Programmer by day & Lifestyle Bloggger

makhluk tuhan paling gojes atas muka bumi sedang gigih tulis komen. Terima kasih :)

Thursday, June 25, 2015

10 Senarai Buffet Ramadhan Shah Alam 2015

Hari tu tengah cari buffet berbuka puasa untuk berbuka bersama-sama team sistem kami yang lepas. So dah penat-penat survey tu, saya kongsikan sekali la kalau korang pun bercadang untuk berbuka puasa secara buffet ni. Jangan membazir dan yang paling penting kawal kalori makanan korang kalau tak nak berat badan korang bertambah yer. Nanti saya kasi tips sekali kalau korang diundang untuk menjamu makanan ala buffet ni di akhir entry yer.


1) Hotel UiTM Shah Alam - Haruslah promote yang ni dulu sebab kebanyakan reader saya rakan-rakan UiTM lah jugak kan. Dapat harga special pulak tu untuk staf. 



Promosi Selera Desa* (Iftar)
190+ Jenis Makanan & Minuman
21 Jun - 14 Julai 2015
6pm - 9pm
Dewasa - RM58 nett
Kanak2 (5 - 11 thn) - RM28 nett
Warga Emas - RM38 nett
Staff UiTM - RM48 nett
*Harga Istimewa Bagi Tempahan Berkumpulan Melebihi 9 Orang (Promosi Selera Desa Sahaja)

Promosi Selera Dinihari (Sahur)
Anggerik Terrace Coffee House
50+ Jenis Makanan & Minuman
21 Jun - 14 Julai 2015
12am - 4am
RM25 nett (5 thn ke atas)
Untuk Pertanyaan/Tempahan:
0355192075/76/77/78/69

2) INTEKMA Resort & Convention Centre , Persiaran Raja Muda, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia
Untuk Menempah Meja Boleh Hubungi 03-55225009/5104



3) Shah Alam Convention Centre, No.4, Jalan Perbadanan 14/9, Shah Alam, Malaysia. 
Untuk Pertanyaan/Tempahan: 03-5511 8858/8813/013-2502858


4) Grand Bluewave Hotel Shah Alam, Persiaran Perbandaran, Seksyen 14, Shah Alam. 
Untuk Pertanyaan/Tempahan: 03-5511 8811 Sambungan 2801,2804,2806



5) Concorde Hotel Shah Alam, 3 Jalan Tengku Ampuan Zabedah C9/C, Shah Alam, 


Melting Pot Cafe/ Crossroads

Price: RM118.00nett per adult / RM59.00nett per child

Grand Ballroom & Grand Patio

 Price: RM92.00nett per adult / RM46.00nett per child

Private Dining

Price: RM92.00nett per adult / RM46.00nett per child 

*RM95.00nett per adult / RM47.50nett per child on the first and last 3 days of Ramadan month.

*One(1) diner breaks fast for free with every ten(10) paying adults (max 5 diners in one bill)

*Vouchers are available for sale at the hotel lobby

*Children age from 4 years old to 12 years old

Untuk Pertanyaan/Tempahan:  03-55122200 ext 2240/2406/2210

6) Carlton Holiday Hotel & Suites Shah Alam,  No 1 Persiaran Akuatik Seksyen 13, Shah Alam

Untuk Pertanyaan/Tempahan:  0380738080 / 0192388376 


7) Hotel Alami Garden , 1-13, Block 1, Presint Alami, No. 2, Persiaran Akuatik ,Shah Alam
Untuk Pertanyaan/Tempahan: 03-5518 1223



8) De Palma Shah Alam , Jalan Nelayan 19/15, Seksyen 19, Shah Alam
Untuk Pertanyaan/Tempahan: 03-5542 8080



9)Al -Rawsha , Shah Alam, Seksyen 7, Shah Alam
Untuk Pertanyaan/Tempahan: 03-5524 0040 / 3584



10) Kompleks Belia & Kebudayaan Selangor , Seksyen 7 , Shah Alam




Dewasa: RM69
Kanak Kanak: RM35 (7-12 tahun)
Warga Emas: RM 35 (60 tahun ke atas)
Untuk Pertanyaan/Tempahan: 012-2533973 / 03-55424200

Dah tengok senarai buffet yang lazat-lazat ni kan ? Nak tahu tips berbuka puasa dengan menu buffet ? Macam yang saya cakap hari tu lah kan. Kena tahu jumlah kalori yang korang nak makan siap-siap. Dah tahu, sila la kawal nafsu korang. Nak tahu apa yang zero kalori ? Air kosong ? hahaha. Bayar mahal-mahal tak nak minum air kosong jer kot. Bawah ni contoh hidangan yang korang boleh follow kalau nak amik kalori 700 kcal waktu berbuka. 


