Programmer by day & Lifestyle Bloggger

makhluk tuhan paling gojes atas muka bumi sedang gigih tulis komen. Terima kasih :)

Tuesday, March 31, 2015

Akok Open, Paka , akok terbaik dari ladang

Kalau balik terengganu, memang tak pernah lupa beli akok. Ada banyak tempat jugak jual akok di Paka ni. Salah satu tempat kegemaran beli akok adalah kat bawah ni lah.Sebenarnya, kedai akok ni kepunyaan kawan sekelas menengah my hubby, Kak Fizan.Resepi akok ni dari nenek dia. Resepi turun menurun gitu lah kekdahnya yer.Selain Akok terengganu, ada jugak dijual akok nisan (  akok style kelantan) , kuih beker ( bingka) , kuih bakar dan kuih bahulu ( gula dan nisan) . Nisan tu gula melaka bagi yang tak tahu.




http://www.instantstreetview.com/@4.652692,103.41999,57.88h,-16.92p,0z



Kalau buka, macam ni la rupanya yer. Yang kat google street view tu gerainya tutup 



Kalau nampak banner ni, dekat dah tu nak sampai Akok Open :)

Siap dengan pandangan depan lagi ni, kalau salah jugak tak tahu lah yer 


Ni dia tokey Akok Open kita . Kak Fizan dan suaminya. 

Akok Nisan 1 pc 60 ¢


Beker ( bingka)  2 pc RM1


Kuih bakar 5pcs RM2


Akok Terengganu pun 1 pc 60 ¢

Ni lah akok terengganu kegemaran kami:) Sedap, lembut dan tentunya manis sesuai untuk orang yang manis :) Kat shah alam dan sekitar memang tak pernah jumpa yang sedap gini. 


Waktu operasi : 8.30 pagi sampai habis akok

Kalau nak mudah, boleh call/whatssap untuk buat tempahan kalau tak nak kecewa

0136115740/0129260470 (call/whatssap)

Facebook : https://www.facebook.com/azmi.ahmad.39904

My Nuha & Nayla | Aku Bukan Chef
Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Monday, March 30, 2015

Kedai Alatan Jahit Expertailor, Seksyen 7, Shah Alam

Macam susah jugak nak jumpa kedai alatan jahitan kat Shah Alam ni. Hari tu, misi pencarian lace untuk baju Ad tapi sampai sudah tak jumpa lace yang dia nak.Mula-mula ingat nak pergi Jakel tapi ternampak satu kedai alatan jahit yang terletak bersebelahan dengan bangunan JAKEL dan selang sebuah dengan Restoren Wong Solo. Kedai ni baru je beroperasi katanya.


Kedai Alatan Jahit Expertailor

Antara servis yang ditawarkan

Pelbagai warna benang yang ada. Lebih dari 880 warna gitu 

Model tidak berbayar alatan menjahit..hehehe

Border lace dan aplique pun ada jual. Tak sangka mahal jugak border lace yer. Ada yang RM40 lebih semeter.

Saya cuma beli jarum jahit, penetas kain, tape dan butang baju sekolah untuk my Nuha. Baru 3 bulan sekolah, butang baju sekolah pun dah hilang.Lasak sungguh anak dara. Hahaha


Yang best pasal kedai alatan jahit ni sebab pembelian boleh secara runcit dan borong. Penghantaran juga ada disediakan, untuk segala pertanyaan atau tempahan boleh whatsapp di nombor 013-2707510 EXPERTAILOR.

Kedai Alatan Jahit Expertailor terletak di :- 
No 4G Jalan Plumbum P7/P, 
Pusat Komersial Seksyen 7, Shah Alam.

Instagram : https://instagram.com/expertailor_
Blog : http://kedaialatanjahitanexpertailor.blogspot.com/


Korang suka masuk kedai alatan jahit tak?


*This is NOT a sponsored post.Ini bukan iklan berbayar. 


Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Wednesday, March 25, 2015

Pengalaman pertama ke Dobitiam Bandar Bukit Raja, Klang

Stress pulak bila mesin basuh rosak lagi. Dulu panel mesin basuh yang rosak.Dah tukar panel lain. Kali ni , tak tahu lah apa yang rosak. Harap mesin basuh tu cepat dibaiki dan masih boleh dibaiki. Malam tadi, haruslah ke dobi untuk cuci baju yang dah menimbun ni hasil balik kampung dan sebelum balik kampung hari tu.


Hari tu, perasan ada kedai dobi layan diri baru buka awal tahun hari tu kat Bukit Raja. So, kami terjah lah kesana. Dalam perjalanan tu terlupa pulak beli sabun dan pelembut pakaian, so singgah 99 speedmart beli. Sekali masuk Dobitiam, rupanya semua tu diberikan PERCUMA. hahaha. Jakun katakan..Jom layan gambar. Bagi yang belum pernah pergi Dobitiam, boleh la tengok macam mana nak mendobi di Dobitiam. Ada 3 cawangan selain BANDAR BUKIT RAJA, Klang iaiti DAMANSARA DAMAI, PJ & BANDAR TASIK PUTERI, Rawang. 

Beroperasi 24 jam. So bila-bila masa korang boleh terjah.hehehe

Ini senarai harga untuk Mesin Basuh dan Mesin Pengering. 1 token = RM1

Langkah pertama kena tukar token terlebih dahulu pada mesin Token Changer yang disediakan.

Token yang keluar dari mesin token

Langkah 2 : Masukkan baju kedalam mesin basuh mengikut pilihan korang. Saya pilih yang 14KG dan jenis suhu sejuk . Caj yang dikenakan RM6. Pilih suhu mesin basuh, masukkan token dan tekan butang Start. Ia mengambil masa selama 24 minit. 


Kat situ dinyatakan suhu mesin basuh yang sesuai untuk baju korang. Sejuk untuk baju yang tak kotor, Suam untuk yang sederhana kotor dan panas untuk baju-baju yang kotor sangat.
Begitu jugak suhu untuk mesin pengering. Untuk pakaian berlabel suhu rendah(low), untuk pakaian yang tidak perlu diseterika(medium) dan untuk pakaian fabrik tebal(high)

Cara-cara guna mesin basuh tu ada kat poster besar lagi kalau masih tak faham.

Tak perlu masukkan sabun sebab sudah disediakan didalam mesin basuh katanya.

Setelah 24 minit menunggu, moh ler kita keringkan baju pulak. 
Satu pilihan mesin ajer yang ada iaitu 14KG dengan caj RM4 

Tips tambahan masa pengering . RM1 untuk tambahan masa 6 minit.

Langkah 3 : Masukkan pakaian kedalam mesin pengering , pilih suhu dan  masukkan token serta tekan butang start. Kat sini terkeliru sket, sebab ada mesin atas bawah. 


Perasan tak ada tanda itik kat mesin tu . Rupanya warna itiklah yang menunjukkan tanda slot token untuk mesin pengering mana. Nasib baik hari tu, mesin yang saya masukkan tak der pakaian so mesin tu tak bergerak lagi. Kalau dah bergerak tak boleh stop pulak tu sampai habis pusingan dia. Jenuh nak menunggu 25 minit pulak kalau ada orang terkeringkan baju saya lagi sekali. hahaha. Adik kat sebelah saya yang tersilap kering balik baju orang lain sebenarnya sebab silap slot token.Mak lah yang mengajarnya. Sekali salah. Malu mak nak..Ampun yer nak..hahaha. Jakun ajar si jakun.. cun sangat !

Ruang yang luas dan selesa untuk anak-anak bermain tapi jangan bagi diorang usik mesin-mesin tu pulak yer. Kat situ pun ada disediakan WIFI percuma dan bahan bacaan. Kalau ada kopi percuma pun lagi bagus kan :) Kat depan tu pulak ada orang jual burger homemade lagi kalau lapar, tapi kena bayar lah..hehehe


Ni rumusan langkah yang saya cakap kat atas tu :)


Haruslah mak selfie bersama chenta hati yang selalunya buat-buat kerja dobi ni tapi malam tu mak jer buat sorang. 


