Programmer by day & Lifestyle Bloggger

makhluk tuhan paling gojes atas muka bumi sedang gigih tulis komen. Terima kasih :)

Thursday, April 30, 2015

Vistana Homestay Bukit Gambir , Muar , Johor

Cuti sekolah dah nak tiba bulan 6 nanti. Korang ada bercadang nak bercuti ke Bukit Gambir, Tangkak atau Ledang ? Mugkin boleh menginap di Vistana Homestay Bukit Gambir , Muar , Johor. Homestay ini adalah jenis rumah teres 2 tingkat . Siapa yang mementingkan keselesaan dan bercadang untuk bawa ahli keluarga yang ramai untuk bercuti memang haruslah menginap disini. Disamping dapat mengurangkan kos penginapan kan.Kalau bukan bercuti, mungkin ada majlis perkahwinan kat area sini pun boleh menginap disini.

Antara tarikan utama di Bukit Gambir:

Vistana Homestay Bukit Gambir ini juga berdekatan dengan Air Terjun Gunung Ledang yang dikaitkan dengan satu legenda, iaitu Lagenda Puteri Gunung Ledang. Dari Homestay ini ke Air Terjun Gunung Ledang memakan masa 15 minit sahaja.Homestay ini juga berdekatan Ladang Herba Nasuha, Pagoh dalam 15 minit perjalanan.Homestay ini juga terletak 10 Minit dari KKTM (Kolej Kemahiran Tinggi MARA) Ledang.Homestay ini juga berdekatan dengan Tol Bukit Gambir , Kedai makan Melayu, Petronas, Shell, Econ Save, Court Mammort, KFC, Pizza Hut, Kedai telefon, Pasar Tani, Pasar Awam untuk kemudahan penyewa.

Kemudahan yang disediakan di Vistana Homestay Bukit Gambir seperti berikut : 

- Parking Berbumbung
- Dapur gas
- Bilik tidur 2 bilik
- 2 bilik tandas
- Meja makan
- Sofa
- TV
- Katil

Ruang tamu yang selesa dengan televisyen

Master Bedroom dengan katil queen

Dari pandangan sisi

Bilik kedua juga dilengkapi katil queen 

Meja makan yang disediakan

Ruang santai untuk menonton televisyen
Kemudahan untuk memasak

Tandas 


Untuk mengelakkan kekecewaan, boleh la membuat tempahan dengan segera yer.

Untuk tempahan dan pertanyaan boleh hubungi :-


Kadar Bayaran : 

Hanya RM 130 semalam  , Cuti Sekolah dan Cuti Umum



Alamat Homestay : No. 113, Jalan Cempaka 7, Taman Cempaka
Bukit Gambir, Muar
84800, Johor

Pn Zaharah (019-7765067)
Pn Madihah (019-6855683) 
Cik Nazriah (019-7765062)



Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Wednesday, April 29, 2015

Farewell Lunch @ Al-Rawsha Restaurant, Seksyen 7, Shah Alam

Hari Khamis lepas, meraikan ofiz mate yang akan bertukar kerja. Semoga lebih sukses di tempat baru yer Fareez. Kali ni, kitorang pilih Al-Rawsha Restaurant, Seksyen 7, Shah Alam yang terletak berdekatan dengan Bangunan Raja Muda Musa, tepi shop lot .



Macam istana di zaman silam gitu

Parking space pun luas

Disambut dengan patung baju besi

Tuan punya belog haruslah posing dulu

Ruang makan, besar dan selesa

Ruang dessert 

Ada 2 tingkat. Boleh buat majlis kahwin atau event jugak kat sini. 
Abaikan model tidak berbayar. hehehe

Yang diraikan

Dengan hadiah dari kami

Antara yang meraikan

Dari angle yang berbeza, yang meraikan

Siap ada tema baju. Tema merah hitam gitu 

Jom belek menu

Cold Appertizers

BBQ with Rice

Fresh Juice

Aiskrim

Chicken Kabsa RM15. ( Lamb Kabsa RM18)  Banyak nasi dan ayamnya. Kalau tengah kebulur boleh habis lah. Hahaha. 
Portion  cukup untuk 2 orang .Zira cakap Nasi Arab D'Arab lagi sedap nasinya. Lain orang lain citarasa kan.


