Programmer by day & Lifestyle Bloggger

makhluk tuhan paling gojes atas muka bumi sedang gigih tulis komen. Terima kasih :)

Friday, September 18, 2015

Katalog IKEA 2016, sampai depan pintu

Tahun lepas, bulan September jugak Katalog IKEA 2015 sampai kat pagar rumah. Tahun ni pun sama, Katalog IKEA 2016 dah sampai kat pagar rumah. Seronok duduk kawasan perumahan saya ni, banyak dapat katalog. Window shopping kat katalog jer la nampaknya.Jimat sangat. hahaha

Jom la kita tengok apa yang ada kat dalam katalog terbaru 2016 ni. Bagi yang nak tengok versi digital, boleh tengok kat sini yer ( Klik sini )
Wishlist tahun depan nak kemas bilik belakang jadi bilik stor cum bilik tetamu yang sedap mata memandang. hahaha. Projek tergendala kekdahnya. Jom lah tengok dekorasi terkini termasuk ruang penstoran yang ada dalam katalog terbaru IKEA 2016 ni. 
Yang ni berkenan dengan buaian dia tu sebenarnya.RM159


Katil tu RM1699 elok sangat letak kat bilik tetamu. Long saya beli kat kedai perabot terpakai yang macam tu IKEA punya RM300. Elok lagi. Syok btol.
 

Kemas jugak ruang dalam almari tu tapi kena tutup dengan pintu pulak. Kalau extend bilik belakang tu kat kebun sayur yang tak seberapa belakang rumah tu bagus jugak tapi kekangan budget lah pulak kan. hahaha
 
Ingat nak beli shelf Algot RM775 yang macam kat belakang tu la nak buat stor.Beli langsir buat tutup macam idea pintu. Menarik pulak idea ni kan Sayang? hahahaha. Mestilah kena tanya sayang, duit sayang kan :p

 Ini ruang storan dalam bilik air. Retro pulak almari macam ni saya nampak kan.RM129

 Cantiknya idea bilik air biru ni dengan almari simpanan yang nampak retro jugak tu dan lantai checker.Yang ni murah sket RM39.90. Kena beli banyak baru cantik kot :p

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Thursday, September 17, 2015

Tempahan Akhir Ibadat Korban eQurban pada 19 September 2015

eQurban Resources Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat yang ditubuhkan untuk membantu menjana ekonomi rakyat setempat seperti di Kemboja dan Indonesia.eQurban dengan kerjasama koperasi setempat mengusahakan ladang ternakan lembu dan kambing.Semua ternakan ini dijaga untuk tempahan Qurban dan Aqiqah oleh umat islam dari seluruh dunia.


Kenapa menempah Qurban dan Aqiqah bersama eQurban?
Tempahan kambing atau lembu yang dibuat bersama kami akan kami sembelih di lokasi seperti Kemboja, Indonesia atau Mekah (terhad semasa hari raya Aidiladha).Tujuan utama kenapa ianya disembelih di sana adalah disebabkan keadaan ekonomi yang tidak mengizinkan mereka menikmati hidangan daging seperti kita semua di Malaysia.
Bagaimana untuk membuat tempahan Qurban atau Aqiqah?
Anda hanya perlu mengikut 3 langkah mudah ini sahaja:-
✓ Klik dan pergi ke halaman berikut > Klik disini (eQurban)
✓ Pilih bahagian Qurban atau Aqiqah
✓ Kemudian buat pemilihan sama ada Lembu atau Kambing
✓ Isi borang tempahan dan buat bayaran seperti yang dinyatakan
✓ Hantar tempahan.
Semua tempahan akan disahkan oleh pihak admin dalam tempoh 24-48 jam, selepas pengesahan dibuat, anda boleh melihat dalam ruangan arkib tempahan untuk senarai tempahan aktif.
Tempahan aqiqah akan diselesaikan dalam tempoh 60 hari manakala tempahan qurban akan diselesaikan semasa musim raya haji.
Harga untuk tempahan bersama eQurban adalah seperti berikut:
1 Ekor Kambing = RM580 seekor
1 Ekor Kambing (Mekah) = RM450 seekor
1 Bahagian Lembu = RM320 satu bahagian.

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Monday, September 14, 2015

Manjakan diri hujung minggu di Ain Salon dan Urutan Badan Tradisional Mok Teh Lina

Jumaat lepas, waktu lunch hour pergi berurut dengan Mok Teh Lina, Padang Jawa. Zira yang rekomenkan. Memang sedap masa mengurut. Sejam rasa macam tak cukup pulak. Lepas tu Mak Teh cakap kena urut lagi sebab banyak sangat angin dalam badan dan rahim pun bengkak. Maklumlah tak pernah jumpa bidan yang berani nak urut rahim sejak bersalin caeser ni.My Nayla pun dah 2 tahun lebih.  Alhamdulillah , lega rasa bila urut tu. Sabtu pulak, buat temujanji untuk buat untuk urut kat rumah sekali lagi . Sampai tertidur-tidur kena urut sekali dengan tungku. Memang puas hati lah . Kalau korang nak cuba , boleh berhubung terus dengan Mok Teh Lina seperti kat bawah yer :)


Untuk sebarang pertanyaan dan temujanji :

011 -27253255

Urut Bersalin ( RM 450 untuk 5 hari )

Hari Ahad pulak memang malas nak keluar memandangkan jerebu kan. Tapi sebab tak tahan sangat rambut banyak gugur terpaksa redah jugak dan beli barang dapur sket kat Checkers.