Batman dan robin pun mendobi aper :p

Alhamdulillah, mudah kerja. Balik terus boleh lipat . Jimat kerja my hubby. hahaha. Tak aci ni,kena cari mesin lipat baju jugak cenggini..hahaha
Jumlah untuk sebakul ni RM10. Jimat ke tidak? Tepuk dada tanya poket..hehehe

Korang pernah ke dobi layan diri ?

  1. Address: 19, Jalan Makyong 5a/Ku5, Bandar Bukit Raja, 42100 Klang, Selangor
  2. facebook: https://www.facebook.com/Dobitiam

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Monday, March 23, 2015

Carian kereta terpakai secara online di Carlist.My dan Mudah.My

Biasanya ini adalah 2 medium untuk carian kereta terpakai secara online yang popular untuk mencari kereta terpakai selain pergi terus ke kedai used car kan. Ni memudahkan bagi orang yang tak berkesempatan nak gi kedai used car so browse dulu semaksima mungkin secara talian kan. Kalau nak beli kereta baru katanya tunggu GST sebab akan ada penurunan harga sebab cukai jualan yang 10% tu dihapuskan dan harga kereta akan turun 2-3 % selepas GST katanya.  Tapi pembeli kereta terpakai tak de efek pun sebab GST dikenakan keatas keuntungan kereta sahaja terhadap pengedar kereta terpakai. Boleh rujuk kat sini.


1. Carlist.My - http://www.carlist.my/


Muka pertama memang dah boleh buat carian. Masukkan kriteria kenderaan yang korang inginkan dan klik butang Search. Type pilih Used Cars untuk kereta terpakai. Nanti bila dah terpapar hasil carian, klik salah satu kereta dari senarai  untuk maklumat lanjut seperti kat bawah.


Dapat lihat maklumat terperinci pasal kereta tersebut termasuk anggaran pembayaran bulanan kereta dengan interest yang boleh di tukar-tukar.


2. Mudah.my  - http://mudah.my


dari mudah.my , klik kat gambar Cars tu.


Klik Search setelah memasukkan kriteria yang ingin dicari dan pilih Used untuk kereta terpakai.


Nanti akan keluar senarai kenderaan, dan klik untuk maklumat lanjut.Kat mudah,my pun  ada anggaran pembayaran bulanan kereta juga dan interest dan deposit yang boleh di tukar-tukar.


Lepas dah puas google dah dapat kereta yang berminat boleh la berhubung dengan seller mengikut pilihan masing-masing samada orang perseorangan atau agen used car. Periksa kereta terpakai terlebih dahulu sebelum membuat pembelian. Kereta yang cantik tidak menjamin kereta tersebut dalam keadaan baik atau tidak. Kalau ada kawan mekanik lagi bagus, bawak sekali semasa tengok kereta tu untuk mengelakkan dikenakan harga yang mahal untuk kenderaan yang dalam keadaan yang tidak baik.Kalau boleh kurang, lagi bagus .Biasa ada free gift seperti voucher tinted . Jangan lupa tanya :p


Selamat membeli kereta terpakai !Korang ada pengalaman beli kereta terpakai?


Welcome WRB ..belum ada nama.. Wanita Racun Berbisa kah?  hahahaha


My hubby panggil Cik Vina :p Dah selamat pergi balik ke Terengganu dengan Cik Vina. Alhamdulillah, anak-anak pun selesa tak berebut tempat tidur dah..hehehe

Cinta Bersulam Rindu tetap chenta hati pertama..Tapi dah turun taraf, duk luar pagar..hahaha


Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Wednesday, March 18, 2015

Tanggungjawab Suami Semasa Isteri Mengandung

Assalamu'alaikum Wrmbth, Isteri dan anak soleh dan solehah menjadi idaman hati lelaki bergelar bapa dan suami.