Menu Utama - Mesti nak makan nasi. Biasanya ada banyak pilihan nasi berwarna warni kan. Yang tu reject terus. Sayang kalori anda yer. Segenggam nasi 150 kcal

Sumber Protein - Kalau ada makanan yang kurang santan lagi bagus. Sup ker masak air ker. Tapi bayar mahal tadi kan :p Elakkan lah santan tu, rugi kalori jer. Cuba amik isi ikan sweet sour ( menu yang selalu ada kat buffet ni baru 60 kcal seketul. Amik la 3 ketul bagi kenyang sket  )

Sumber Kalsium - Semestinya kegemaran saya iaitu sayur-sayuran hijau. Contoh brokoli stim memang selalu ada ni. Secawan baru 55 kcal. 

Air - Minum jus buah-buahan kalau ada . Segelas ajer tau. Contohnya Jus Tembikai - 80 kcal

Pencuci mulut - Terasa jugak nak manis-manis. Boleh la amik kurma seketul sunnah tau ( 20 kcal ) dan sepotong kuih yang paling korang gemar. Saya suka makan  agar-agar atau tok aji serban. Pilih salah satu jangan tamak. Boleh check balik kat entry Kalori 10 Pilihan Kuih Di Bulan Ramadhan.
Teringat pulak Puding Roti kat Hotel Concorde tuh. Yang tu bahaya 100 gram dah 153 kcal. Rugi. So saya pilih tepung pelita 2 ketul ( 101 kcal ) 


Jumlah kalori : 150 kcal + 180 kcal + 55 kcal + 80 kcal + 20 kcal + 202 kcal 

                        : 687 kalori !! 

Ada lagi lebihan kalori sebanyak 13 kalori . hahaha. Kalau agak-agak korang dah tak bangun sahur balum siap-siap 1200 kalori masa berbuka ni kat buffet ni . Jangan tak boleh nak solat pulak.hahaha.  

Macam mana ? Ada berani nak sahut cabaran kurang kalori kalau makan buffet Ramadhan ? Tepuk dada tanya selera :) 



Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Wednesday, June 24, 2015

Pencarian Stroller Payung atau Lipat Secara Online

Hari ni saya survey stroller payung atau stroller lipat . Nampak nau tengah free kan. Pagi tadi ada demo sistem, sekali ada user baca blog saya lah. Malu tutup muka. Hahaha. Boleh la drop komen satu atau dua yer yang berkenaan tu. Lambai-lambai sket :p Favourite online shopping haruslah Lazada, dah la Milkadeal bagi pulangan wang tunai pulak kan bila shopping kat Lazada. Klik kat sini kalau korang kaki shopping online tu. Terus dapat RM2 bila register. Mana pergi stroller kami yang gedabak sampaikan bonet Swift pun tak muat tu? Sebenarnya awal tahun hari tu, kemas-kemas barang kat bilik belakang dan tengok stroller tu memang dah lama tak guna. 

Sejak ada my Nayla memang tak guna stroller sebab dia kecik jer kan. So guna carrier jer. Stroller tu bagi kat jiran sebelah yang baru beranak. Settle. Tapi sejak dua menjak ni my Nayla asyik la berdukung , jadi tension pulak mak. Dah la nak berdukung dengan mak saja ni. Anak mak sangat. Nak tak nak kena beli jugak segera untuk cari baju raya nanti sebab mak tak nak dukung dia. hahaha. Puasa baru 7 hari dah fikir siap nak cari baju raya. hahaha. Entah sempat ke tidak kan.

Jom tengok pilihan yang ada kat Lazada ni yang korang boleh pilih. Tapi stroller payung atau lipat ni tak sesuai la untuk baby. Toddler boleh lah macam my Nayla yang ala-ala petite ni. Bila nak naik berat ni dik. Hari tu timbang tak sampai lagi 10 KG.Kakak setahun 10 KG. hahaha


1) My Dear Baby Buggy Stroller 17004 - RM 148 . Yang ni sesuai sampai 15KG.Berat stroller 5 KG.


2) Sweet Cherry SC310 Rainbow Buggy Stroller  - RM 97.00 . Yang ni sesuai untuk 1- 2 tahun. Berat stroller 4.2 KG.



3) My Dear Buggy Stroller 17090 - RM 129. Berat stroller 5 KG. Yang ni sesuai untuk 1- 2 tahun.



4)Sweet Heart Paris BG601A Stroller Buggy  - RM 95.Berat stroller 6 KG. Yang ni sesuai untuk 1- 2 tahun.



