Monday, June 22, 2015

Chili Lobster @ gerai Ummi And Family, Dataran Todak, Kota Kinabalu

Seperti dijanjikan hari ini, episod JJCM @ elissmie bawa korang ke Sabah bah. Harap-harap perut korang masih bertahan awal pagi ni yer. Jangan sebabkan entry ni korang pergi buka puasa. No no no ! So kalau tak tahan iman, cepat-cepat close window yang bertanda [x] kat bahagian atas yer.Malam ni lepas berbuka baru baca yer :) Follow terus kalau first time baca entry elissmie.com. Mungkin ada hadiah bertuah buat follower elissmie.com . Ole-ole dari Sabah mungkin :)


Sebelum keluar makan kita posing dulu kat lobi hotel Grand Borneo

Terima kasih En Hazrul bawa kami sepanjang berada di Sabah 

Anak-anak dara duk berposing.Friendship forever gitu :)

Malam tu kami ke dataran todak. Ada banyak gerai makan.
Semua seafood segar-segar kat depan gerai untuk korang pilih.
Ada jugak pasar malam kat sebelah pasar Filipina yang jual seafood macam ni tapi kat situ katanya tak masak fresh. Yang ni kat tempat ada monumen Todak nala punya besar tu tau.

Kami pilih Gerai Ummi And Family untuk menikmati makan malam terakhir kami di Sabah

Anak dara bergambar depan kedai

Masing-masing sibuk dengan gadget sementara menunggu makanan sampai :p

Haruslah mak wefie jugak dengan my Nayla yang asyik la crancky 

Tengah memilih bahan mentah untuk diorang masak
Kat sini kami suruh diorang timbang dulu sebab nak kira budget. Yang best harga dah siap masak tu dan boleh masak apa-apa yang korang request.


Pelbagai jenis kolestrol yang ada kat sini..Pilih saja..hahaha..Ops..seafood :p

Ketam dan lobster memanggil manggil untuk kami makan :p

Tengok lobster tu senyum melihat kami :p

Dah pilih bahan mentah, boleh la order nak masak apa 

Dah amik order, kita tunggu brother ni masa pulak yer. Dia sorang jer tukang masak. Tapi cepat jugak dia masak untuk kami semua

Posing sebelum makan nama dia. Jom tengok apa yang kami makan

Yang ni memang duk selalu sebut sebelum sampai Sabah. Sekali my hubby orderkan untuk kami. First time makan lobster.RM 18 untuk 100 gram. Yang kami amik ni 600 gram.

Lobster ni masak cili. Sedap sangat. Isinya yang tebal dan manis gitu. Teringat-ingat rasa dia. Kalau suka makan ketam, rasa dia lagi sedap dari ketam dan nak sama dengan udang galah sket.Tapi lagi best. Over mak nak :p

Ikan Kerapu Merah RM 5 untuk 100 gram. Yang ni cuma RM13 seekor. Buat masak stim halia.
Tapi stim dia tak sama macam stim halia yang biasa kami makan kat semenanjung. Tak kena tekak kami lah.

Udang RM 5 untuk 100 gram

Sotong RM5 untuk 100 gram
Yang ni sotong goreng tepung. Sedap sotongnya dan tak liat cuma sos dia jer fail sebab sos cili biasa jer.

Shell ni RM4 untuk 100 gram

Ketam RM5 untuk 100 gram

Sementara tunggu makan, my hubby sempat jugak tengok orang buat live show kat Dataran Todak tu untuk bantuan kepada malim gunung tak silap my hubby cakap .


Tamat sudah JJCM @ elissmie.com  di Sabah. Semoga ketemu lagi bah...Teringin nak repeat makan Lobster lagi sekali .Terima kasih my hubby merealisasikannya.I love you so strong lah :) Dah hampir 32 tahun baru first time merasa lobster..hehehe

Total Burst : RM145
3 Nasi Putih + Air + Sayur Pucuk Paku + Lobster + Ikan Kerapu Merah

5 Comments:

  1. kalo ke sabah seafood die mmg fresh..slalu outstaion sabah mmg request kt pemborong nk lobster...mmg fav tu

    ReplyDelete
  2. ni kt pasar pilipine kan?
    rm18/100g tu udang lipan, bukan lobster
    lobster rm170/100g

    ReplyDelete
    Replies
    1. udang lipan tu yang kecik2 tu. ni Australian Rock Lobster beb.

      Delete
  3. "rasa sama dengan udang galah sket" Lobster dgn udang galah tu bukan bende sama ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sama awak.. udang galah tu yang sepit biru tu..

      Delete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)