Thursday, March 31, 2016

Restoran Arang Ikan Bakar, Seksyen 7, Shah Alam

Assalamualaikum. Dah lama tak JJCM @ elissmie.com ni kan. Hari ni kembali bersiaran, entry tertunggak kekdahnya. Layankan jer lah. Dah time banyak kerja gini lah, kang dah habis kerja melangut ajer.Kejadian ni beberapa minggu lepas, masa tu Cinta Bersulam Rindu kena masuk workshop kejap sebab aircond tak berfungsi. Lepas hantar kereta kat workshop, kitorang pergi lunch. Kedai ni berhadapan dengan kawasan workshop area ICT, Seksyen 7 tu. Senang cerita sebelah highway depan AEON Bukit Raja, Klang tu. 

Sebenarnya , masa hantar WRB kat workshop tahun lepas ada perasan restoren ni . Tapi tak pernah pergi lagi lah lepas tu. So tahun ni baru nak pergi tu pun last minute plan lah. Katanya ikan segar  dari jeti yang dimasak menggunakan arang. Masa kami sampai tu ikan semua dah sejuk. Katanya boleh bakar balik kalau nak panas. Tapi tak perlah, dah lapar sangat malas pulak nak tunggu. Mungkin lepas ni pihak restoren boleh letak ikan tu dalam bekas tahan panas kan, barulah sedap makan ikan panas-panas kan. 

Kat sini boleh pilih samada nak makan ala carte atau set. So kami pilih yang set. Semua lain-lain harga. Sebelum tengok buku menu, korang tatap dulu la muka pemakan. Perginya 3 orang , satu lagi tak tersnap.Sorry Bai...hehehe


Mak buyung yang dah tunggu masa nak bersalin. Sobss..Lepas ni tak ada geng makan kat ofiz, kena menumpang kasih dengan Rai dan Zira lah nampaknya. hahaha

Haruslah wajah mak empunya blog sebesar talam tu 

Saya makan set yang ini. RM 14.90 

Ulam ulaman tu kena caj lagi tak silap 0.30 ¢ - 0.50 ¢ seikat bergantung kepada jenis ulam. 


Ikan pari dia keras sket mungkin sebab dah sejuk kan tapi rasa dia boleh tahan.


Air Sirap dan Air suam percuma . Nasi tambah jugak percuma . 

Ada banyak pilihan sambal dan ulam-ulaman 



Set siakap RM19.90


Set Keli, Kembung , Cencaru RM 9.90

Set Ayam percik RM9.90

Nak Ala Carte pun boleh


Kat situ pun ada Kari Kepala Ikan Claypot

Air dengan saiz jumbo kalau tak nak minum air free

Konsep kedai ni memang simple jer la dan layan diri .Lauk memang konsep bakar . Yang ada ulam-ulaman dan asam pedas dan kari kat dalam periuk besar tu jer lauknya.Mungkin lepas ni boleh pelbagaikan lagi lauk untuk makan tengah hari kasi meriah sket kan.  Konsep bakar ni, teringat pulak restoren yang berkubur kerana konsep bakar-bakar ni . huhuhu



Restoran Arang Ikan Bakar Seksyen 7 Shah Alam 
014-337 4014
Alamat: No.49 Jalan Keluli AL7/AL, Pusat Perniagaan Bukit Raja Seksyen 7,
 40000 Shah Alam, Selangor.
 http://goo.gl/maps/uz9ro 
https://www.facebook.com/arang.ikanbakar
https://www.instagram.com/arangikanbakar/

Waktu operasi : 

Jumaat - ahad (9pg - 11mlm)
Selasa - khamis (9pg - 7ptg)
Isnin cuti

Korang suka makan ikan bakar ? 


Mengucapkan 'Bismillah' Ketika Makan

Daripada Aishah RA katanya, “Rasulullah SAW menghadapi hidangan bersama enam orang sahabat Baginda, tiba-tiba datang seorang arab (badwi) lalu makan makanan tersebut dengan dua kali suapan sahaja. Lalu Baginda bersabda, “Sekiranya orang itu membaca Bismillah sebelum ia makan nescaya makanan itu mencukupi untuk semua (ada keberkatannya pada makanan tersebut).”