Jerebu OTW ke Seksyen 15 semalam
Hari ini IPU Shah Alam 147 . Boleh semak kat sini http://apims.doe.gov.my/apims/hourly2.php

 
Kali ni saya pergi Ain Salon, salon sama yang potong rambut anak-anak dulu. 

HAIR
1) WASH & BLOW : RM 10-25
2) CUT(DEWASA) : RM 10-25
3) WASH & IRON : RM 30
4) WASH & CURL : RM 30
5) STEAM(TREATMENT) : RM 30- 60
6) SCALP HAIR TREATMENT : RM 50
7) REBONDING : RM 80++
8) PERM : RM 70++
9) COLOUR : RM 50++
10) HIGHLIGHT : RM 30++
11) INAI RAMBUT : RM 45++

MAKE-UP
DINNER : RM 50
ENGGAGMENT : RM 180++
NIKAH : RM 280++

 
 Anak-anak dan bapak sabar menunggu mak sedang potong rambut ..hihihi


Potong rambut dan cuci sekali RM38. Thank you my darling belanja :) hehehe
Adik tu cakap rambut saya dah banyak gugur, kena beli tonik untuk lebatkan rambut. Aduhai..memang reti shampoo jer rambut ni tak pernah nak tonik2..huhuhu. Best kat salon ni sebab ada tirai, so aurat memang terjaga. Servis pun bagus .


Thank you yer dik..lupa pulak tanya nama. Siap urut sekali pulak masa cuci dan potong rambut gitu.




AIN SALON,
AINIS BEAUTY & HAIR DRESSING
YG 17,BLOK F,TINGKAT BAWAH,
 JALAN PLUMBUM Y7/Y SEKSYEN 7 ,
40400 Shah Alam, Malaysia
FB : https://www.facebook.com/pages/AIN-SALON/525846130814274
Tel : 013-688 0478
Waktu Operasi : Isnin hingga Ahad (10.30 pagi - 10 malam) 

Korang suka manjakan diri tak ? Apa yang korang paling suka?

Klik kat sini kalau korang kaki shopping online tu. Terus dapat RM2 bila register. Shopping pun dapat cashback pulak tu.

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Friday, September 11, 2015

The Sumbs Cafe, Seksyen 13, Shah Alam

Akhirnya semalam, pakatan hari jadi giliran saya pulak. Kali ini,saya cadangkan makan di The Sumbs pulak yang famous dengan tagline mereka 'By Foodie For Foodie'. Makan western pulak lah. Asyik makan nasi jer kan. hahaha. The Sumbs ni terletak kat Pusat Zakat Selangor dan tak jauh sangat dari Tesco Shah Alam. Tapi pergi semalam pun guna google maps, kalau tak mau sesat. hahaha. Ni kira sekali la slot JJCM@ elissmie.com kan. Segmen terhangat di elissmie.com tu. Untuk JJCM@ elissmie yang lain boleh tengok under tab Segmen @ elissmie dan pilih JJCM @ elissmie yer bagi yang pertama kali masuk ke blog ini.

 
Posing dulu depan The Sumbs bersama geng pakatan hari lahir

 Ni tolong amik gambar , so tak der dalam gambar. hehehe

Deko simple jer kat luar dan dalam. Satu meja muat untuk 4 orang makan gitu lah

Posing dulu selepas amik order .  Alamak..sorry tergelap pulak gambar korang berdua. 
Nanti kak ema sharing yang dari handphone kak ema yer :)


 Menu yang ada kat The Sumbs
Lagi menu yang ada kat The Sumbs

 Lyche rupanya lyche tin sajor  RM 2.90

 Air yang kami order, Jus Epal RM 6.50, Jus Tembikai RM 6.50

 Ni saya dan Ida order, Creamy Mussel Pasta RM 15.00

 Ni Ad punya, Steaky Pasta RM 25.50 Tapi tidak menepati piawaian tekak Ad. 
Maklumlah tengah mengandung kan macam-macam ragam .

Ni Kak Ema punya, Seafood Carbonara RM15.00

 Appertizer saya orderkan Churros ni RM 4.90. Kuih ni buat teringat kat kuih Belimbing..teringin nak makan kuih belimbing .

 Total Burst di The Sumbs . 