Tanggungjawab suami semasa isteri hamil
Sebaik baik perhiasan dunia adalah wanita solehah

Alangkah indahnya hidup sekiranya Allah swt anugerahkan kehidupan kita dengan nikmat ini. Terutama selepas sama sama menikmati malam pertama perkahwinan dan bergelar pengantin baru. 

Dan kemudian berbulan madu lalu mengerjakan umrah bersama sama di awal usia perkahwinan. Alangkah indahnya


Adalah menjadi tanggungjawab si suami memberikan perlindungan dan menyara keluarga dengan makanan yang sihat dan halal. Ini kerana makanan akan menjadi darah daging dan memperngaruhi hati suami isteri. Sangat bagus baca 15 Makanan yang meningkatkan kesuburan suami isteri


Hari ini, kami akan kongsikan 



Sebuah kisah tentang amalan suami untuk mendapat isteri dan anak soleh dan solehah


Amalan dan adab suami ketika isteri sedang mengandung
Cik puan dan tuan juga boleh mendapat banyak manfaat dari artikel


  1. Produk Bersalin Ini Sesuai Untuk Kelahiran Normal Dan Pembedahan
  2. Panduan Mudah Ini Membantu Suami Isteri Cepat Hamil
  3. Cara Bernafas Ini Membantu Ibu Mengandung Mudah Bersalin
  4. TIps Untuk Mudah Bersalin Ini Di Amalkan Isteri Bijak


Kisah Teladan Ini Menunjukkan Peranan Suami Isteri Menjadikan Anak Soleh


Isteri yang cantik, subur, berharta dan dari keturunan yang baik menjadi dambaan hati ramai lelaki. Wanita dari keturunan yang subur mudah bunting pelamin. Suami boleh perhatikan 11 petanda pasti isteri mengandung anak pertama

Antara tips untuk suami isteri cepat mendapat zuriat adalah dengan cara mengira waktu subur wanita dan merancang masa hubungan intim. Cara Kira Waktu Subur Isteri Ini Sangat Mudah


Antara tanda kehamilan yang mudah untuk dikenal pasti ialah gangguan kitaran haid. Kitaran haid jadi tidak menentu. Memang haru biru jadinya. Memang normal ada wanita yang haid tidak datang untuk berbulan bulan walaupun sebelum kahwin lagi. Boleh baca panduan untuk haid tidak datang


Bukan mudah menjadi ibu hamil semasa anak pertama. Berat badan bertambah, rambut pula banyak yang gugur. Loya dan muntah serta banyak lagi.  Baik, sekarang kita mulakan kisah teladan mengenai kehidupan orang soleh dan solehah di zaman dahulu. Satu kisah yang menunjukkan peranan suami dan isteri dalam melahirkan anak yang soleh


Kisah ini telah pun di jadikan lagu oleh kumpulan Rabbani. Arwah Ustaz Asri sendiri yang menyanyikannya. Klik video diatas untuk lagu tersebut


Kisah ini bermula dengan Tsabit bin Ibrahim sedang berjalan di pinggiran kota Kufah. 


Tiba-tiba dia melihat sebuah epal jatuh keluar dari pagar sebuah kebun buah-buahan. 



peranan suami semasa isteri hamil

Melihat epal yang merah ranum itu terjatuh di tanah lalu Tsabit langsung mengambil buah epal tersebut, apalagi pada hari yang panas dan tengah kehausan. 




Maka tanpa berfikir panjang dimakan buah epal yang lazat itu, akan tetapi baru separuh di makan dia teringat bahwa buah itu bukan miliknya dan dia belum mendapat izin pemiliknya.



doa dan ayat al quran amalan suami

Maka ia segera pergi kedalam kebun buah-buahan itu ingin menemui pemiliknya agar minta diikhlaskan buah yang telah dimakannya. 


Di kebun itu ia bertemu dengan seorang lelaki.Maka dia berkata


“Aku sudah makan setengah dari buah epal ini. Aku berharap anda menghalalkannya”.