Sebenarnya saya dah beli yang paling last tu.  Dalam 7-8 hari lagi sampai la katanya. Saya pilih COD. So kalau tak sampai, tak le larat sangat. Tu yang best beli kat Lazada ni. Ada 3 pilihan warna sebenarnya.Saya pilih warna oren .So kalau ada anak lelaki nanti, In Sya Allah boleh la guna kan . hehehe. Pelaburan jangka panjang konon. Padahal yang murah ajer. Entah sempat ker tidak adik nak merasa tu . Harapan mak , agar dia nak la duduk dalam stroller ni. Sebab hari tu masa nak bagi stroller kat jiran, cuba letak dia dalam tu, kemain dia seronok . hahaha.Kesian tak merasa dia naik stroller.
p.s: 
Ni stroller yang lama. Jenama Sweet Cherry. SR 1 ker apa ntah nama dia. Sila jangan beli. Bulky sangat. Dah la berat.hahaha


Korang ada pengalaman guna stroller payung ni ? Cepat rosak ke tidak yer sebenarnya ? 

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Tuesday, June 23, 2015

Kalori 10 Pilihan Kuih Untuk Berbuka Di Bulan Ramadhan

Hari ni stop sekejap pasal jalan-jalan ke Sabah. Nanti bosan pulak yer. Masih ingat entry 10 Pilihan Kuih Untuk Berbuka Di Bulan Ramadhan saya 5 tahun yang lalu. Kali ni saya nak tingkatkan sikit kualiti pada entry tersebut dengan menambah kalori pada makanan tersebut untuk kepentingan bersama. Sebenarnya, sejak mengamalkan diet kira kalori, saya jadi tiba-tiba fobia pada kiraan makanan. Takut terlebih kalori dari jumlah yang sepatutnya gitu. Disini saya kongsikan kembali nilai kalori pada 10 Pilihan Kuih Untuk Berbuka Di Bulan Ramadhan. So kalau berat korang meningkat dibulan puasa ni jangan salahkan mak cakap mak tak payung jumlah kalorinya yer :)

Entry ini ditujukan buat semua peserta The Biggest Loser Ramadhan Edition ofiz saya :) Saya pun join jugak. Sebab memang dah tengah berusaha turunkan berat badan kan.

Berat terkini sebelum pertandingan . Harapan cuma dapat BMI normal sebelum hari raya. 7 KG lagi untuk normal..Semoga dipermudahkan

Kira kalori yang perlu diambil disini

http://sususejat.com/cal/cal-web.htm#featured

So episod JJCM @ elissmie.com bukan dihentikan pada bulan ni tapi digantikan dengan Jom Kira Kalori Makanan @ elissmie.com gitu. Boleh ker tak boleh? Bulan puasa ni, kalori masih sama pengambilannya cuma kena bahagikan dengan sahur. Katakan jumlah kalori yang diperlukan 1200 kcal, so korang boleh amik 700 kcal untuk berbuka dan sahur 500 kcal . Mana-mana yang korang selesa tapi jangan lebih.

1) Lompat Tikam - Yang ni saya ambil kiraan bubur sumsum. Lebih kurang jer kan. Kalori untuk 100 gram - 178 kcal


2) Onde-onde / Buah Melaka - Kalori untuk 1 biji (15 gram) - 30 kcal



3) Asam gumpal - Yang ni tak jumpa cari berapa kalorinya. Kuih yang ada iras-iras dengannya adalah kuih sagu la lebih kurang. Kalori 1 keping (99 gram) - 131 kcal. Ni siap santan dengan kacang hijau pulak, so lebih lagi la kalori dia. Satu sudu makan santan dah 120 kcal.So anggaran mungkin 270 kcal. 



4) Tepung Pelita - Kalori untuk 1 biji (74 gram)  - 101 kcal



5)Agar-agar - Kalori untuk 1 potong ( 90 gram)  - 61 kcal



6)Nekbat - Yang ni tak jumpa jugak. Yang ada iras-iras kuih bahulu la. Ni mesti lebih lagi kalori dari bahulu kan, sebab ada tambahan sira gula. Kalori untuk 1 biji  - 60 kcal. Tambah gula, anggaran 2 sudu teh dah 32 kcal. So untuk Nekbat anggaran mungkin  92 kcal. 



7)Akok - Kalori untuk 1 biji  - 45 kcal



8)Puteri Mandi - Kalori untuk 120 gram  -139 kcal



9) Tok Aji Serban / Seri Muka - Kalori untuk 1 keping (99 gram)   - 192 kcal



10)Murtabak  - Kalori untuk 1 keping (308 gram)   - 564 kcal ( ayam )  Kalori untuk 1 keping  - 722 kcal ( daging)



semua image : credit to Google Image

sumber kalori : 

http://www.fatsecret.co.id/
http://sususejat.com/cal/food_calorie_list_2.pdf
http://www.kalorimakanan.com/
http://www.moh.gov.my/images/gallery/publications/makan/panduannilai_kalori_2.pdf


Cara kira sendiri kalori makanan : -

Karbohidrat: Didarab dengan 4 kalori setiap gram
Protein: Didarab dengan 4 setiap gram
Lemak: Didarab dengan 9 setiap gram.