(Hadith Riwayat at-Tirmizi, katanya hadith hasan sahih)

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Tuesday, March 22, 2016

Entry rojak : Bertukar Jabatan baru , Lampu Ikea, Kuih Belimbing dan Puding Kacang Merah

Hari ni entry rojak sebagai permulaan setelah sekian lama menyepi dari arena berblogging. Sejak bertukar jabatan dan unit baru ni, blog ni dah mati segan hidup tak mahu. Banyak cerita nak update tapi tak tahu nak mula dari mana. Sabar jer lah . Tak sempat sebenarnya. Macam banyak sangat kerja tak habis-habis ni. hahaha

 

Jabatan baru, skop kerja baru dan partition baru. Pc masih lama boz dengan ucapan bila nak bagi workstation.Nasib baik monitor besar besar kepala anak gajah.Ok kecik sket.


Bilik my Nuha yang akhirnya sudah dipasang lampu tidur


Tadda..penantian hampir setahun. hahaha.. CC Naim. Nak beli mentolnya tu sebenarnya punca lampu ni tak pasang-pasang sebab dah 3 kali salah beli mentol. Sekali mak geram, mak bawa pergi hardware dengan lampu dia. RM1.90 jer kot seketul mentol nyer. hahaha. Patut lah salah sebab banyak gila saiz mentol kecil rupanya. 


Ni juadah berbuka puasa semalam. Terliur tengok kawan buat puding kacang merah. Kebetulan my ma ada bagi 2 tin kacang merah hari tu. Resepi lain kali la.Korang google jer lah yer. hahahaha


Ni pulak churros a.k.a kuih belimbing. Ni dah beli piping bag dan nozzle bintang. Puas hati mak sebab dah tak perlu lama-lama kat dapur. hahaha.Tapi nozzle ni agak besar, kalau kecil sket lagi sedap, rangup jer churros nyer.  Resepi kat sini .

Ok sampai sini dulu :) Kalau rajin update lagi. Kalau tak tunggu berhabuk balik. hahaha

Mimpi Melihat Rasulullah SAW

Daripada Abu Hurairah RA lagi katanya bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang bermimpi melihat aku sesungguhnya ia akan melihat aku di waktu jaga atau seolah-olah ia melihat aku semasa jaga, kerana syaitan tidak akan dapat menyerupaiku”. (Syaitan tidak dapat menjelma seperti Baginda Rasulullah SAW).


(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Thursday, March 03, 2016

Baiki Kasut Sekolah Anak Sendiri

Hari ni nak tunjuk cara baiki kasut sekolah anak sendiri. Sebenarnya kasut my Nuha tu tak jejas pun lagi tapi bahagian yang velcro tu jer yang tertanggal so tak melekat lah nak zap kasut dia tu. My hubby cakap, dia ada beli velcro tu, so malam tadi misi menjahit kasut sekolah anak sendiri lah. Velcro ni korang boleh beli kat kedai alat tulis. My hubby beli untuk pameran kat ofiz dia tapi tak jadi nak guna. Dia pun dah tak ingat berapa harganya. 

Mula-mula sediakan velcro mengikut saiz tali kasut anak korang. Yang saya ni sedikit besar, tak ada masalah pun sebab boleh potong lebihan tu. 

Sediakan peralatan menjahit. Tetas dulu velcro yang lama. 

Mulakan menjahit . Jahitan dah ada yang asal tu kan..Follow ajer yang tu. Guna lah benang putih kan nampak pelik pulak kan. 

Akhirnya dah siap. Abaikan jahitan mak dia yang bersepah tu. Janji melekat. hahaha. Jahit tangan dengan penuh kasih sayang gitu. Mampu ? hahaha

 Taddaaa....Dah siap sepasang kasut yang di jahit dengan kasih sayang seorang ibu. hahaha
Selagi boleh jimat kita jimat yer :)

Korang pernah baiki kasut sekolah anak sendiri ?


p/s:

Bertambah lagi tugas seorang supermom, tukang kasut. :)


Kelebihan Solat Sunat Witir

Daripada Ibn Umar RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Jadikanlah sembahyang witir sebagai sembahyang terakhir bagi kamu pada waktu malam”.


(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)