Wednesday, January 06, 2016

Hari Pertama Persekolahan Tahun 2 dan Tragedi Januari

Sebelum tu nak mengadu domba dulu.hahaha.Semalam hari kedua persekolahan terbangun lambat sebab handphone tak der kat sebelah so tak bunyi la jam. Patut la rasa macam dah puas sangat tidur. Terkejut bangun tengok jam kat dinding. Nasib baik tak perlu hantar my Nuha ke sekolah yang sepatutnya rutin baru .Ker dah cancel sayang?hehehe.Sampai ofiz pulak, bumper Cik Vina pulak terkena kat selekoh parking bertingkat. Tragedi Januari sungguh la ni. hahaha. Abes la RM100 semalam untuk ikat balik bumper yang tercabut tu. Hari ni bangun awal-awal takut kalut lagi macam semalam rupanya hubby still nak hantar my Nuha. Lega mak. Sampai pun awal jer kat ofiz dan parking ok jer kat tempat yang naik semalam. Tak serik. Alah bisa tegal biasa gitu. hahaha. Mati mak kena keji.


Tayang gambar Cik Vina yang tertanggal gigi semalam untuk kenangan pertama kali menodainya :p 

Tahun ni my Nuha sekolah agama sesi pagi dan sekolah kebangsaan sesi petang.

Lepas hantar kakak pergi sekolah dia bantai tidur . hehehe. Sebelum tu menangis maklumlah hampir 2 bulan duk berkepit dengan kakak. 


Belajar rajin-rajin yer kakak. Tahun ni besar sket saingan sebab dua-dua sekolah tukar kelas pertama. Semoga dipermudahkan urusan anakku. 

Tahun ni masih menyambung rutin tahun lepas iaitu mengecop buku anak dan membalut buku. Punya malas maknya, minggu nak buka sekolah baru balut buku dan beli buku kat koperasi sekolah. hahaha

Tahun kedua cop ni berjasa mengecop buku my Nuha. Yang jenis ni RM16 saya beli tahun lepas.


Buku-buku yang sudah dicop

Tahun lepas guna warna warni kan, tahun ni malas just letak nama subjek jer kat situ ikut jadual yang cikgu bagi.  Tips mudah susun buku tahun lepas boleh baca kat sini. 

Senang ada cop ni, boleh cop atas sticker terus dan boleh tampal kat alat tulis 

Harap tak hilang selalu la alat tulisnya. Bagi striking sket sticker paper ni biar senang nak cam dari jauh..hehehe

Gigih mak tampal satu-satu kat pensel warna ni. 

Dah la ada 36 batang , beli pulak 2 kotak untuk sekolah agama dan kebangsaan. 
Murah jugak RM 13.50 satu beli kat tesco. 


Meriah newsfeed facebook tahun ni tengok ramai yang anak tahun 1.

Selamat bersekolah anak-anak dan menempuh jam buat ibu ibu bapa bapa :) 

3 Comments:

  1. Eh.. kete baru yer.. tak tau pon kuar kete baru. hehehe

    Nama Anis tulis pakai tangan jer. terasa gak lah bengkok tangan nak tulis semua buku dia. hahahahaha

    Raa x buat stiker jadual tuh. sbb nak ajar dia tengok jadual.
    Alhamdulillah.. Anis cepat tangkap. Dari Darjah 1 dia memang susun buku sendirik ikut jadual.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti terlepas entry tu :p http://www.elissmie.com/2015/03/carian-kereta-terpakai-secara-online-di.html dah hampir setahun dah pakai tapi bawak gi ofiz baru sebulan sebab CBR tengah brona.. gearbox rosak.. makan sup gearbox laa pasni..hahahaha

      Delete
  2. moga bertambah2 murah rezeki pd tahun baru ni eliss. rajin wat sticker tu. ai is malas... paling tensen thn lepas, bawak pensel warna tu, dari panjang...3 hari dah kontot macam pensel ikea.. giler mengasah gamkanya huhuhu

    ReplyDelete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)