Orang itu menjawab, 


“Aku bukan pemilik kebun ini. Aku ini pekerjanya yang ditugaskan menjaga dan mengurus kebunnya”.

adab suami untuk isteri hamil

Dengan nada menyesal Tsabit bertanya lagi


“Dimana rumah pemiliknya? Aku akan menemuinya dan minta agar diikhlaskan epal yang telah ku makan ini.” 


Pengurus kebun itu memberitahukan, 



bacaan doa semasa ibu hamil

“Jika engkau ingin pergi kesana maka engkau harus

menempuh perjalan sehari semalam”.

Tsabit bin Ibrahim bertekad akan pergi menemui si pemilik kebun itu. 


Katanya kepada tukang kebun itu


"Tidak apa-apa. Aku akan tetap pergi menemuinya, meskipun rumahnya jauh. Aku telah memakan epal yang tidak halal bagiku kerana tanpa izin pemiliknya."


"Bukankah Rasulullah s.a.w. sudah memperingatkan kita melalui sabdanya: “Siapa yang tubuhnya tumbuh dari yang haram, maka ia lebih layak menjadi umpan api neraka”


Tsabit pergi juga ke rumah pemilik kebun itu, dan setiba di sana dia langsung mengetuk pintu.


 Setelah itu pemilik rumah membukakan pintu, Tsabit langsung memberi salam dengan sopan, seraya berkata 


"Wahai tuan yang pemurah,saya sudah terlanjur makan setengah dari buah epal tuan yang telah jatuh ke luar kebun tuan"


"Oleh itu saya harap tuan menghalalkan apa yang sudah ku makan itu?”


Lelaki tua yang ada dihadapan Tsabit mengamatinya dengan cermat. Lalu dia berkata tiba-tiba


“Tidak,aku tidak bisa menghalalkannya kecuali dengan satu syarat.” 


Tsabit merasa risau dengan syarat itu kerana takut ia tidak dapat melaksanakannya. Maka segera ia bertanya, 


“Apa syarat itu tuan?” 


Orang itu menjawab


“Engkau harus mengawini puteriku !”


Tsabit bin Ibrahim tidak memahami apa maksud dan tujuan lelaki itu, maka dia berkata


“Apakah kerana hanya aku makan setengah buah epalmu yang keluar dari kebunmu,aku harus mengahwini anak mu?”


Tetapi pemilik kebun itu tidak mempedulikan pertanyaan Tsabit. 




Ia malah menambahkan, katanya


“Sebelum pernikahan dimulai engkau harus tahu dulu kekurangan-kekurangan putriku itu. Dia seorang yang buta, bisu, dan tuli. Lebih dari itu ia juga seorang yang lumpuh!”


Tsabit sangat terkejut dengan keterangan si pemilik kebun. 


Dia berfikir dalam hatinya, apakah perempuan seperti itu patut dia jadikan sebagai isteri gara-gara setengah buah epal yang tidak diikhlaskan kepadanya? 




Kemudian pemilik kebun itu menyatakan lagi


“Selain syarat itu aku tidak boleh menghalalkan apa yang telah kau makan !”


Kemudian Tsabit menjawab dengan mantap


“Aku akan menerima pinangannya dan menikahinya. Untuk itu aku akan memenuhi kewajiban-kewajiban dan hak-hakku kepadanya kerana aku amat berharap Allah selalu meredhaiku dan mudah-mudahan aku dapat meningkatkan kebaikan-kebaikanku di sisi Allah Ta’ala”.






    isteri solehah sebaik perhiasan
    Isteri solehah dambaan hati suami
    Maka pernikahan pun dilaksanakan.Pemilik kebun itu menghadirkan dua saksi yang akan menyaksikan akad nikah mereka. 

    Sesudah perkawinan selesai, Tsabit dipersilahkan masuk menemui isterinya. Sewaktu Tsabit hendak masuk kamar pengantin.


    Dia berfikir akan tetap mengucapkan salam walaupun isterinya tuli dan bisu, kerana bukankah malaikat Allah yang berkeliaran dalam rumahnya tentu tidak tuli dan bisu juga. 