 Korang dah pernah makan di The Sumbs ? Suka makan makanan western tak ?


Block 7 Persiaran Alami,Pusat Perniagaan Worldwide, Persiaran Akuatik, Seksyen 13
Shah Alam, Malaysia
FB: https://www.facebook.com/the-Sumbs-642541582431696
017-288 8658


Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Thursday, September 10, 2015

Kek Milo 3 Minit Gebu dan Lazat

Terima kasih kepada Nadia sebab sharing resepi ni kat FB. Semalam terus rasa nak buat bila baca komen yang cakap menjadi dan ada yang guna jenis microwave yang sama dengan saya. Bahan-bahan pun dah ada. Cun sangat lah. Tapi susu pulak takder. No hal la. Belasah apa yang ada. Bab derhaka resepi biar mak yang uruskan. hahaha


Klik kat sini kalau korang kaki shopping online tu. Terus dapat RM2 bila register. Shopping pun dapat cashback pulak tu.

 

Credit to Owner.(Buzzfeed Oz) dan sesiapa yang sharing la yer :) Sharing is caring gitu.

Bahan-bahan: 

Milo ( Saya guna Milo 3 In 1 1 paket)
Gula Kastor/halus ( 4 sudu)
Tepung Gandum ( 4 sudu)
Susu Cair (saya guna fresh milk) ( 4 sudu) Saya ganti dengan 4 sudu air dan 2 susu tepung sahaja
Minyak masak ( 4 sudu)
Telur 1 biji
Baking powder 1 sudu besar
Kismis, coklat chip, kepingan badam (optional) Saya tambah coklat chip


Cara-cara:

1. Masukkan 4 sudu besar milo.
** Boleh guna mangkuk atau mug. Asalkan boleh diguna dlm Microwave . Saya guna paper cup.
2. Masukkan 4 sudu gula kastor.
3. Masukkan 4 sudu besar tepung gandum.
4. Masukkan 3 atau 4 sudu besar susu.
5. Masukkan 4 sudu besar minyak masak
6. Masukkan sebiji telur.
7. Masukkan sedikit baking powder. Kemudian masukkan bahan2 optional yg anda gemar dlm kek anda.


Adunan sebelum dimasukkan di dalam microwave . Saya tambah coklat cip sebab tu jer yang ada kat rumah ni. Yang putih2 tu susu yang tepung. Rasa tak letak pun tak per.hahaha


 Saya guna microwave panasonic ni. Set kan kepada M.High dan Set selama 3 Minit .


 Kek Milo dalam microwave.



Baru keluar panas-panas dari microvawe. Gebu sungguh ! 


Ada lebih sugar kastor tadi, saya bagi menarik sket kek milo tu macam snow 


 Gebu kan ?


 Close up sket kek tu dengan coklat cip yang meleleh-leleh gitu..Kalau letak cheese jadi coklat cheese kot.hahahaha

Tak pernah buat photobook? Sakan amik gambar selfie setiap masa?? Boleh buat photobook gambar selfie la gitu !! Klik sini cuma RM9 sahaja untuk Mini Softcover 6" x 6" Square ( 36 Pages ) photobook !!


Memasak itu mudah nak menyeronokkan bukan ? Selamat mencuba !! #jommasakelissmie

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Wednesday, September 09, 2015

Birthday Celebration @ KFC, Setia Alam

Ahad lepas hari lahir saya yang ke 23. Hahaha. Ok 23 lah sangat. My Nuha dan my hubby surprise kan saya keluar pergi beli kek petang tu. Tapi sebenarnya anak dara dia tu mana pandai nak simpan rahsia. Dia pergi cakap dengan anak jiran sebelah nak keluar nak beli barang kat Ummi nak buat surprise. hahaha. Masa tu saya kat bilik air. Dah terdengar lah perbualan. Bila saya cakap saya dah terdengar perbualan dia, siap cakap suruh rahsiakan dari Abah pulak.hahahaha.Dia tak tau mak dia keji siap bagitau satu dunia.

Klik kat sini kalau korang kaki shopping online tu. Terus dapat RM2 bila register. Shopping pun dapat cashback pulak tu.


Terima kasih sayang belikan kek.

Potong kek dengan anak-anak ajer.

Jom potong kek ramai-ramai pulak :) 


Belah malam pulak atas permintaan anak-anak, angkut diorang ke KFC kat Setia Alam.

Dia ni bersungguh-sungguh nak gi KFC tapi makannya seketul jer pun ayam . 

Orang lain berketul-ketul dia cukup seketul dengan air milo. Save budget bapak ! hahaha

My cinta hati dan benih cinta yang pertama

Bersama my Nayla 

Bersama-sama 2 princess kesayangan.

Apa hadiah hari lahir tahun ni yer ? Masih dalam pertimbangan. hahaha

p/s:
Noxxa ke? hahahaha. Tiada Noxxa , Pressure Cooker Philips pun berguna :p
Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)