Monday, January 11, 2016

Belajar berenang @ Akedemi Renang Akram ,Pusat Akuatik Darul Ehsan, Shah Alam

Akhirnya tercapai jugak impian saya dan my hubby nak hantar my nuha nak belajar berenang. Dulu pernah baca entry Kak Ros [http://littlemamadiary.com/belajar-berenang-kelab-renang-anakair-pusat-akuatik-darul-ehsan-pade-shah-alam/] pasal belajar berenang. Bulan lepas, Zira bagitau nak masukkan anaknya,Muhammad kelas renang tapi kena tunggu kekosongan.

Dulu pernah daftarkan my Nuha untuk berenang kat kolam renang UiTM tapi tak jadi sebab kolam tengah renovate. Dah beli dah goggle dan swimming cap so nak masuk kelas ni dah tak perlu beli. Cuma nampaknya nak kena beli baju baru sebab dah sendat sangat dah baju renangnya. Alhamdulillah, akhirnya dah ada kekosongan untuk belajar berenang dan semalam kelas bermula untuk my Nuha , Syina, Atia dan Adam.Muhammad hari sebelumnya. Saya memang pilih hari Ahad, sebab sabtu my Nuha ada kelas taekwondo kan penat pulak. 

Kelas renang perlu dihabiskan dalam masa 6 minggu. So kiranya boleh tukar 2 kali kalau ada hal minggu tu dengan syarat kena beritahu coach dulu lah. 

Yuran yang dikenakan bergantung kepada umur. Kelas renang bermula dari 4 tahun.
Harga untuk 4-6 tahun  RM 40 ( 4 kelas) + RM 20 ( Pendaftaran)
Harga untuk 7-17 tahun  RM 55 ( 4 kelas) + RM 30 ( Pendaftaran)

So kalau nak continue lagi lepas 4 kelas ni, cuma perlu bayar RM55.


 Ada 5 sesi yang boleh dipilih samada Sabtu atau Ahad . Kelas renang my Nuha setiap hari Ahad dari pukul 9-10 pagi.

Kalau nampak signage Akademi Renang Akram ni, sinilah kelasnya . Jangan tertukar kelab. Ada banyak kelab renang lain kat situ. 

My Nuha dan Syina. 

Mula-mula buat senaman kaki dulu dalam air. 

Lepas dah senaman kaki tadi , diorang diasingkan untuk beginner. Coach Akram yang mengajar diorang. 


Lepas tu baring macam ni then buat senaman kaki lagi .Sampai semua penat . 

Kemain masing-masing semangat follow instruction oleh coach Akram. 

Tunggu turn untuk latihan individu pulak. 

My Nuha dengan coach Akram.
Masa mula-mula dengan board. Yang ni tanpa board pulak. 

Kemain dia pegang coach kuat-kuat sebab takut lemas katanya. Sabar jer la..hahaha

Yang ni pulak dengan coach Farah guna Swimming Woggles

Nampak kemain seronok dia dan dah ada keyakinan diri berbanding awal-awal tadi

Kat sini pun boleh main kolam jugak bagi yang tak belajar berenang. 

Harga tiket Kolam Terbuka
Kanak-kanak RM 2.10 (Selasa- Jumaat)
RM 2.70 Sabtu, Ahad dan Cuti Umum
0-3 tahun (Percuma) 

Dewasa RM 3.20 (Selasa- Jumaat)
RM 3.70 Sabtu, Ahad dan Cuti Umum

Waktu operasi : Selasa- Ahad. Isnin ( Tutup) 


Kat sebelah sanang kolam kanak-kanak. Minggu depan kena bawa baju renang my Nayla sekali la nampaknya. Semalam dia pun nak main kolam tengok semua duk berenang dalam kolam. Tunggu tahun depan yer dik, Ummi masukkan adik kelas berenang jugak. 

Akademi Renang Akram
Pusat Akuatik Darul Ehsan, Shah Alam, 
Jalan Aerobik 13/43, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor, Malaysia
Sebarang pertanyaan atau pendaftaran, sila hubungi atau whatsapp ke 018-3551 921

Korang pernah belajar berenang atau hantar anak-anak korang belajar berenang?

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.

11 Comments:

  1. wahh sonoknye dpt belajar berenang tuuuh., pasni leh selamatkan mangsa banjir pulakk., hehe2

    ReplyDelete
    Replies
    1. dapat selamatkan diri sendiri pun dah mujur wak..dapat selamatkan nyawa orang lain tu bonus..mudah-mudahan.. Allahumma aamiiin...

      Delete
  2. syok tgk bdk2 belajar berenang ni...dlu kita pn pernah belajar gk..sronok

    ReplyDelete
    Replies
    1. teringin jugak nak belajar tapi takuiiittt..hahaha

      Delete
  3. sALAM AKRAM SAYA COACH AHMAD KAWAN bAHARI(OMBAK) DAN ALIFF(CAHAYA)SPK).SAYA ADA STUDENT INGAT NAK TUMPANG AKRAM ACADEMY UTK COMPETETIVE TRAINNING.CAL SAYA YE 0122385681.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni bukan blog akram yer. sila berhubung terus dengan en akram yer seperti nombor diatas.

      Delete
  4. tahniah.. nk ajar swim biar dari kecik. tahniah skali lg. saya dh 20 tahun dlm swim ni. rajin2 boleh la singgah blog saya nazzrio.wordpress.com. smoga berjaya

    ReplyDelete
  5. assalammualaikum nak tny... kalau utk org dewasa diorg buat kelas jugak x.... mekasih ๐Ÿ˜Š

    ReplyDelete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)