Programmer by day & Lifestyle Bloggger

makhluk tuhan paling gojes atas muka bumi sedang gigih tulis komen. Terima kasih :)

Friday, August 29, 2014

Deko hari raya dan hari kemerdekaan di pejabat

Aci tak lagi cerita deko raya ni ? Nasib lah yer walaupun syawal dah berakhir. Tapi hujung minggu ni ada lagi open house kan dan jamuan raya gabungan jabatan kitorang hari ni. Tuan belog sibuk macam lebah pulak minggu ni. Malam semalam siap pergi ofiz sebab nak migrate server .Nasib baik sampai kul 10 malam lebih diorang suruh balik sebab estimated 1 hari siap rupanya dapat siap pukul 5 lebih pagi semalam.Alhamdulillah semua dah ok bila test! Tinggal lagi satu server tak sempat buat. Sekali lagi kena datang tengah malam nanti. Moga dipermudahkan.Aaaminn..


Mula-mula cerita raya jabatan kami...


Tuan pengarah pun ada sekali..


kami @ Jabatan Pembangunan Sistem



Try #Wefie sekali :p


Geng tudung Zawara in the ofiz :p


Ni geng tudung sugarscarf vs Zawara eh :p Silap, Bikaya :p


Geng Purple pulak


Nak selit jugak hari berkabungMalaysia hari tu 

Ini pulak hari raya pejabat kami...Macam biasa mestilah ada pertandingan deko booth. Macam tahun lepas, tahun ni pun deko ikut rumah sukan.



Merah juara tapi dari belakang..



Rumah saya, kalah tapi bukan erti mengalah. hahaha



Ini deko raya rumah juara.
Rumah Kuning



Ini pulak deko raya Naib Juara
Rumah Biru



Ini pulak deko raya yang ketiga, Rumah Hijau, rumah Ad



Kak Ema pun datang hari raya jabatan kami .


Gambar dirumah kuning berlatarbelakang rumah biru

With loyal advertiser ,Tauke Tupperware ni,  Wan :)

Sempena nak menyambut kemerdekaan yang ke 57, atas inisiatif sendiri kami kumpul duit beli bendera untuk hias ofiz. Maka terhasillah deko hari kemerdekaan .Terasa sangat patriotik pulak bila masuk ofiz. Lain macam perasaan tu kan.


Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 57 !
#disinilahirnyasebuahcinta #malaysiamerdeka57
Kat ofiz korang ada deko sempena hari kemerdekaan tak?


Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Friday, August 22, 2014

Hari Berkabung Malaysia 22 Ogos 2014 #PrayforMH17

#MalaysiaBerkabung

#UiTMBerkabung


#prayformh17 #berkabung #alfatihah 

Semoga perjalanan proses pengkebumian mangsa Mh17 berjalan lancar. Aaamiin..Al-Fatihah..

p/s: 

Elissmie.com juga berkabung hari ni #blackbackground

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Wednesday, August 20, 2014

Simple Strawberry Smoothie dan Puding Roti Strawberry Coklat Chip Bersos Kustard Strawberry Elissmie

Hari ni jom masak @ elissmie.com nak tunjuk 2 resepi yang simple dan tak perlu nak renyah-renyah sangat lah. Yang penting kena ada blender ajer.Hari ni menu berasaskan strawberry. Resepi ini memang resepi yang tak jumpa punya kat mana-mana sebab saya buat ikut sedap rasa dan pertama kali dicuba. 



Ni strawberry yang saya beli kat Pasar Besar Klang. RM13 .Besar-besar buahnya dan manis masam. Tengok kat kotak dari Australia. Ada 13 biji semuanya so RM1 sebiji ni. Semalam tengok kat insta kak Min,Salam2Benua cuma $ 5 utk 3 bekas 250 gram tapi kena pergi Perth lah yer :p 

Bahan-bahan yang diperlukan untuk buat Strawberry Smoothie versi elissmie

125 ml susu perasa strawberry
1 bekas kecil aiskrim vanilla
6 ketul  kiub ais
Strawberry 7 biji atau lebih ikut suka
Sedikit gula jika perlu 

Masukkan semua bahan-bahan diatas ke dalam blender atau Blender Shake N Take ni kemudian putar halim :pBoleh terus diminum dengan sedikit hiasan stawberry :)

Boleh terus diminum dari blender :) Nyaman.

Resepi seterusnya , Puding Roti Strawberry. Lebih kurang sahaja resepi dengan Puding Roti biasa tapi yang ni diolah dengan sedikit sentuhan rasa strawberry dan coklat chip.

Bahan-bahan Puding Roti Strawberry Coklat Chip Bersos Strawberry versi Elissmie :-

2 cawan susu perasa strawberry
2 biji telur
sedikit coklat cip
10 keping roti di potong empat
2 sudu besar butter
4 sudu gula
1 sudu esen vanila


Untuk Sos Strawberry :-
2 sudu tepung kastard
1 cawan susu perasa strawberry
Sedikit gula jika perlu

Cara-cara :-

Rendam terlebih roti yang telah dipotong kedalam susu.
Di dalam blender masukkan telur, butter,esen vanila dan susu. Kemudian masukkan kedalam roti yang telah direndam susu tadi. Tabur dengan coklat chip dan strawberry sebelum dikukus.
Kukus sehingga masak.