    Maka diapun mengucapkan salam,

    “Assalamu”alaikum…”

    Tak disangka sama sekali wanita yang ada dihadapannya dan kini telah menjadi isterinya itu menjawab salamnya dengan baik. 


    Ketika Tsabit masuk ingin menghampiri wanita itu, dia mengulurkan tangan untuk menyambut uluran tangannya. 


    Sekali lagi Tsabit terkejut kerana wanita yang kini menjadi isterinya itu menyambut tangannya.


    Tsabit tergamam menyaksikan perkara ini. 


    Kata ayahnya dia wanita tuli dan bisu tetapi ternyata dia menyambut salamnya dengan baik. Jika demikian berarti wanita yang ada dihadapanku ini dapat mendengar dan tidak bisu.

    solat sunat pengantin
    Bahagia hidup suami isteri berkiblatkan Allah SWT
    Ayahnya juga mengatakan bahwa dia buta dan lumpuh tetapi ternyata dia menyambut kedatanganku dengan ramah dan mengulurkan tangan dengan mesra pula.

    Kata Tsabit dalam hatinya.


    Tsabit berfikir, mengapa ayahnya menyampaikan berita-berita yang bertentangan dengan yang sebenarnya? 


    Setelah Tsabit duduk di sisi isterinya, dia bertanya


    “Ayahmu mengatakan kepadaku bahawa engkau buta. Mengapa?” 


    Wanita itu kemudian berkata, 


    “Ayahku benar, kerana aku tidak

    pernah melihat apa-apa yang diharamkan Allah”.

     Tsabit bertanya lagi


    “Ayahmu juga mengatakan bahwa engkau tuli, mengapa?” 


    Wanita itu menjawab


    “Ayahku benar, kerana aku tidak pernah mahu mendengar berita dan cerita orang yang tidak membuat redha Allah.

    Ayahku juga mengatakan kepadamu
    bahawa aku bisu dan lumpuh, bukan?” 

    Tanya wanita itu kepada Tsabit yang

    kini sah menjadi suaminya. 

    Tsabit mengangguk perlahan mengiyakan

    pertanyaan isterinya. Selanjutnya wanita itu berkata


    berdoa sebelum hubungan suami isteri
    Suami yang paling baik adalah yang berkahlak mulia kepada isterinya
    “Aku dikatakan bisu kerana dalam banyak hal aku hanya menggunakan lidahku untuk menyebut asma Allah Ta’ala saja"

    "Aku juga dikatakan lumpuh kerana

    kakiku tidak pernah pergi ke tempat-tempat yang boleh menimbulkan celaan Allah Ta’ala”.

    Tsabit sangat bahagia mendapatkan

    isteri yang ternyata amatsholeh dan wanita yang memelihara dirinya.

    Dengan bangga ia berkata tentang isterinya


    “Ketika kulihat wajahnya… Subhanallah, dia bagaikan bulan purnama di malam yang gelap”.


    Tsabit dan isterinya yang solehah dan cantik itu hidup bahagia. 


    Tidak lama kemudian mereka dikurniakan seorang putra yang ilmunya memancarkan hikmah ke seluruh penjuru dunia, Beliau adalah Al Imam Abu Hanifah An Nu’man bin Tsabit . 



    Adab Suami Ketika Isteri Hamil

    Ketika isteri mengandung, suami hendaklah benar-benar bertanggungjawab terhadap isteri kerana perasaan isteri sangat sensitif pada saat itu. 
    adab sopan suami isteri mengandung

    Ada suami ketika isteri mengandung melibatkan emosi. Isteri sangat memerlukan perhatian daripada suami yang disayanginya. 