Contoh: Satu hidangan Sos Cili yang mengandungi;

Karbohidrat-53g (53g X 2 = 106 Kalori)
Protein-1g (1g X 4 = 4 Kalori)
Gula (juga Karbohidrat)-16g (16g X4 = 64 Kalori)
Jadi satu tuangan Sos Cili bernilai 174 kalori!

Berapa kalori diperlukan oleh lelaki dan wanita dewasa dalam sehari?

Wanita tidak sepatutnya makan kurang daripada 1,200 kalori sehari. Lelaki tidak seharusnya makan kurang daripada 1500.

Apa akan berlaku jika saya makan lebih pada itu?

Setiap 7700 kalori yang terkumpul (tidak dibakar) akan menaikkan 1kg berat badan.



Selamat mengira kalori makanan kawan-kawan !!

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Monday, June 22, 2015

Chili Lobster @ gerai Ummi And Family, Dataran Todak, Kota Kinabalu

Seperti dijanjikan hari ini, episod JJCM @ elissmie bawa korang ke Sabah bah. Harap-harap perut korang masih bertahan awal pagi ni yer. Jangan sebabkan entry ni korang pergi buka puasa. No no no ! So kalau tak tahan iman, cepat-cepat close window yang bertanda [x] kat bahagian atas yer.Malam ni lepas berbuka baru baca yer :) Follow terus kalau first time baca entry elissmie.com. Mungkin ada hadiah bertuah buat follower elissmie.com . Ole-ole dari Sabah mungkin :)


Sebelum keluar makan kita posing dulu kat lobi hotel Grand Borneo

Terima kasih En Hazrul bawa kami sepanjang berada di Sabah 

Anak-anak dara duk berposing.Friendship forever gitu :)

Malam tu kami ke dataran todak. Ada banyak gerai makan.
Semua seafood segar-segar kat depan gerai untuk korang pilih.
Ada jugak pasar malam kat sebelah pasar Filipina yang jual seafood macam ni tapi kat situ katanya tak masak fresh. Yang ni kat tempat ada monumen Todak nala punya besar tu tau.

Kami pilih Gerai Ummi And Family untuk menikmati makan malam terakhir kami di Sabah

Anak dara bergambar depan kedai

Masing-masing sibuk dengan gadget sementara menunggu makanan sampai :p

Haruslah mak wefie jugak dengan my Nayla yang asyik la crancky 

Tengah memilih bahan mentah untuk diorang masak
Kat sini kami suruh diorang timbang dulu sebab nak kira budget. Yang best harga dah siap masak tu dan boleh masak apa-apa yang korang request.


Pelbagai jenis kolestrol yang ada kat sini..Pilih saja..hahaha..Ops..seafood :p

Ketam dan lobster memanggil manggil untuk kami makan :p

Tengok lobster tu senyum melihat kami :p

Dah pilih bahan mentah, boleh la order nak masak apa 

Dah amik order, kita tunggu brother ni masa pulak yer. Dia sorang jer tukang masak. Tapi cepat jugak dia masak untuk kami semua

Posing sebelum makan nama dia. Jom tengok apa yang kami makan

Yang ni memang duk selalu sebut sebelum sampai Sabah. Sekali my hubby orderkan untuk kami. First time makan lobster.RM 18 untuk 100 gram. Yang kami amik ni 600 gram.

Lobster ni masak cili. Sedap sangat. Isinya yang tebal dan manis gitu. Teringat-ingat rasa dia. Kalau suka makan ketam, rasa dia lagi sedap dari ketam dan nak sama dengan udang galah sket.Tapi lagi best. Over mak nak :p

Ikan Kerapu Merah RM 5 untuk 100 gram. Yang ni cuma RM13 seekor. Buat masak stim halia.
Tapi stim dia tak sama macam stim halia yang biasa kami makan kat semenanjung. Tak kena tekak kami lah.

Udang RM 5 untuk 100 gram

Sotong RM5 untuk 100 gram
Yang ni sotong goreng tepung. Sedap sotongnya dan tak liat cuma sos dia jer fail sebab sos cili biasa jer.

Shell ni RM4 untuk 100 gram

Ketam RM5 untuk 100 gram

Sementara tunggu makan, my hubby sempat jugak tengok orang buat live show kat Dataran Todak tu untuk bantuan kepada malim gunung tak silap my hubby cakap .


Tamat sudah JJCM @ elissmie.com  di Sabah. Semoga ketemu lagi bah...Teringin nak repeat makan Lobster lagi sekali .Terima kasih my hubby merealisasikannya.I love you so strong lah :) Dah hampir 32 tahun baru first time merasa lobster..hehehe

Total Burst : RM145
3 Nasi Putih + Air + Sayur Pucuk Paku + Lobster + Ikan Kerapu Merah

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)