Untuk sos :-
Masukkan susu, kastard dan gula. Kacau sebati kemudian panaskan api. Kacau sehingga mencapai kepekatan yang dikehendaki. Sedap dihidang sejuk. 

Ini sebenarnya Puding Roti Strawberry Coklat Chip Bersos Kustard Strawberry yang saya bawa
untuk jamuan di jabatan saya. Licin seloyang kira sedap la tu kan..hehehe.
Sos lupa pulak nak snap. 


 Korang pernah buat masakan berasaskan strawberry ? Cubalah !  Dah cuba resepi ni nanti korang kongsikan disini yer :)
#masak itu mudah dan menyeronokkan bukan ? 
#jommasak



Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Tuesday, August 19, 2014

Adik Beradik Ahnaf Homestay @ Abahomestay @ Seksyen 32, Shah Alam

Korang ada merancang percutian , menghadiri majlis perkahwinan atau majlis konvokesyen di Shah Alam atau Klang ? Tercari-cari homestay di Shah Alam atau berdekatan dengan Klang dengan harga yang lebih berpatutan? Adik Beradik Ahnaf Homestay @ Abahomestay menyediakan perkhidmatan homestay yang selesa di Seksyen 32, Shah Alam dengan harga yang lebih rendah. Dan kalau korang nak tahu, untuk penjawat awam ada harga yang istimewa yang ditawarkan. Yang tu kena berhubung terus pemilik Adik Beradik Ahnaf Homestay @ Abahomestay lah yer macam mana. Boleh la booking sekarang jika sudah merancang percutian di Shah Alam tapi masih belum booking mana-mana hotel yer.


Pandangan rumah dari depan

Peta ke Adik Beradik Ahnaf Homestay @ Abahomestay ( Laluan ke homestay boleh baca disini)


Pakej yang disediakan ( Borang booking boleh didapati di sebelah kanan blog Adik Beradik Ahnaf Homestay @ Abahomestay http://onlinebookinghomestay.blogspot.com/ )  :-

Famili 1 Malam RM150
Famili 2 Malam RM300
Famili 3 Malam RM400
Famili 1 minggu RM700

Banyak kemudahan yang disediakan di antaranya seperti berikut : -

 
Kelengkapan TV LCD & ASTRO di ruang tamu
Kemudahan Air cond di ruang tamu
Kipas dan  lampu di ruang tamu
Kelengkapan perabot di ruang tamu
Kelengkapan perabot di bilik tidur utama
Katil queen di bilik tidur utama
Almari & tandas di bilik tidur utama
Kelengkapan di dalam tandas bilik utama
Kelengkapan di dalam tandas bilik kedua
Katil bertingkat di bilik kedua
Kelengkapan almari di bilik kedua
Langsir dan almari di bilik kedua


Katil bujang di bilik ketiga
Meja makan di dapur


Peralatan memasak di dapur . Kemudahan memasak spt dapur gas, periuk, kuali, senduk, pinggan, cawan disediakan.


Meja makan dan peti sejuk di dapur


Mesin basuh automatik
Kipas dan lampu di dapur
Arah kiblat di bilik utama . Sejadah, Al-Quran, Al-Mathurat , karpet juga disediakan.
Arah kiblat di bilik kedua
Taman permainan kanak-kanak-pandangan dari ruang tamu dalam rumah
Pandangan di depan rumah
Taman permainan kanak-kanak-di sebelah rumah jer
Kanak-kanak bermain di taman sebelah rumah



Lokasi yang menarik di sekitar Shah Alam, Petaling Jaya dan Klang :-
  • Taman Botani Negara, Shah Alam.                                    25 Minit ( Peta Laluan ) 
  • I City, Shah Alam.                                                             21 Minit ( Peta Laluan )
  • Wet World Water Park, Shah Alam.                                  16 Minit ( Peta Laluan )
  • SACC Mall, Shah Alam.                                                   20 Minit ( Peta Laluan )
  • Taman Seni Islam, Shah Alam                                            16 Minit ( Peta Laluan )
  • Istana Bukit Kayangan, Shah Alam                                    17 Minit ( Peta Laluan )
  • Anggerik Mall, Shah Alam                                                 16 Minit ( Peta Laluan )
  • DEMC Seksyen 9, Shah Alam                                          18 Minit ( Peta Laluan )
  • Hospital Pakar KPJ, Shah Alam                                        14 Minit ( Peta Laluan )
  • Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam                              20 Minit ( Peta Laluan )
  • Shah Alam Convention Center, Shah Alam                        18 Minit ( Peta Laluan )
  • Masjid Sultan Salahuddin, Shah Alam                                20 Minit ( Peta Laluan )
  • Pusat Akuatik Darul Ehsan, Shah Alam                              19 Minit ( Peta Laluan )
  • Stadium Malawati, Shah Alam                                           19 Minit ( Peta Laluan )
  • One City Mall, USJ, Petaling Jaya                                     18 Minit ( Peta Laluan )
  • WISMA GM, Klang                                                         10 Minit ( Peta Laluan ) 
  • Street Art, Seksyen 2, Shah Alam                                     17 Minit ( Peta Laluan )

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi : 

Blog: http://onlinebookinghomestay.blogspot.com
Alamat Adik Beradik Ahnaf Homestay @ Abahomestay  : 
No 55, Jalan Sungai Long, 
Kampung Bukit Naga,
Seksyen 32, 40460 Shah Alam 
Selangor


Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)