Tuesday, January 19, 2016

D’Taj Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor

D’Taj Sungai Lui adalah sebuah kawasan persendirian yang terletak di Jalan Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor. Kawasan D’Taj Sungai Lui ini dilengkapi dengan beberapa unit rumah tamu dan kemudahan lain yang sesuai dijadikan destinasi percutian anda bersama keluarga.Tak sangka tak sampai sejam perjalanan dari kesibukan kotaraya Kuala Lumpur, terletaknya D’Taj Sungai Lui yang ternyata merupakan pengalaman berbeza dari hutan batu metropolitan.  



Bagi korang yang ingin merasai kehijauan desa dan udara pagi yang segar mungkin D’Taj Sungai Lui boleh dimasukkan ke dalam senarai percutian pendek anda di hujung minggu atau untuk hari keluarga. 


Terdapat pelbagai pilihan rumah tamu yang disediakan oleh D’Taj Sungai Lui yang korang boleh pilih mengikut citarasa dan budget korang. 


Unit ‘TERATAI’ merangkumi sebuah bilik tidur yang dilengkapi dengan :-

• 1 queen bed, 
• TV siaran ASTRO
• Penyaman udara
• Kipas siling
• Almari baju
• Bilik mandi 
• Balkoni

Kadar sewa unit ini ialah RM250 satu malam.


Unit ‘KEMBOJA’ ini mempunyai 2 aras. Unit di bahagian atas mempunyai 2 bilik tidur dilengkapi dengan:-

• 1 queen bed
• 1 single bed
• TV siaran ASTRO
• Penyaman udara
• Kipas siling
• Almari baju
• Bilik air

Unit ‘KEMBOJA’ di bahagian bawah pula merangkumi sebuah bilik tidur dilengkapi dengan :-

• 1 queen bed
• Penyaman udara
• Kipas siling
• Almari baju
• Pantry
• Bilik air

 Kadar sewa setiap bahagian di unit 'KEMBOJA' ialah RM200 satu malam 


Unit ‘RAFFLESIA’ merangkumi sebuah bilik tidur yang dilengkapi dengan :-

• 1 queen bed, 
• TV siaran ASTRO
• Penyaman udara
• Kipas siling
• Almari baju
• Bilik mandi 
• Balkoni

Kadar sewa unit ini ialah RM380 satu malam.

Sebuah unit ‘MAWAR’ merangkumi sebuah bilik tidur yang dilengkapi dengan :-
• 1 queen bed, 
• TV siaran ASTRO
• Penyaman udara
• Kipas siling
• Almari baju
• Bilik mandi 

Kadar sewa unit ini ialah RM200 satu malam.



Unit ‘SAKURA’ ini mempunyai 2 bilik tidur, TV siaran ASTRO, ruang tamu dan pantry. Setiap bilik tidur dilengkapi dengan:-

• 1 queen bed
• Penyaman udara
• Kipas siling
• Almari baju
• Bilik air

 Kadar sewa unit ini ialah RM350 satu malam.


Unit ‘CEMPAKA’ ini mempunyai 2 bilik tidur, TV siaran ASTRO, ruang tamu dan pantry. Setiap bilik tidur dilengkapi dengan:-

• 1 queen bed
• Penyaman udara
• Kipas siling
• Almari baju
• Bilik air

Kadar sewa unit ini ialah RM300 satu malam.


Para tetamu dibenarkan memancing disemua kolam yang terdapat di D’Taj Sungai Lui. Setiap kolam terdiri daripada pelbagai jenis ikan seperti ikan Keli, Patin, Talapia, Baung dan Lampam Jawa. *Alatan memancing tidak disediakan.
*Bayaran dikenakan untuk setiap hasil tangkapan mengikut harga pasaran.

Kemudahan surau lelaki dan perempuan turut disediakan untuk para tetamu.


Dewan makan ini dilengkapi dengan peti ais, dapur masak, set BBQ dan peralatan asas dapur.
*Tiada bayaran dikenakan. Khas untuk kegunaan para tetamu.

Bagi yang berminat untuk menginap disini , boleh la berhubung terus dengan pemilik D’Taj Sungai Lui seperti dibawah : -

 Untuk maklumat lanjut sila layari laman facebook : D'Taj Sungai Lui .
 Atau Hubungi  (whatapps / call) :  016 3636 447

1 Comments:

  1. suka konsep umah kayu2 ni.. baru nampak suasana kampung.. sian kat anak2 aku ni weh, tak pernah merasa hidup kg.. balik umah tok2 pun taman hahaha

    ReplyDelete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)