Lamb Mandi RM22. Yang ni Ad punya.  Chicken Mandi RM 18

Khaskah Kebab RM18. Ada roti dia, lupa nak snap. Besar kepala gajah besarnya..hahaha
Ni saya makan hari tu. Kata diet. Nasib lah dah pekena nasi arab minggu sebelum tu. 
Total Burst : RM 542.70 semua orang
Saya punya RM21 without gst

Posing sebelum pulang

Freestyle :)


Korang pernah makan nasi Arab di Al-Rawsha Restaurant, Seksyen 7, Shah Alam  ??

Ada delivery. 


No 2 Jalan Platinum G7/G, 
Sekyen 7, Shah Alam
Waktu Operasi : 11 pagi - 2 pagi setiap hari 7 hari seminggu



Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Tuesday, April 28, 2015

Pesta Buku Antarabangsa 2015 @ PWTC, Kuala Lumpur

Seperti dijanjikan, hari ni nak cerita pasal Pesta Buku Antarabangsa 2015 . Kitorang bertolak dalam pukul 10 lebih dari umah my Long dari Sentul. Punyalah ramai umat manusia. Nyaris nak patah balik. Sebab plan asal memang nak pergi Galeri Petronas jer hari tu tapi my Long ajak ke situ dulu.Kebetulan nak carikan buku untuk kelas my Nuha, cikgunya nak buat mini library kat dalam kelas.Kitorang parking kat Hentian Putra sebelah PWTC kat bahagian atas sekali. Kalau menapak, terus depan PWTC kat Dewan Tun Razak di tingkat 4 tu. 



Tarikh :  24 April sehingga 3 Mei 2015
Isnin Khamis 10 pagi - 7 malam
Jumaat, Sabtu dan Cuti Umum 10 pagi - 9 malam

Haruslah #wefie dulu sebelum bertolak. Tengok my Nayla tu si perosak gambar. hahaha

Flyer PTS yang dapatt semalam. Banyak hadiah menarik.

Ada aktiviti kat pentas utama dan booth. Ada Ustaz Azhar Idrus dalam tentatif Hari Ahad ni. Wow!

Dia beradik sedondon posing kat banner Ana Solehah :) Amin..

Punya ramai umat manusia. Boleh beli buku banyak-banyak. Simpan resit untuk claim dengan LHDN :) RM1000 kot limit. Rugi tak beli kan.

Ni kat ruang legar ada hari baca buku ke apa.Nak baca kat sini boleh register member for free tak silap.

Kami tumpang duduk sementara tunggu Kak Long habis shopping buku. 

My Nuha pun sempat baca buku-buku yang disediakan kat situ.Seronok dia !

Ini buku yang saya beli untuk mini library kelas my Nuha. Ada 8 buah buku RM20.

Bagus buku ni sebab ada bahasa melayu , jawi dan inggeris .

Yang ni RM10 untuk 5 buah buku

 Buku yang ni dwi bahasa.

Ni buku kelima , boleh campur dengan buku jenis kat atas. Buku ni satu bahasa jer.

Yang ni pun best. 366 Cerita dari Al Quran dan Hadis. Boleh baca 1 Hari 1 Cerita.

Dalam buku ni dia bahagikan ikut bulan. Ni contoh bulan September.

Ini cerita untuk 6 September. Haruslah birthday mak ! Tapi tulisan dia kecil sedikit. Tapi kulit tebal.

Yang ni Harga Asal RM39.90 dapat RM 35.Yang ni paling worth buying rasa sebab kita biasa baca jer quran tapi tak tahu apa maksud dan cerita disebalik ayat-ayat tu kan. 
Booth Edukid Books di Dewan Tun Razak 3 3068-3071. Yang buku cerita kat atas tu depan booth Edukid Books ni di Dewan Tun Razak 3.

Yang ni pun bagus. RM10 jer. Potongan 50%. 

Kandungan dalam dia


Dah nak exam, beli jugak buku-buku untuk ulangkaji keluaran Fargoes terletak di  Dewan Tun Razak , 3208-3209. Bagi yang nak cari buku ulangkaji sekolah agama macam yang saya beli hari tu pun ada kat sini. http://www.elissmie.com/2015/03/mana-nak-dapat-buku-aktiviti-sekolah.html

 

Kata Amran Fans, haruslah beli :p RM20 untuk Amran ! hahaha
Amran, macam mana nak bagi kau sign buku aku hah??? hahaha
Yang ni haruslah beli di Dubook Press di Legar Putra Booth L030.

Tak dapat sign meran, bergambar dengan buku meran sudah..hahaha

Abang sado pun reti baca buku :p kbai ! hahaha

Korang dah terjah ke Pesta Buku Antarabangsa 2015 @ PWTC, Kuala Lumpur ? 




Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)