    Ada beberapa perkara yang perlu suami lakukan terhadap isteri yang sedang mengandung :


    1. Suami hendaklah menunjukkan rasa kasih sayang terhadap isteri, sebagai teman hidup yang paling dekat.

    2. Hendaklah berlaku jujur dan setia terhadap isteri serta hindari daripada bersikap kejam terhadap isteri.

    3. Selesaikan dahulu jika ada perselisihan faham yang berlaku dengan isteri sebelum masuk tidur.

    4. Jangan mudah mengeluarkan perkataan talak kepada isteri.

    5. Ketika isteri hampir bersalin, suami digalakkan membaca doa berikut

    “La ila ha illa anta subha naka inni kun tum minadzolimin”


    Maksudnya  : “Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Maha Suci. Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang yang zalim”

    6. Suami hendaklah kerap solat sunat atau solat hajat dan mendoakan agar isteri dan anak dalam kandungan selamat. 

    Mengandung akan memberi tekanan terhadap wanita dari segi fizikal, ia harus menampung kandungannya, tubuh badannya bekerja lebih kuat.


    Jantungnya mengepam darah 40% lebih daripada keadaan biasa. 


    Buah pinggangnya harus mengendalikan pembuangan kotoran bayinya.


    Wanita mengandung juga mengalami perubahan emosi, maka tugas para suamilah untuk menjaga hati para isteri.


    Dorongan Suami Semasa Isteri Bersalin


    Suami yang soleh akan turut merasakan penderitaan isterinya walaupun tidak secara langsung. suami harus banyak terlibat dalam proses jagaan kehamilan, kelahiran bayi dan perhatian terhadap isteri. 

    suami hendaklah memberi motivasi kepada isteri agar tetap tabah dan bersabar, di samping itu suami harus banyakkan berdoa dan beristighfar dan selawat. dengan cara ini perasaan isteri akan menjadi tenang dan mudah bersalin.


    Waktu pantang dan selepas kelahiran bayi juga dapat menimbulkan tekanan jiwa dan emosi isteri kerana ia harus menyusu dan membersihkan bayi antara 2-3 jam setiap malam. suami yang baik akan berusaha mengurangi beban isteri dan turut menjaga bayi di waktu malam.


    Begitu seterusnya perhatian dan tanggungjawab suami terhadap isteri itu berterusan, semenjak hamil sehinggalah menjaga anak adalah pekerjaan yang harus dibantu oleh suami agar isteri dapat merasakan kebahagiaan dan keringanan dalam menjalankan tanggungjawab yang berat itu.



    Tanggungjawab Bapa Semasa Kelahiran Anak

    1. Menanam uri
    Orang tua dahulu mengamalkan adab menanam uri dengan baik. Mereka mencuci dan Dan membalutnya dengan kain dan ditanam.

    2. Mengazankan dan mengiqamatkan anak

    Tujuannya adalah untuk mengingatkan anak terhadap perjanjiannga dengan Tuhan di alam rohani.

    3. Mendoakan anak

    Doa agar anak patuh terhadap Allah: surah albaqarah: 128

    Doa Diberi anak yg baik: surah al Imran : 38


    Doa diberi zuriat yg menyenangkan hati : surah Furqan: 74


    Doa agar anak tetap mengerjakan solat : surah Ibrahim: 40


    Doa ketika memberikan nama kepada anak.


    4. Memberikan nama yang baik kepada anak. 

    Dan tidak memanggil anak dengan nama gelaran yg buruk.
    5. Melakukan penyembelihan akikah. 
    Hukumnya adalah sunat muakkad. Menyembelih dua ekor kambing untuk anak lelaki atau seekor kambing untuk anak perempuan pada ketika anak berusia 7 hari ( digalakkan)

    6. Mengkhatankan anak.


    7. Mendidik moral anak.

    * This is sticky note advertorial entry. Sila skroll kebawah untuk entry yang terbaru  :) Advertise here? 

    p/s:

    Ada tak sesiapa berminat nak mengiklankan blog peribadi  atau blog bisnes serendah RM 50 setahun disidebar ? Terendah dipasaran. Tak dapat kat belog lain punya . 
    Kalau beriklan  6 bulan dan keatas, korang akan dapat satu write ups yang bernilai RM100 secara PERCUMA.
    Tiada Banner? Boleh saya designkan  sekali siap animation seperti contoh kat sini atau sidebar.


    Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

     

    Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)