak buat Aiskrim Malaysia Aiskrim Malaysia Choki Choki dan Sumi Jelly yang viral hari tu kan. Siap ada resepi sihat lagi . Tapi yang saya buat versi tak berapa nak sihat lah. hahaha. Resepi semua dah tahu rasanya . Ke nak ulang jugak. Ulang lah untuk yang tak pernah buat tu. Tak semua orang ada facebook kan. 

Resepi Aiskrim Malaysia Choki Choki dan Sumi Jelly

Bahan-bahan:- 

1 tin susu pekat
1 tin susu cair
4 tin air kosong ( guna tin susu cair )
Secubit garam
1 bungkus sumi jelly
1 bungkus choki choki

Cara-cara : -
 1. 2 tin susu dicampurkan dengan 1 tin air dan secubit garam ke dalam periuk dan didihkan.
2. Masak air sampai garam hancur
3. Masukkan baki 3 air tin kosong ke dalam periuk. Kacau rata
4. Sumijelly  yang dibelah tadi masukkan dalam plastik ais krim lepas tu tuang adunan tadi dalam plastik ais krim tersebut
5. Choki choki tadi di masukkan ke dalam plastik dan ratakan dengan batang chopstik atau belakang gunting.
** Sebelum tuang kedalam plastik pastikan adunan telah disejukkan seketika. Lepas tu boleh la disimpan didalam peti sejuk untuk dibekukan.



Hari tu ada jugak yang katanya mahal orang jual 50 sen? Betulkah mahal? Korang dah pernah buat sendiri. Jom kita tengok kos yang saya buat hari tu. 

Krimer Sejat RM 3.39 
Krimer Manis RM 3.80
Plastik aiskrim RM 2 ( Ada 50 pcs - Cuma guna 24 lebih kurang RM 1 sahaja ) 
Sumi Jelly RM 1.50 
Choki-choki RM 1.80

24 batang sahaja yang saya dapat untuk 1 plastik sumijelly( 2 pcs jelly sahaja) dan satu plastik Choki-choki (Setengah choki-choki setiap plastik) 

Kos sebatang aiskrim malaysia : RM 11.49 / 24

RM 0. 48 sen !!!  


Tadda... Saya punya saya tak jual, saya makan dengan anak-anak sahaja. Tapi sebab perisa susu, my Nuha tak berapa gemar kecuali my Nayla ajer. Banyaknya mak yang sebat...Abes diet mak. hahaha

Korang dah cuba buat Aiskrim Malaysia Sumijelly atau Choki-choki ? 

p.s:

Kalau nak untung boleh guna brand yang tak berjenama kan tapi kalau nak buat makan sendiri pun kita nak yang sedap-sedap ajer so begitulah dengan tekak pelanggan kita. So pandai pandai lah korang budget, mungkin boleh kurangkan sedikit panjang aiskrim atau cari sumijelly yang murah sedikit tapi yang sedap. 

Kelebihan Bertolak-Ansur Dalam Hal Jual Beli

Daripada Jabir RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Allah memberi rahmat kepada orang yang bermurah hati ketika berjual beli dan ketika meminta haknya”.

(Hadith Riwayat al-Bukhari)


13 Comments:

  1. mahal jugak kosnya.

    aku bukak blog baru marilah.. hahhaa..

    aidashareshere.blogspot.my

    ReplyDelete
  2. Hmmmm ok la juga yg ni kalu jual 50sen, eliss.kat skola anak2 dijual nyer 50 sen eskrem mesia ni perisa biasa ~ sirap, anggur, oren.
    lagi haruuuu!!!

    ReplyDelete
  3. Sy pon dh try buat utk jualan..50sen jew..sja jual suka2 jee pon..yg pnting mmg byk yg request aiskrim ni..sy buat pelbagai jnis perisa..

    ReplyDelete
  4. Ada tak kedai2 yg nk terima aiskrim msia ni? Sy tengah mencari tempat utk pasarkan..area kl..klu ada contact sy 0132170620..trm kasih

    ReplyDelete
  5. Kos utk sbatang 0.48 tuk kos basah shj..kos letrik..kos penat lelah tk kira lgi tu...so nk jual berapa?.takan nk jual 050 sen kut..agak2 la..klu 1 rm ke 1.50 rm..kira ok la tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah saya jual pun rm1. Tak peduli org ckp apa tenaga kita semua belum kira.

      Delete
  6. sy jual 50sen..semua bahan origanal...resepi pown origanal sy jual untuk kebahagiaan anak2 taman perumhn sy kbnyakn yg mmg jual rm1.00 di luar ada juga sesetengah peniga tambah air n sukatan susu berbeza n menggunakan bahan spt choki murah n oreo lambak mmg brbalaoi lah 50 sen...

    ReplyDelete
  7. hmmmm yuummmmyyyy :D
    bisa dicoba nanti :D

    ReplyDelete
  8. Sy pun jual.....hihihi sy pernah buat gune yg x berape Sgt jenama ya,tapi
    Hati Sy x berape gembire sbb rase mcm menipu plk...ye lah org suke aiskrim kite....mungkin mase kite buat tu ikhlas ,seronok.tapi kalau dah .Tipu ..kite sendiri yg rase bersalah....dunia ni lepas la akhirat nanti semua Kenna soal....betul x....seronok berniaga . Walaupun cume aiskrim Malaysia

    ReplyDelete
  9. Sy pun jual ais krim ni.. Alhamdullilah rezeki ank2.. Tp sy jual rm 1 sbb sy mnmg guna bahan2 yg berjenama.. Sbb sy nak jaga kualiti ais krim sy.. Walupun rm 1 tp ramai sambutan.. Sy juga bertolak ansur dlm berniaga. Andai ada yg x mampu nk beli sy akan sedekah ikut kemampuan sy.. Dh setahun sy niaga alhamdullilah rezeki sy x pernah putus.. Niaga bkn niat nk untung banyak tp dpt puaskan hati yg membeli juga 1 kepuasan buat sy..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau jual RM1, aiskrim buat panjang mana ye? Nk try jgk jual. Tp xtaw nk bajet.

      Delete
  10. Terima kasih .kami sekeluarga sangat suka aiskrim ni,kami keli dalam kuantiti yang banyak,baru sekarang saya nak cuba buat sendiri.Nanti saya share ya,bila dah jadi buat aiskrim ni.Alhamdulillah🥰

    ReplyDelete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)